Proton e.MAS 7 PHEV Serba Baharu Dilancarkan, Menggabungkan Pemanduan Elektrik Harian dengan Kuasa Hibrid untuk Perjalanan Jarak Jauh yang Lebih Fleksibel
- Anna Chong

- 11 minit lalu
- 5 min membaca

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik penuh pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini secara rasmi melancarkan All-New Proton e.MAS 7 PHEV, model terbaharu dalam barisan Proton e.MAS yang memperkukuh strategi mobiliti lestari jenama ini menerusi teknologi hibrid plug-in yang canggih.

Tidak seperti model hibrid dan PHEV generasi terdahulu, All-New Proton e.MAS 7 PHEV dibangunkan dengan konsep elektrik sebagai teras utama. Enjin petrol berperanan sebagai sokongan tenaga, dan hanya memacu roda apabila ia lebih efisien seperti semasa pemanduan di lebuh raya atau ketika memandu di laluan berbukit dalam jarak jauh. Dibina di atas platform GMA yang moden, sistemnya direka dengan susun atur komponen yang lebih ringkas dan efisien, sekali gus memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar, jimat tenaga dan praktikal untuk kegunaan harian.

Pada masa yang sama, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan pemanduan elektrik yang disesuaikan dengan pemanduan di Malaysia, menjadikan perjalanan harian, percutian hujung minggu serta perjalanan jarak jauh lebih lancar, praktikal dan memberi lebih keyakinan.
“All New Proton e.MAS 7 PHEV direka untuk membawa pemanduan elektrik lebih dekat kepada rakyat Malaysia secara praktikal dan mudah digunakan, tanpa menjejaskan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Mr. Zhang Qiang. “Model dwi-kuasa ini memudahkan pemanduan elektrik untuk kegunaan harian dan sokongan hibrid memberikan keyakinan untuk ke mana sahaja perjalanan anda, seiring dengan visi kami untuk mobiliti yang lebih lestari dan boleh dimiliki oleh semua.”

Keistimewaan All-New Proton e.MAS 7 PHEV: Sistem Pacuan EM-i
All-New Proton e.MAS 7 PHEV dilengkapi Sistem Pacuan EM-i, yang direka untuk menekankan pemanduan elektrik dalam penggunaan harian, sambil beralih ke sokongan hibrid apabila diperlukan. Sistem ini menjamin pemanduan yang lancar, senyap dan cekap, menjadikan peralihan ke mobiliti elektrik sesuatu yang mudah dan menyeronokkan untuk dipandu.
Kenderaan ini dilengkapi dengan Transmisi Hibrid Khusus 11-dalam-1 (DHT) yang menguruskan penghantaran kuasa ke roda. Berbeza dengan kotak gear konvensional, DHT tidak bergantung kepada pertukaran gear, sebaliknya dikawal secara automatik mengimbangi penggunaan kuasa elektrik dan petrol mengikut situasi pemanduan dengan paling cekap dan memberikan pengalaman pemanduan yang lancar.

Enjin petrol hibrid berperanan menyokong pemanduan elektrik dengan fokus kepada kecekapan. Ia beroperasi di latar belakang dan akan diaktifkan apabila diperlukan, seperti memandu perjalanan jauh atau pemanduan berkelajuan tinggi dani membantu sistem elektrik sambil mengekalkan penggunaan bahan api yang rendah.
Bateri LFP Moden Membolehkan Pemanduan Elektrik Harian yang Efisien
Dilengkapi dengan bateri Lithium Iron Phosphate (LFP), Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan prestasi yang selamat, tahan lama, dan tahan haba, sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia. Reka bentuk bateri ini menyokong penggunaan harian secara konsisten, manakala pengecasan kekal sebagai pilihan bagi pemanduan harian. Sistem pengurusan tenaga kenderaan secara automatik memilih sumber kuasa paling cekap, memastikan penggunaan bahan api kekal rendah walaupun bateri tidak dicas sepenuhnya.

Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan tiga mod pemanduan untuk pelbagai situasi, di mana pertukaran mod berlaku secara lancar tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada pemandu.
Mod Pure: Pemanduan sepenuhnya elektrik di jalan bandar. Sesuai untuk perjalanan harian, terutamanya bagi pemandu yang boleh mengecas di rumah dan menginginkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya setiap hari.
Mod Hybrid: Gabungan automatik kuasa elektrik dan petrol. Dioptimumkan untuk pemanduan di lebuh raya atau mendaki bukit panjang, sistem ini menyesuaikan secara automatik dengan mengaktifkan klac, membolehkan enjin memacu roda secara terus.
Power mode: Pecutan dan respons yang dipertingkatkan. Menggunakan output gabungan sistem untuk t indak balas pedal minyak yang lebih segera, sesuai untuk memotong kenderaan lain atau pemanduan dinamik.
Keupayaan Terbukti dalam Kehidupan Harian dengan Kos Pemilikan yang Rendah
Menjelang pelancarannya, Proton e.MAS 7 PHEV berjaya menamatkan perjalanan sulung sejauh 1,104.5 km dari Pulau Pinang dan Johor Bahru ke PROTON Centre of Excellence (COE) di Subang Jaya tanpa sebarang pengisian bahan api atau pengecasan tambahan. Sepanjang perjalanan, ia disiarkan secara langsung selama 25 jam, menandakan penyiaran pemanduan kenderaan Proton e.MAS 7 PHEV secara langsung. Setibanya di COE kenderaan ini mencatatkan jarak baki sejauh 189 km, membuktikan jangkauan pemanduan keseluruhan melebihi 1,200 km, menunjukkan kecekapan, ketahanan dan kepraktisan untuk penggunaan harian.

Dengan teknologi hibrid canggih EM-i, All-New Proton e.MAS 7 PHEV direka untuk menawarkan kos pemilikan jangka panjang yang lebih rendah berbanding kereta petrol konvensional. Sepanjang tempoh 10 tahun, anggaran kos bahan api dan penyelenggaraan adalah sekitar RM29,200, berbanding RM49,800 bagi SUV enjin petrol konvensional. Faktor yang menyumbang termasuk penggunaan enjin yang lebih rendah, brek regeneratif, lebih sedikit komponen bergerak, serta jadual servis EV sekali setahun atau setiap 15,000 km. Jumlah kos penyelenggaraan dijangka kekal di bawah RM8,000 sepanjang tempoh 10 tahun.

Rekaan Unik di Luar, Keselesaan dan Premium di Dalam
All-New Proton e.MAS 7 PHEV menampilkan rekaan luaran yang moden dan unik, membezakannya dengan jelas daripada Proton e.MAS 7 EV. Bar LED depan sepenuhnya yang futuristik digabungkan dengan lampu belakang LED 3D sepenuhnya sepanjang kenderaan mempamerkan kenderaan moden, manakala susunan lampu yang diperbaharui dan penutup but belakang yang direka semula menekankan identiti PHEV yang tersendiri. Roda aloi 19 inci memberikan stance yang sporty dan seimbang, bumbung panorama meningkatkan rasa luas kabin, manakala rekaan aerodinamik yang menyokong kecekapan, keselesaan pemanduan di lebuh raya, dan sentuhan halus pada keseluruhan kenderaan.

Di bahagian dalaman pula, Proton e.MAS 7 PHEV mempamerkan kabin yang bersih dan minimalis, direka untuk keselesaan dan ruang yang luas. Warna dalaman Hitam dan Putih diperkaya dengan pencahayaan ambient 256 warna, manakala roda stereng yang unik dan tempat duduk berbalut leatherette memastikan keselesaan untuk perjalanan harian mahupun jarak jauh. Ciri-ciri yang telah digabungkan seperti tombol putar pelbagai fungsi, pemilih gear di stereng, cermin pandang belakang automatik gelap, cermin belakang yang luas, dan sistem audio premium 16 pembesar suara menambah lagi pengalaman kabin yang premium.

Varian PRIME, PREMIUM dan PREMIUM PLUS
Proton e.MAS 7 PHEV akan ditawarkan dalam tiga (3) varian bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza:
PRIME: Menawarkan kecekapan bahan api yang cemerlang dan prestasi yang mantap, dengan ciri asas yang penting serta nilai hebat pada harga yang mampu dimiliki.
PREMIUM: Memberikan lebih banyak ciri, termasuk ADAS tambahan dan keselesaan dipertingkatkan, untuk pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan menyeronokkan.
PREMIUM PLUS: Menyediakan jarak pemanduan lebih jauh dengan bateri LFP yang lebih besar, pengecasan DC lebih pantas, serta bumbung panorama, bagi pengalaman pemanduan yang lebih premium dan halus.
Power Packs dengan Harga Pelancaran Khas untuk Pelanggan Awal
Untuk meraikan pelancaran ini, PRO-NET memperkenalkan Lima Pakej Power Packs bernilai sehingga RM7,500, direka untuk meningkatkan pengalaman pemilikan dengan nilai tambahan dan kemudahan:
Power Home
Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM 1,500
Power Online
Data Internet 2GB bulanan percuma selama 5 tahun bernilai RM 1,000
Power Trade-In
Rebat tukar-beli bernilai RM 1,000 melalui CARSOME*
Power Exchange
Layak menerima apabila kenderaan tidak lagi sesuai digunakan di Jalan raya, bernilai RM 4,000**
Power Protection
Pakej Insurans e.MAS Care eksklusif bernilai RM 1,000***
Pemilik Proton e.MAS 7 PHEV juga akan menerima waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan, serta waranti bateri berkuasa tinggi dan komponen selama 8 tahun atau 160,000 km, sekali gus menegaskan komitmen Proton e.MAS terhadap kebolehpercayaan jangka panjang dan keyakinan pelanggan.
Harga Atas Jalan (tanpa insurans):
Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
PRIME | RM 109,800 | RM 112,800 |
PREMIUM | RM 123,800 | RM 126,800 |
PREMIUM PLUS | RM 129,800 | RM 132,800 |

Harga Pelancaran Khas untuk 5,000 Pelanggan Pertama
5,000 pelanggan pertama akan menikmati rebat pelancaran khas bernilai RM 4,000, menjadikan Harga Atas Jalan (tanpa insurans) bagi Proton e.MAS 7 PHEV varian Prime, Premium dan Premium Plus seperti berikut:
Varian | Semenanjung Malaysia | Sabah & Sarawak |
PRIME | RM 105,800 | RM 108,800 |
PREMIUM | RM 119,800 | RM 122,800 |
PREMIUM PLUS | RM 125,800 | RM 128,800 |




































Komen