top of page

Proton Perkukuh Komitmen Membangunkan Bakat TVET Di Automotive High-Tech Valley, Tanjung Malim

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 24 Apr
  • 2 min membaca

Proton Perkukuh Komitmen Membangunkan Bakat TVET Di Automotive High-Tech Valley, Tanjung Malim

PROTON terus membuktikan komitmennya dalam membangunkan bakat tempatan serta menyokong komuniti menerusi penganjuran lawatan industri untuk para pelatih di fasilitinya dalam kawasan Automotive High-Tech Valley (AHTV). Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan syarikat untuk memberi pendedahan praktikal kepada golongan muda Malaysia serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap industri automotif.


Proton Perkukuh Komitmen Membangunkan Bakat TVET Di Automotive High-Tech Valley, Tanjung Malim

Lawatan tersebut melibatkan seramai 35 bakat muda daripada GIATMARA Tanjung Malim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang teknikal seperti teknologi automotif dan motosikal, selain pembaikan kenderaan serta kemasan cat. Dengan sebahagian peserta memulakan perjalanan kemahiran mereka seawal usia 15 tahun, program ini memberi peluang kepada bakal tenaga mahir melihat sendiri proses serta mutu kerja pembuatan moden di PROTON Tanjung Malim.


Sepanjang program berlangsung, para pelatih dibawa melawat beberapa kawasan utama , di mana mereka berpeluang menyaksikan proses pemasangan kenderaan, standard kawalan kualiti serta penggunaan teknologi moden dalam operasi pengeluaran. Selain itu, sesi berkenaan turut dikendalikan oleh Ketua Pereka PROTON, Azlan Othman, yang berkongsi pandangan mengenai kecemerlangan kreativiti dan teknikal yang memacu jenama PROTON ke hadapan.


Proton Perkukuh Komitmen Membangunkan Bakat TVET Di Automotive High-Tech Valley, Tanjung Malim

“Di PROTON, kami melihat pembangunan bakat sebagai satu tanggungjawab jangka panjang. Penting untuk menarik minat generasi muda Malaysia serta mengekalkan minat mereka dalam bidang automotif dengan memberi pendedahan bermakna kepada industri. Melalui inisiatif seperti , kami bukan sahaja berkongsi pengetahuan industri, malah membantu bakat muda memahami landskap automotif yang sentiasa berkembang termasuk kemajuan dalam bidang elektrifikasi. Ini amat penting dalam membina saluran bakat berkemahiran tinggi yang bersedia menghadapi masa depan demi negara,” kata Ketua Pegawai Sumber Manusia PROTON, Dr Kasuma Satria Bin Mat Jadi.


Sementara itu, Ketua GIATMARA Tanjung Malim, Fadilah bt Abdullah berkata, “Lawatan industri ini memberikan pendedahan yang amat bernilai kepada para pelatih kami mengenai operasi di fasiliti PROTON Tanjung Malim. Ia membolehkan mereka melihat sendiri keperluan dan standard yang diperlukan untuk berada dalam kalangan jenama terkemuka dalam industri automotif Malaysia. Para pelatih amat teruja dengan penggunaan teknologi canggih, sistem pengeluaran yang cekap serta amalan kualiti yang mantap, yang menjadi asas kepada penghasilan model-model PROTON masa kini. Pengalaman seperti ini penting dalam memberi inspirasi kepada pelajar kami untuk terus meningkatkan kemahiran serta menceburi kerjaya dalam sektor automotif.”


Proton Perkukuh Komitmen Membangunkan Bakat TVET Di Automotive High-Tech Valley, Tanjung Malim

PROTON terus memperkukuh kerjasama antara industri dan institusi latihan, sekali gus meletakkan Automotive High Tech Valley (AHTV) sebagai hab utama pembelajaran, inovasi dan pembangunan bakat. Inisiatif ini menzahirkan komitmen syarikat dalam melahirkan generasi baharu tenaga mahir serta menyokong aspirasi Malaysia untuk memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Seiring dengan usaha ini, PROTON mengalu-alukan institusi pendidikan, para pelatih serta bakal jurutera dari seluruh negara untuk mengunjungi fasiliti di Tanjung Malim bagi merasai sendiri ketepatan pembuatan automotif moden, di samping memperoleh pendedahan berharga mengenai amalan industri, perkembangan teknologi serta pelbagai laluan kerjaya yang tersedia.



Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page