Sime Darby Auto ConneXion-Ford Semakin Kukuh, Fokus & Mempercepat Pertumbuhan untuk Memenuhi Keperluan Pelanggan di Malaysia
- Panduman

- 7 Apr
- 4 min membaca

Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, meneruskan komitmennya yang bertumpu kepada pelanggan, inovasi dan kualiti dalam usaha memperkukuh kedudukannya di pasaran Malaysia. Pencapaian Auto ConneXion pada 2024 telah diiktiraf dari segenap sudut, berlandaskan peningkatan jualan yang kukuh, peluasan rangkaian yang stabil dan pelbagai anugerah yang dimenangi.
Auto ConneXion mengekalkan momentum jualannya termasuk pada tahun 2024, mencerminkan keyakinan pengguna terhadap prestasi unggul, teknologi canggih dan kualiti cemerlang jenama tersebut. Antara sorotan utama ialah kejayaan melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dan XLT Plus Edisi Khas, dengan kedua-dua model mendapat sambutan yang menggalakkan di pasaran.

Dengan tumpuan terhadap kebolehcapaian dan kemudahan, Auto ConneXion telah bertapak kukuh di seluruh Malaysia dengan membuka bilik pameran baharu dan menaik taraf kemudahan sedia ada selaras dengan piawaian global Ford. Sepanjang tahun lepas, syarikat telah membuka 9 bilik pameran baharu dan menaik taraf kemudahan di seluruh negara.
Antara kemudahan terbarunya ialah Millennium di Kuantan, pusat 2S di Kapit dan Mukah, serta bilik pameran 3S terbesar di Pulau Pinang. Beberapa pengedar telah melaksanakan kerja naik taraf Ford Signature, membawakan pengalaman pelanggan yang serba baharu ke bilik pameran Seremban (Trio Mantap), Kuala Terengganu (I-Expert), Kuala Lumpur (Capital Intertrade), Klang (SemangatAnggun), Sibu (Sibu Ngu Brothers) dan bilik pameran 3S terbesar di Pulau Pinang. Bagi melengkapi perluasan rangkaian ini, pusat kemudahan yang hanya menawarkan khidmat servis telah dibuka di Kapit dan Mukah untuk memenuhi keperluan khusus para pelanggan di Malaysia Timur.
Perancangan untuk menubuhkan pusat 3S baharu pada tahun 2025 juga sedang dilaksanakan, iaitu Supreme Priority Kluang di Johor dan Millennium Automart Jalan Kuching di Kuala Lumpur. Selain itu, beberapa pusat kemudahan akan dinaik taraf, termasuk ALV Auto World, SDAC Kuching, SDAC PJ, Trio Mantap Kajang, Tugu Etika dan TB Automotive menjelang akhir tahun.
Perluasan strategik Auto ConneXion serta pelaksanaan proses digital Ford Guest Experience (Pengalaman Tetamu Ford) yang dinaik taraf di lokasi pengedar turut memastikan tahap kecekapan yang lebih optimum di semua cawangannya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Kuching dan Pulau Pinang. Dalam tempoh yang akan datang, Supreme Priority Kluang, Sing Kwung Melaka, Boston Auto Kota Kinabalu dan I-Expert Kuala Terengganu turut melaksanakan proses sama, yang bakal disempurnakan menjelang separuh pertama 2025.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara, Sime Motors berkata, "Tahun 2024 merupakan tahun yang penting bagi Auto ConneXion-Ford. Sebagai pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, pencapaian kami dalam memenangi pelbagai anugerah industri dan menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik mencerminkan dedikasi dan kualiti perkhidmatan kami. Pelaburan berterusan kami untuk mengukuhkan kedudukan dengan menambah bilik pameran dan menaik taraf kemudahan memperlihatkan wawasan jangka panjang dan tinjauan positif kami terhadap pasaran ini."

Turse Zuhair, Pengarah Urusan Auto ConneXion, menambah, "Pasukan profesional jualan dan selepas jualan kami yang terlatih memastikan pelanggan sentiasa mendapatkan perkhidmatan dan kepakaran teknikal cemerlang di setiap titik pertemuan. Dengan tumpuan strategik kepada inovasi dan naik taraf perkhidmatan, Auto ConneXion akan terus menetapkan penanda aras baharu dan kami yakin dapat mengekalkan momentum ini pada tahun 2025 dan mengukuhkan kedudukan utama Ford sebagai jenama trak pikap nombor satu di Malaysia.”
Pencapaian Auto ConneXion pada 2024 telah diiktiraf oleh anugerah-anugerah yang diraih. Ford Ranger Platinum telah merangkul dua gelaran berprestij di Anugerah Kereta Terbaik MARii, iaitu Anugerah Pilihan Rakyat dan Trak Pikap Terbaik. Anugerah tersebut menyerlahkan kualiti luar biasa dan mutu ketukangan premium Ford, lantas mengekalkan reputasinya dari segi tahap keyakinan dan kebolehpercayaan. Di samping itu, Auto ConneXion telah diberi penghormatan apabila memenangi Anugerah Presiden 2024 bagi NPS Pengedar dan Pembelian Alat Ganti di Malam Anugerah Pemasaran Pengedaran Ford Asia Pasifik, yang mengiktiraf komitmennya untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan kecemerlangan operasi.

Sementara itu, Ford Ranger Raptor Bi-Turbo Diesel telah dipilih sebagai "Trak Pikap Terbaik Tahun Ini' di Anugerah Kenderaan Terbaik Allianz DSF.my 2024, mengukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin dalam kategorinya. Di samping itu, Ford Ranger juga menerima anugerah Trak Pikap Terbaik daripada Anugerah Pilihan Rakyat Carlist.my & WapCar.my 2024, yang mencerminkan prestasi, ketahanan dan daya tarikan pelanggan yang luar biasa. Auto ConneXion turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah "Salute to Dealers" (Tabik Hormat kepada Pengedar) atas sumbangannya kepada penambahbaikan komuniti sebagai salah satu daripada enam pengedar di seluruh dunia yang menerima pengiktirafan berprestij ini daripada Ford Motor Company.
Turse Zuhair menambah, "Pencapaian ini menunjukkan permintaan yang kukuh bagi kenderaan Ford dan kepercayaan pelanggan kami terhadap jenama tersebut. Dalam usaha kami dalam memberi tumpuan kepada kepuasan pelanggan, inovasi dan penambahbaikan berterusan, kami komited untuk mengekalkan kepimpinan kami dalam segmen ini dan membawakan pengalaman pemilikan yang lebih bermanfaat."




















Komen