Sime Darby Auto Connexion-Ford Perluas Rangkaian di Malaysia Timur, Jamin Pengalaman Unggul Pelanggan
- Panduman

- 5 Feb
- 3 min membaca

Sejajar dengan komitmen untuk menambah baik perkhidmatan pelanggan di Malaysia Timur, Sime Darby Auto Connexion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah meluaskan rangkaian pengedarannya di Sabah dan Sarawak.
Peluasan rangkaian ini sejajar dengan usaha untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti yang boleh dinikmati oleh para pelanggannya yang semakin meningkat di Malaysia Timur.
Kini, dengan dua kemudahan khusus baharu yang menawarkan khidmat servis di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan di Kapit dan Mukah, terdapat 11 pengedar yang bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Sabah dan Sarawak. Buat masa ini, rangkaian pengedar di Sarawak merangkumi Kuching (SDAC), Sibu (Ngu Brothers), Miri (ALV Brothers), Bintulu (Ngu Brothers), Kota Samarahan (Jimisar Motors) dan dua pusat servis khusus di Kapit dan Mukah. Manakala di Sabah, terdapat dua pengedar di Kota Kinabalu (Boston Auto and Rightpower Corporation), serta di Sandakan (Boston Auto) dan Tawau (TB Automotive). Rangkaian pengedar komprehensif dan pusat servis khusus di serata Malaysia Timur ini membolehkan para pelanggan Ford di dalam dan luar bandar mendapatkan perkhidmatan yang mudah dan boleh dipercayai.

Antara kemudahan terbaharu termasuk bilik pameran Sibu yang dinaik taraf di bawah Ngu Brothers. Bilik pameran ini menawarkan persekitaran yang mesra dan moden dengan kemudahan yang ditambah baik, sejajar dengan piawaian identiti korporat Ford, mencerminkan kesungguhannya untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang premium. Ruang istirahat pelanggan dan ruang pameran bertingkat kenderaan Ford memberikan perspektif menarik bagi bilik pameran seluas 6,135 kps ini, ia menunjukkan standard kecemerlangan pelanggan Auto ConneXion yang tinggi di serata Malaysia Timur.
Bilik pameran Ford di Sibu:
Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Auto ConneXion berkata, “Malaysia Timur terus menjadi pasaran pertumbuhan utama bagi Auto ConneXion seperti yang dilihat daripada permintaan kukuh dan konsisten pada 2024. Dipacu oleh permintaan ini, kami terus menambah baik perkhidmatan dan titik capaian pelanggan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat. Perluasan rangkaian ini mencerminkan komitmen kami untuk menghasilkan pengalaman pelanggan bertaraf dunia, sambil menaikkan taraf perkhidmatan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan automotif berkualiti di Malaysia Timur.”
“Lokasi pengedar dan perkhidmatan yang strategik adalah cara kami menyediakan perkhidmatan kepada pemilik kenderaan Ford di kawasan negeri Sabah dan Sarawak yang utama , supaya mereka dapat menikmati kemudahan, kualiti dan kebolehpercayaan yang kami tawarkan. Perkhidmatan kami bukan sahaja terhad kepada pusat-pusat bandar utama tetapi turut tertumpu kepada kawasan yang kurang menerima perkhidmatan seperti Kapit dan Mukah, di mana kami menawarkan kemudahan servis sahaja untuk memenuhi keperluan khusus di sana,” tambahnya.
Bilik pameran Ford di Kapit:
Bagi meningkatkan pengalaman pemilikan dan sejajar dengan tumpuan Auto ConneXion terhadap penyediaan perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang, Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft Genuine boleh didapati di semua wakil penjual sah Ford di Malaysia Timur pada harga berpatutan. Stok alat ganti yang tersedia ini direka dengan ciri-ciri keselamatan, prestasi dan ketahanan yang dijamin untuk kenderaan Ford, disertai dengan waranti Ford dan memenuhi piawaian global.
Para pelanggan dijemput untuk mengunjungi pusat pengedar baharu ini untuk meninjau tawaran terbaharu Ford, termasuk penjimatan sehingga RM8,000 atau Pelan Servis Ford Blue Oval selama 5 Tahun serta penjimatan sehingga RM2,000, selain menikmati layanan luar biasa dan mendapatkan Alat Ganti Tulen Ford Motorcraft yang berkualiti untuk prestasi kenderaan optimum.
Auto ConneXion terus meneroka dan meluaskan rangkaian pengedarnya serta mengukuhkan komitmen untuk menetapkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan pelanggan. Usaha ini membuktikan dedikasinya untuk memberikan ketenangan fikiran bagi pelanggan di Malaysia Timur dengan pengalaman pemilikan yang memuaskan, dipercayai dan berbaloi.
Bilik pameran Ford di Mukah:








































Komen