top of page

SOS Balance: Tiada Lagi Sekatan Walaupun Baki Rendah

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 10 Feb 2025
  • 2 min membaca

Updated: 13 Apr 2025

Pernahkah anda terperangkap di tol kerana baki e-dompet Touch 'n Go (TNG) yang tidak mencukupi? Dengan pemandu kenderaan di belakang yang sedang menunggu, pasti anda berasa serba salah dan cemas. Jangan risau! Kini, Touch 'n Go hadir dengan penyelesaian yang akan mengubah pengalaman pemanduan anda lebih baik. Dengan ciri SOS Balance, anda boleh terus melintasi tol melalui sistem RFID dan PayDirect walaupun e-dompet TNG anda tidak mempunyai baki yang mencukupi. Pastikan e-dompet TNG anda sentiasa aktif!

SOS Balance
Gambar Hiasan : Aplikasi Touch 'n Go kini didatangi dengan bantuan SOS Balance ketika baki tidak mencukupi untuk tol.

Tiada bayaran tambahan, langganan atau pendaftaran yang diperlukan. Anda hanya perlu memastikan jumlah tertunggak diselesaikan dalam tempoh 24 jam. Kegagalan membayar tunggakan dalam tempoh tersebut akan mengakibatkan ciri SOS Balance anda digantung manakala ciri e-dompet masih boleh diakses. Namun, anda tidak boleh membuat pembayaran atau pembelian melainkan anda tambah nilai e-dompet TNG anda. Pembayaran yang tertunggak akan ditolak secara automatik dan ciri SOS Balance akan dipulihkan semula jika tunggakan sudah diselesaikan.

senarai nama lebuh raya
Gambar sumber oleh Rnggt

SOS Balance berfungsi secara automatik di tol RFID dan PayDirect, membuatkan anda tidak perlu berhenti dan menunggu lagi. Berikut adalah lebuh raya yang telah disokong dengan SOS Balance dan terdapat beberapa lebuh raya yang masih dalam proses untuk pengguna PayDirect seperti:

  1. Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

  2. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

  3. Lebuhraya Klang Valley (NKVE)

  4. Lebuhraya Empangan Lembah Klang (ELITE)

  5. Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SDPH)

  6. Lebuhraya LINKEDUA


SOS Balance TnG
Gambar Sumber: Touch 'n Go

Dengan adanya ciri SOS Balance Touch 'n Go, masalah baki rendah di tol bukan lagi sesuatu beban. Anda boleh terus bergerak tanpa gangguan dan nikmati perjalanan yang lebih lancar. Walaupun ciri ini sangat membantu, pastikan anda menyelesaikan bayaran dalam tempoh 24 jam dan eWallet Touch 'n Go anda sentiasa cukup nilai. Jadi, masalah baki rendah tidak akan mengganggu perjalanan anda lagi – sentiasa lancar dengan SOS Balance!

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page