top of page

Proton e.MAS Hidupkan Suasana TRX dengan Kempen EV Terbaharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 22 Mei
  • 3 min membaca

Proton e.MAS 7 Jelajah EV

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, melangkah ke masa depan elektrik Malaysia dengan pelancaran kempen Jelajah Proton e.MAS ke Seluruh Negara, yang bermula hari ini di The Exchange TRX, Kuala Lumpur. Berlangsung dari 22 hingga 25 Mei, sambutan ini menandakan pelancaran kempen "Electrify Your Life", yang membawa rakyat Malaysia lebih dekat dengan manfaat dan potensi mobiliti elektrik.

 

Jelajah ini mempamerkan pengalaman yang berkonsepkan gaya hidup dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri bagaimana Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia ini disesuaikan dengan gaya hidup harian pengguna. Daripada sesi pandu uji, perkongsian santai bersama KOL automotif, hadiah-hadiah menarik hinggalah ke zon pameran yang interaktif, sambutan ini direka untuk mencetuskan rasa ingin tahu, memberi pendedahan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai perubahan ke arah mobiliti elektrik.

 

“Inisiatif ini bukan sekadar pameran kereta semata-mata, tetapi satu transformasi. Kempen Jelajah Electrify Your Life membawa gaya hidup kenderaan elektrik ke hadapan dengan cara yang menarik dan mudah difahami,” kata Puan Salawati Binti Mohd Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET. Ia tentang menunjukkan bagaimana e.MAS 7 boleh disesuaikan dengan rutin harian anda dengan menghantar anak ke sekolah, percutian hujung minggu, hinggalah gaya peribadi anda sendiri.”

 

“Dengan kempen jelajah ini, kami berusaha untuk memastikan teknologi EV bukan sahaja menjadi sesuatu yang boleh dirasai, tetapi juga mudah diakses oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian mereka, bukan hanya di bandar-bandar besar, tetapi di seluruh pelosok negara. Proton e.MAS hadir untuk memberi inspirasi kepada perubahan, memperkasakan pilihan, dan memacu peralihan ke arah masa depan yang lebih bersih dan lestari,” tambah Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.

 

Sorotan Kempen Jelajah “Electrify Your Life” di Pusat Beli-belah TRX

Proton e.MAS 7 Jelajah EV

Jelajah Electrify Your Life di TRX Mall menghidupkan Proton e.MAS 7 melalui pelbagai pengalaman menarik dan informatif. Antara tarikan utama adalah sesi pandu uji, di mana orang ramai berpeluang pandu uji dan merasai prestasi dan teknologi canggih e.MAS 7, memberikan pengalaman sebenar memandu SUV elektrik sepenuhnya.

 

Pengunjung juga boleh meneroka Zon “Electrify Your Life Lifestyle” yang direka untuk mempamerkan bagaimana e.MAS 7 melengkapkan pelbagai aspek kehidupan moden. Zon “Electrify Your Fun” menampilkan trek mini kereta kawalan jauh dan pameran yang menyeronokkan, manakala “Electrify Your Drive” memberi pendedahan tentang pengecasan EV, penjimatan tenaga, dan teknologi dalam kenderaan. “Electrify Your Adventure“ pula menonjolkan kesesuaian kenderaan untuk perjalanan jauh dan pengalaman glamping dan yang terakhir “Electrify Your Style” menyediakan ruang yang sesuai untuk bergambar dan berswafoto, lengkap dengan hiasan yang moden serta sentuhan yang futuristik.

 

Untuk memeriahkan sambutan ini, sesi perkongsian EV bersama KOL Automotif akan diadakan setiap hari sepanjang roadshow berlangsung. KOL automotif termasuk Amin Ashaari, CEO SoyaCincau, akan berkongsi tips berguna tentang pemilikan EV, menjelaskan beberapa salah faham yang sering timbul, serta memberikan pandangan peribadi tentang pengalaman memandu Proton e.MAS 7. Sesi ini dijadualkan berlangsung pada pukul 1:00 petang dan 6:00 petang pada hari Sabtu, 24 Mei 2025 dan Ahad, 25 Mei 2025.

 

Selepas pelancaran di TRX, jelajah Proton e.MAS akan diteruskan perjalanan ke beberapa kawasan utama di seluruh negara:

 

  • Gurney Paragon, Pulau Pinang: 13–15 Jun 2025

  • AEON Mall Bandaraya, Melaka: 27–29 Jun 2025

  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 3–6 Julai 2025

  • Central i-City, Shah Alam: 21–24 Ogos 2025 (Penutup)

 

Menangi Sebuah Proton e.MAS 5 Baharu dalam Peraduan Electrify Your Life


Proton e.MAS 7 Jelajah EV

Selain daripada jelajah roadshow, PRO-NET menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Peraduan Electrify Your Life, sebuah kempen sambutan gaya hidup EV di seluruh negara. Peraduan ini terbuka kepada peserta di lokasi roadshow serta di semua bilik pameran Proton e.MAS di seluruh Malaysia, dengan hadiah menarik setiap bulan dan kemuncaknya adalah hadiah utama iaitu sebuah Proton e.MAS 5 baharu.

 

Orang ramai dijemput untuk menyertai peraduan ini dengan melibatkan diri dalam kempen di mana-mana bilik pameran yang mengambil bahagian atau di lokasi roadshow. Penyertaan peraduan boleh dilakukan melalui pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan cabaran digital, menyertai sesi pandu uji, serta berkongsi pengalaman melalui media sosial untuk memenangi hadiah menarik bersama Proton e.MAS.

 

Peraduan ini berlangsung dari Mei hingga Julai 2025 dan pemenang utama akan diumumkan pada 24 Ogos 2025 di Central i-City, Shah Alam.

Comments


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page