top of page

PROTON Menyerlahkan Semangat Malaysia dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan Barisan Kenderaan ICE dan EV

aisha5891
2 Sep
3 min membaca
PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

PROTON bersama anak syarikatnya, Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), sekali lagi mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Kebangsaan tahun ini menerusi penyertaan terbesar mereka setakat ini. Membawa kontinjen sebanyak 14 buah kenderaan di bawah Kluster Pemacu Pembangunan Negara, penyertaan tersebut menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan ke-69.


Barisan 14 kenderaan itu menggabungkan legasi automotif PROTON dengan hala tuju masa depan mobiliti negara. Ia menampilkan model ikonik Proton Saga, All-New Proton X50, Proton S70 2026, Proton X70 dan Proton X90, selain rangkaian kenderaan elektrifikasi Proton e.MAS yang terdiri daripada Proton e.MAS 5, e.MAS 7 dan e.MAS 7 PHEV.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Keseluruhan kontinjen membawa slogan “Memacu Malaysia”, mencerminkan peranan PROTON dan Proton e.MAS dalam menyokong kemajuan negara melalui inovasi serta perkembangan industri mobiliti.Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, berkata:“Selama beberapa generasi, PROTON telah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia, daripada kenderaan pertama yang dipandu sehinggalah kereta pertama yang dibeli untuk keluarga. Hari ini, perjalanan tersebut terus berkembang apabila semakin ramai rakyat Malaysia mengambil langkah pertama ke arah mobiliti berelektrik bersama Proton e.MAS.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

“Penyertaan dalam Perarakan Hari Kebangsaan ini amat bermakna buat kami kerana ia mencerminkan perjalanan PROTON sebagai jenama automotif nasional Malaysia, selain menunjukkan peranan Proton e.MAS yang semakin berkembang dalam membentuk masa depan mobiliti negara.”


Beliau turut menambah:“Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, Proton e.MAS telah berkembang daripada sebuah jenama baharu kepada jenama EV No. 1 di Malaysia, mencerminkan peningkatan keyakinan rakyat Malaysia terhadap mobiliti elektrik.


“Seiring dengan perkembangan ini, Proton e.MAS kekal komited untuk menjadikan pemilikan EV lebih mudah diakses, memperkasa keupayaan tempatan serta menyumbang kepada masa depan mobiliti Malaysia yang lebih lestari.”


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Penyertaan tahun ini juga menandakan tahun ketiga Proton e.MAS mengambil bahagian dalam Perarakan Hari Kebangsaan. Selepas memperkenalkan Proton e.MAS 7 dan Proton e.MAS 5 kepada orang ramai menerusi penyertaan sebelum ini, jenama tersebut kini mengetengahkan Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus melengkapkan barisan kenderaan xEV Proton e.MAS dalam perarakan tersebut.


Sejak diperkenalkan, Proton e.MAS terus memberi tumpuan kepada usaha menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia, di samping melengkapi peranan PROTON yang telah sekian lama menyediakan pilihan pemilikan kenderaan dan penyelesaian mobiliti kepada rakyat negara ini.


Warna Semangat Malaysia, Menyemarakkan Aspirasi Generasi Anak e.MAS Malaysia

Penyertaan kontinjen Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan bukan sekadar mempamerkan barisan kenderaan. Ia turut membawa kempen “Colours of Malaysian Spirit”, yang meraikan rakyat, budaya serta pengalaman harian yang membentuk identiti unik Malaysia.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Warna dan elemen budaya yang menghiasi kenderaan kontinjen tersebut diinspirasikan daripada identiti Malaysia dan melambangkan kepelbagaian, perpaduan serta semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat.

Kempen ini turut mengetengahkan naratif “Anak e.MAS Malaysia”, yang menggambarkan aspirasi generasi baharu rakyat Malaysia untuk terus melangkah ke hadapan tanpa melupakan nilai, impian dan identiti yang menjadi sebahagian daripada perjalanan negara.


Selama beberapa generasi, Proton Saga menjadi antara simbol penting dalam perjalanan rakyat Malaysia memiliki kenderaan sendiri. Kini, bagi golongan profesional muda, pembeli kereta kali pertama dan keluarga yang sedang membina kehidupan, langkah pertama ke arah mobiliti elektrik pula mungkin bermula dengan Proton e.MAS 5.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Walaupun generasi dan jenis kenderaan berubah, aspirasi yang dibawa kekal sama iaitu kebebasan untuk bergerak ke hadapan, membuka peluang dan meneroka pelbagai kemungkinan baharu.


Melalui naratif “Anak e.MAS Malaysia”, Proton e.MAS meraikan perubahan antara generasi sambil terus mengekalkan hubungan rapat dengan rakyat, tempat dan pengalaman yang menjadikan Malaysia sebagai rumah.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Pengeluar Automotif Nasional Memacu Peralihan Malaysia ke Arah Mobiliti Elektrik

Sebagai jenama EV No. 1 di Malaysia, Proton e.MAS telah merekodkan sebanyak 31,504 pendaftaran kumulatif xEV setakat 31 Julai 2026, sekali gus menjadikannya jenama automotif paling pantas di Malaysia mencapai pencapaian tersebut.


Pertumbuhan ini turut disokong oleh pembangunan ekosistem yang semakin meluas, merangkumi 60 pusat jualan, 46 pusat servis, 10 kemudahan Body & Paint serta lebih 4,700 titik pengecasan di seluruh negara.


PROTON dan Proton e.MAS dalam Perarakan Hari Kebangsaan 2026 dengan barisan kenderaan ICE dan EV

Selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik, Proton e.MAS turut memainkan peranan dalam memperkukuh keupayaan Malaysia dalam rantaian nilai mobiliti elektrik. Dengan Proton e.MAS 7 PHEV kini dipasang secara tempatan, ketiga-tiga model Proton e.MAS telah dipasang di Malaysia, sekali gus

menyumbang kepada pembangunan keupayaan pembuatan tempatan serta pertumbuhan industri EV negara.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Proton e.MAS turut meneruskan kempen “Colours of Malaysian Spirit”menerusi peraduan Malaysia Colour Hunt, yang berlangsung sehingga 16 September di platform media sosial Proton e.MAS.

Sebanyak 69 pemenang akan menerima PIN tambah nilai Touch ‘n Go eWallet bernilai RM69 seorang.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page