top of page

Proton e.MAS 5 Curi Tumpuan di Perbarisan Merdeka, EV Mampu Milik Pertama Khas untuk Rakyat Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 Sep
  • 3 min membaca

Proton e.MAS 5 di Perbarisan Merdeka

Perjalanan Malaysia menuju mobiliti yang lebih pintar dan mesra alam mencatat detik bersejarah hari ini apabila Proton e.MAS 5 buat pertama kali dipertontonkan kepada orang ramai di Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

 

Sebagai EV mampu milik pertama untuk rakyat Malaysia, e.MAS 5 mencerminkan komitmen Proton untuk membawa dunia elektrifikasi ke setiap rakyat. Kemunculan sulungnya turut disertai konvoi 12 unit e.MAS 7 yang dipandu sendiri oleh pemiliknya, tanda sokongan rakyat yang semakin berkembang terhadap penerimaan EV di negara ini.

 

Proton e.MAS 5 di Perbarisan Merdeka

Kemunculan Kenderaan Nasional yang Penuh Bermakna

Dibalut dengan corak pelekat pembalut kereta unik yang diinspirasikan daripada semangat, keberanian dan kemajuan Malaysia sejak merdeka pada tahun 1957, e.MAS 5 mengetuai perbarisan sebagai lambang perpaduan dan langkah ke hadapan. Dijadualkan dilancarkan pada suku keempat 2025, ia bakal menjadi model kedua di bawah jenama Proton e.MAS yang diperkenalkan pada 2023 sebagai bukti komitmen Proton terhadap inovasi dan mobiliti lestari.


Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

 

Proton e.MAS 5, EV Mampu Milik Pertama Malaysia

Proton e.MAS 5 direka untuk rakyat Malaysia, menggabungkan harga mampu milik dengan kegunaan praktikal supaya lebih ramai boleh merasai kenderaan EV. Walaupun bersaiz kompak dalam segmen-B hatchback, ruang dalamannya luas seperti kereta segmen-C, memastikan keluarga, rakan-rakan dan penumpang sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

 

Praktikaliti juga menjadi keistimewaan e.MAS 5. Dengan 32 ruang simpanan yang luas serta bonet di bahagian hadapan berkapasiti 70 liter, terbesar dalam kelasnya, kereta ini dibina untuk memenuhi keperluan harian pemandu Malaysia, sama ada untuk membeli-belah mahupun percutian hujung minggu.

 

Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

e.MAS 5 juga direka khas untuk gaya hidup bandar. Dengan kawalan pemanduan yang lincah, ia mudah diparkir di ruangan sempit, menyusuri jalan-jalan kecil, dan bergerak lancar dalam kesibukan trafik. Pada masa yang sama, ia tetap kukuh untuk memberikan pemanduan selesa di jalan Malaysia yang mencabar.

 

Aspek keselamatan turut diberi keutamaan dengan sistem bantuan pemandu canggih yang berfungsi seperti kamera tambahan di jalan raya. Ciri-ciri ini memberi ketenangan fikiran kepada pemandu dan penumpang, menjadikan e.MAS 5 pilihan yang boleh dipercayai untuk perjalanan seharian.


Proton e.MAS Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Sama ada golongan eksekutif muda yang berulang-alik ke tempat kerja, ibu bapa baharu yang menguruskan kehidupan berkeluarga, atau Warga Emas yang mencari keselesaan dan keyakinan ketika memandu, e.MAS 5 menawarkan ciri pemanduan yang lebih pintar, hijau dan praktikal untuk semua.

 

Proton e.MAS Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

Menjulang Kebanggaan dan Kemajuan Negara

Orang ramai bersorak sambil merakam detik e.MAS 5 muncul di Perbarisan Merdeka, menyerlah sebagai simbol keyakinan, ketahanan dan inovasi Malaysia. Bersama-sama dengannya, e.MAS 7 yang kini menjadi EV nombor satu negara membuktikan bahawa rakyat semakin bersedia untuk melangkah ke arah masa depan mobiliti elektrik.

 

“Proton e.MAS 5 bukan hanya sekadar sebuah kereta baharu, tetapi sebuah janji bahawa kereta ini sememangnya untuk rakyat Malaysia. e.MAS 7 sudah membuktikan kepada negara sudah bersedia menuju mobiliti hijau, dan kini e.MAS 5 akan menjadikannya lebih dekat serta mudah dimiliki. Melihat kedua-dua model ini diraikan di Perbarisan Merdeka adalah satu detik membanggakan, bukan sahaja untuk Proton dan PRO-NET, tetapi juga untuk seluruh Malaysia,” ujar Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.


Proton e.MAS Perbarisan Hari Kebangsaan di Putrajaya.

 

Bersama Melangkah ke Masa Hadapan

e.MAS 5 kini dalam Jelajah e.MAS Tour MISI 5, mempamerkan sebuah hatchback EV kepada rakyat di seluruh negara dengan pratonton eksklusif sebelum pelancaran rasminya. Kemunculannya di Perbarisan Hari Kebangsaan pula menjadi saat bersejarah, apabila rakyat akhirnya dapat melihat sendiri model ini, menghidupkan rasa bangga dan harapan baharu untuk masa depan mobiliti Malaysia.

 

Saat Jalur Gemilang berkibaran di Dataran Putrajaya, Proton e.MAS 5 tampil sebagai lambang kebanggaan dan kemajuan negara, sebuah kereta yang direka untuk rakyat, dibina untuk negara, dan memacu Malaysia menuju masa depan elektrik.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page