PRO-NET Memperkenalkan Proton e.MAS 7 Baharu 2026
- Anna Chong

- 20 Jan
- 2 min membaca

PRO-NET, sebuah anak syarikat kepada pengeluar kereta nasional PROTON, memperkenalkan Proton e.MAS 7 2026 yang dihasilkan secara tempatan di Malaysia. Pengenalan ini menandakan satu pencapaian penting dalam memajukan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara, dengan menawarkan kepada pemandu Malaysia sebuah kenderaan yang menggabungkan kepraktisan, teknologi canggih dan mobiliti mampan pada harga yang mampu milik.
“Pengeluaran tempatan serta penawaran harga yang kompetitif bagi Proton e.MAS 7 mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan kenderaan elektrik yang bukan sahaja inovatif, malah mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang. “Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada para pelanggan kerana menjadikan e.MAS 7 sebagai EV paling laris di Malaysia pada tahun 2025. Dengan kemas kini terbaru bagi model 2026, termasuk ciri-ciri yang dipertingkatkan serta spesifikasi yang disesuaikan untuk pasaran tempatan, pengalaman pemanduan e.MAS 7 kini menjadi lebih selesa dan selamat.”
Proton e.MAS 7 model 2026 mencerminkan komitmen berterusan PRO-NET terhadap inovasi, keselamatan dan kelestarian, di samping menawarkan kenderaan elektrik berkualiti tinggi yang dihasilkan secara tempatan untuk pemandu di Malaysia.
Ciri Baharu Proton e.MAS 7 Model 2026
Varian PRIME:
Tambahan Power Tailgate
Ciri pintu tailgate elektrik membolehkan pengguna membuka dan menutup but dengan mudah hanya melalui satu sentuhan butang atau menggunakan alat kawalan jauh. Ia amat praktikal, terutamanya apabila tangan penuh, sekali gus memudahkan proses memuat dan mengeluarkan barangan.
Varian PREMIUM:
Naik Taraf ADAS (Sistem Bantuan Pemandu)
Varian Premium kini dilengkapi dengan tiga ciri keselamatan pemandu:
Evasive Manoeuvre Assist (EMA): Membantu pemandu mengelak halangan semasa situasi kecemasan, sekali gus mengurangkan risiko pelanggaran.
Front Cross Traffic Alert (FCTA): Memberi amaran kepada pemandu mengenai kenderaan yang menghampiri dari sisi di persimpangan, meningkatkan jarak pandang dan masa tindak balas.
Active Lane Change Assist (ALCA): Menyokong pertukaran lorong dengan selamat dengan mengawasi titik buta dan secara automatik menyesuaikan stereng jika perlu.
PRO-NET kekal komited untuk memastikan pengalaman pemilikan dan penyerahan kenderaan bagi semua pelanggan e.MAS. Proton e.MAS 7 model 2026 mencerminkan fokus berterusan PRO-NET terhadap inovasi, kelestarian, dan penyelesaian yang memfokuskan kepada para pelanggan. Dengan teknologi canggih dan pengeluaran tempatan, PRO-NET menyumbang kepada pembentukan masa depan Malaysia yang lebih lestari.
Power Packs + dan Welcome Benefit
Bagi meraikan pengenalan Proton e.MAS 7 model 2026, para pembeli akan menerima pakej manfaat tambahan bernilai RM4,000. Pakej ini merangkumi perkara berikut:*
Power Home
Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM1,500
Power Plus
V2L Adaptor Percuma bernilai RM500
Power Online
5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM1,800
Power Thru
Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun
Jaminan Bateri dan Komponen Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km
Power Exchange
Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 5,000
Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 Prime dan Premium adalah seperti berikut:
Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
e.MAS 7 Prime | RM103,800 | RM106,800 |
e.MAS 7 Premium | RM119,800 | RM122,800 |
Tawaran Welcome Benefit dengan rebat RM4,000 sah untuk masa terhad, Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 2026 Prime dan Premium adalah seperti berikut:*
Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
e.MAS 7 Prime | RM99,800 | RM102,800 |
e.MAS 7 Premium | RM115,800 | RM118,800 |
*Tawaran Welcome Benefit dan e.MAS Power Pack + sah untuk masa terhad sahaja




















Komen