top of page

Proton e.MAS Melepasi 20,000 Kenderaan di Jalan Raya; Proton e.MAS 7 PHEV Muncul sebagai Model PHEV Terlaris di Malaysia pada Tahun 2026

Writer: Anna Chong
Anna Chong
21 Mei
2 min membaca

Green SUV on display in a showroom with cityscape backdrop. "e.MAS7 PHEV" and "No. 1 EV Brand" signs visible. Bright setting.

PRO-NET hari ini mengumumkan bahawa lebih 20,000 kenderaan Proton e.MAS kini berada di atas jalan raya di seluruh Malaysia, sekali gus menandakan kemajuan yang berterusan dalam usaha mempercepatkan mobiliti elektrik di peringkat nasional.


“Melepasi 20,000 unit ini menunjukkan kepercayaan yang semakin kukuh daripada pelanggan di Malaysia terhadap Proton e.MAS. Pada masa yang sama, ia juga mencerminkan perubahan yang semakin ketara apabila lebih ramai pemandu kini yakin untuk beralih kepada mobiliti elektrik,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.


Pencapaian ini disokong oleh permintaan yang kukuh merentasi rangkaian Proton e.MAS, dengan Proton e.MAS 7 PHEV muncul sebagai model plug-in hybrid terlaris di Malaysia bagi tahun 2026 setakat ini, mencatatkan 1,755 unit pendaftaran. Sejak dilancarkan pada awal Februari, model ini terus mencatatkan momentum yang memberangsangkan dengan lebih 6,500 tempahan dalam tempoh beberapa bulan, termasuk 1,013 pendaftaran pada April 2026 yang sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju segmen PHEV setakat ini.


Secara keseluruhan, rangkaian Proton e.MAS mencatatkan 20,509 pendaftaran terkumpul setakat tahun ini, terdiri daripada 10,067 unit Proton e.MAS 7 dan 8,687 unit Proton e.MAS 5, dengan April 2026 sahaja menyumbang 3,421 pendaftaran merentasi keseluruhan model, termasuk 1,772 unit Proton e.MAS 5 dan 636 unit Proton e.MAS 7, sekali gus mencerminkan permintaan yang kekal kukuh terhadap portfolio kenderaan elektrik jenama ini.


“Seiring dengan pertumbuhan jenama kenderaan elektrik kami, adalah sama penting untuk kami memperkukuh ekosistem yang menyokong perkhidmatan kepada pelanggan. Fokus kami kekal untuk memastikan pengalaman pemilikan yang boleh dipercayai dan lancar, sekali gus membina keyakinan jangka panjang terhadap mobiliti elektrik,” kata Zhang Qiang.

 

Proton e.MAS

Memperkukuh Ekosistem EV di Seluruh Negara bagi Menyokong Pertumbuhan Pesat

Seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan Proton e.MAS di atas jalan raya, PRO-NET turut memperluas dan memperkukuh ekosistemnya di seluruh negara bagi memastikan pelanggan menerima sokongan yang konsisten sepanjang pengalaman pemilikan. Ini termasuk peluasan rangkaian pengedar, pengukuhan kapasiti selepas jualan, serta penambahbaikan akses kepada sokongan pengecasan EV di pasaran utama.


Ketika ini, rangkaian Proton e.MAS merangkumi 53 operasi pengedar di seluruh negara, disokong oleh 10 pusat body and paint, manakala pusat 3S sedang diperluas kepada 40 lokasi seiring dengan peningkatan permintaan pelanggan. Pada masa yang sama, keupayaan perkhidmatan dan kesiapsiagaan teknikal turut dipertingkatkan bagi memastikan masa tindak balas yang lebih pantas serta meningkatkan kemudahan pelanggan di peringkat operasi.


Perluasan berterusan ini bertujuan memastikan pertumbuhan dalam penerimaan kenderaan seiring dengan pembangunan rangkaian sokongan yang lebih kukuh dan mudah diakses di seluruh negara.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page