top of page

TQ WULING Bingo EV Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia dengan Dua Varian Pemasangan Tempatan Bermula dari RM67,800 

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 jam lalu
  • 7 min membaca

TQ WULING Bingo EV

TQ WULING secara rasmi melancarkan TQ WULING Bingo EV, model kenderaan elektrik yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, menandakan satu pencapaian penting dalam menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. 


TQ WULING Bingo EV

Hatchback elektrik kompak ini, yang dipasang secara tempatan, ditawarkan dalam dua varian lengkap, iaitu Bingo PRO pada harga RM67,800 dan Bingo MAX pada harga RM72,800, ini meletakkan Bingo EV sebagai antara EV paling mampu milik di Malaysia. Harga atas jalan (OTR) selapas rebat tunai istimewa ialah RM62,800 bagi Bingo PRO dan RM67,800 bagi Bingo MAX

 

TQ WULING Bingo EV

TQ WULING Bingo merupakan model pertama di bawah jenama TQ WULING, hasil kerjasama strategik antara Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) dan SAIC-GM-Wuling (SGMW). Kolaborasi ini menggabungkan pengalaman berdekad-dekad Tan Chong dalam pasaran tempatan, kepakaran pembuatan, dan kekuatan rangkaian pengedarannya, bersama kepimpinan SGMW dalam teknologi kenderaan elektrik global. 


TQ WULING Bingo EV

“Pelancaran ini merupakan satu pencapaian penting bagi Kumpulan Tan Chong apabila kami memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik yang mampu milik untuk rakyat Malaysia. Sebagai EV pertama yang dipasang secara tempatan di Kilang Pemasangan Tan Chong, yang dibina berasaskan warisan hampir 50 tahun dalam pembuatan dan pemasangan automotif, Bingo EV mencerminkan komitmen kami memajukan landskap mobiliti elektrik negara. Kami berbesar hati dapat memainkan peranan, walaupun secara sederhana, dalam memacu ekosistem automotif Malaysia ke hadapan,” kata Daniel Ho, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Chong Motor Holdings. 

 

“Dengan menggabungkan teknologi EV bertaraf global dengan kepakaran pembuatan tempatan, Bingo EV membawa mobiliti elektrik kelas dunia kepada rakyat Malaysia pada harga yang berpatutan,” tambah Ho. 

 

TQ WULING Bingo EV

Berucap pada majlis pelancaran, Lisa Li, Ketua Pegawai Operasi, Jabatan Perniagaan Luar Negara, Bahagian Luar Negara SAIC-GM-Wuling, menyatakan keyakinan terhadap pengembangan jenama tersebut di Malaysia. “Dengan kepakaran kami dalam kenderaan elektrik, digabungkan dengan kehadiran pasaran yang kukuh dan kekuatan pembuatan Kumpulan Tan Chong, kami teruja untuk menyokong peralihan mobiliti hijau di Malaysia dan membawa penyelesaian pemanduan lestari kepada pengguna tempatan. Rantau ASEAN merupakan pasaran utama dalam pelan strategik keseluruhan SGMW, dengan tumpuan khusus kepada Indonesia, Malaysia dan Thailand,” kata Li. 

 

Bingo’s Fabulous 5 Perks

Pelanggan yang telah membuat tempahan dan akan menempah TQ WULING Bingo EV layak menikmati “Bingo’s Fabulous 5 Perks” yang bernilai lebih daripada RM12,000, termasuk:   

 

TQ WULING Bingo EV
  1. Rebat Tunai 

Rebat tunai eksklusif bernilai RM5,000. 

 

TQ WULING Bingo EV
  1. Jaminan Bateri EV Selama 8 Tahun 

Nikmati pemamduan tanpa kerisauan dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000km* dan jaminan motor pemacu 8 tahun/160,000km* (yang mana terdahulu). 

 

TQ WULING Bingo EV
  1. Ansuran Bulanan Rendah 

Pandu pulang Bingo EV dengan ansuran bulan serendah RM625 (ditawarkan melalui institusi kewangan terpilih). 

 

TQ WULING Bingo EV
  1. Keselesaan dan Kemudahan 

Dapatkan pengecas EV rumah 7kW percuma, pengecas EV mudah alih 3-pin percuma dan pakej tinted solar premium TQ. 

 

TQ WULING Bingo EV
  1. Faedah Insurans dan Perlindungan EV Menarik 

Nikmati 17 faedah insurans komprehensif dan faedah EV istimewa dengan Bingo EV (ditawarkan oleh panel insurans terpilih) 

 

Bingo’s Fabulous 5 Perks ini terhad kepada 500 pelanggan pertama sahaja. 

 

Selain itu, pelanggan boleh menempah TQ WULING Bingo EV melalui tapak web tqwuling.my. Hanya dengan yuran tempahan RM50, anda berpeluang menjadi antara yang terawal memiliki Bingo EV. 

 

“Kami telah berusaha keras untuk menawarkan pilihan yang mampu dimiliki bagi pengguna Malaysia yang bersedia mengadaptasi gaya hidup EV. Dengan Bingo’s Fabulous 5 Perks kami, Bingo EV menjadi pilihan yang benar-benar menarik – menawarkan rebet yang manarik, penyelesaian pengecasan yang mudah, serta jaminan ketenangan fikiran melalui insurans dan waranti komprehensif,” kata Wan Wei Sun, Ketua Perniagaan, TQ Manufacturing Sdn. Bhd.  

 

TQ WULING Bingo EV

Prestasi dan Pengalaman Pemanduan 

Direka dengan mengambil kira keperluan harian rakyat Malaysia, Bingo EV dibangunkan untuk pemandu bandar yang mengutamakan kecekapan, gaya, keselesaan, serta praktikaliti mesra bandar.  

 

Varian Pro dilengkapi dengan bateri lithium-iron-phosphate 31.9 kWh, manakala Max menawarkan kapasiti lebih besar iaitu 37.9 kWh. Bingo Max mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 410 km menurut penarafan CLTC, manakala Pro menawarkan sehingga 333 km. 

 

Kedua-dua varian ini dikuasakan oleh motor elektrik 50 kW dipasang di hadapan, dipadankan dengan gear penurunan kelajuan tunggal dan pacuan roda hadapan, menghasilkan kuasa 68 PS dan tork 150 Nm. Konfigurasi ini memberikan pecutan yang lancar selain menjanjikan kecekapan tenaga dan kemudahan pemanduan. Dengan ini, Bingo EV sangat sesuai untuk perjalanan harian dan lalu lintas bandar yang sesask. 


TQ WULING Bingo EV

Bateri dan Pengecasan 

Bingo EV dikuasakan boleh sistem Bateri MAGIC proprietary daripada SGMW – satu teknologi canggih dan terbukti, dibangunkan oleh salah satu pengeluar automotif paling berpengalaman di China dengan lebih daripada dua dekad inovasi dalam kenderaan elektrik.  

 

Bateri MAGIC telah diuji pada lebih tiga juta EV di seluruh dunia tanpa sebarang insiden kebakaran yang direkodkan, membuktikan prestasi keselamatan yang luar biasa dalam situasi sebenar. Bateri ini telah berjaya melepasi pelbagai ujian ketahanan dan keselamatan yang ketat, termasuk pendedahan haba dan kebakaran, nyacas lampau, cas lampau, litar pintas luaran, penembusan paku, dan ujian tekanan. 

 

Direka dengan Jaminan Keselamatan “5 SIFAR” yang komprehensif, Bateri MAGIC memastikan: 

  • Risiko Kebakaran SIFAR — perlindungan haba berbilang lapisan menghalang pemanasan melampau dan pelarian haba. 

  • Kemasukan Air SIFAR — ketahanan kalis air diperakui IP68 melindungi bateri daripada hujan lebat atau banjir. 

  • Kakisan SIFAR – selongsong bateri yang kukuh dan rawatan anti-karat menjamin ketahanan jangka panjang. 

  • Penurunan Prestasi SIFAR di Bawah Penggunaan Biasa – kimia bateri yang stabil memastikan jarak pemanduan dan kecekapan yang konsisten. 

  • Kebimbangan SIFAR – kejuruteraan keselamatan menyeluruh daripada reka bentuk hingga operasi sebenar. 


TQ WULING Bingo EV

Pendekatan holistik ini menjadikan Bateri MAGIC antara sistem bateri EV yang paling handal dan dipercayai dalam segmennya. 

 

Direka bentuk kebolehpercayaan jangka panjang, bateri ini mempunyai penarafan IP68 bagi ketahanan terhadap habuk dan air, memberikan ketenangan fikiran semasa memandu dalam cuaca Malaysia yang tidak menentu, hujan lebat atau kawasan yang mudah banjir.  


Ciri-ciri pengurusan tenaga pintar termasuk brek regeneratif yang cekap dan pengurusan haba pintar, bersama-sama membantu memelihara kesihatan bateri, meningkatkan kestabilan jarak pemanduan, serta meningkatkan kemudahan penggunaan harian. 

  

Pengecasan pantas melalui bekalan DC membolehkan bateri dicas daripada 30% ke 80% dalam kira-kira 35 minit, manakala pengecasan AC semalaman sehingga kapasiti penuh (daripada 0 peratus hingga 100 peratus) mengambil masa kira-kira 4.5 jam bagi varian Pro dan 5.5 jam bagi varian Max. 


TQ WULING Bingo EV

  

Gaya Retro Moden, Pilihan untuk Kehidupan Harian 

Dari segi dimensi, Bingo EV berukuran 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar dan 1,580 mm tinggi, dengan jarak roda 2,560 mm. Saiz kompak ini membolehkan Bingo EV bergerak lincah dalam trafik bandar dan jalan sempit, manakala jarak rodanya pula memastikan ruang dalaman praktikal untuk penggunaan harian. 

 

Bahagian luar Bingo EV menampilkan gabungan unik antara pesona retro-chic dan keanggunan EV moden, direka untuk menonjol di tengah trafik bandar sambil mengekalkan improvisasi mesra pengguna. Badannya dibentuk dengan lengkungan licin dan bulat, bukannya tepi bersegi tajam, memberikan siluet ceria dan mesra, mencerminkan misi jenama “mobiliti EV untuk rakyat Malaysia setiap hari.”  

 

Di bahagian hadapan, Bingo EV menampilkan gril tertutup yang dipadankan dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk X yang menarik dan lampu hadapan LED sepadan. Reka bentuk lampu ikonik ini diteruskan di belakang, dengan lampu belakang menggunakan corak bergaya yang sama, mencipta kesan visual harmonis dan menjadikan "wajah" uniknya mudah dikenali walaupun pada waktu malam. 

 

Kemasan cat dua tona – badan berwarna dengan bumbung hitam berkontras – menyerlahkan lagi gaya muda dan moden Bingo. Bagi pasaran Malaysia, TQ WULING menawarkan tiga pilihan warna badan: Milky White, Neon Blue dan Lavender Purple, semuanya dipadankan dengan bumbung hitam, membolehkan pembeli memilih gaya yang mencerminkan personaliti mereka. 

 

TQ WULING Bingo EV

Ruang dalaman Bingo EV meneruskan konsep reka bentuk “retro moden.” Ia menampilkan skim warna dua tona, dipadankan dengan tempat duduk berkulit tiruan lembut berwarna Caramel Latte. Tempat duduk ini menggunakan kulit tiruan berlubang untuk keselesaan dan pengudaraan lebih baik, manakala panel dalaman menampilkan tekstur “seramik berkilat”, memberikan sentuhan premium dalam sebuah kenderaan elektrik kompak. 


TQ WULING Bingo EV

 

TQ WULING Bingo EV

Salah satu elemen paling menarik ialah susun atur "pulau terapung" pada konsol tengah dan panel instrumen, yang menempatkan dua skrin bersaiz 10.25 inci—satu untuk kluster instrumen digital dan satu lagi untuk sistem infotainment skrin sentuh. Skrin ini menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Susun atur kokpit moden ini, digabungkan dengan stereng dua tona, pemilih gear berputar pada konsol tengah dan reka panel instrumen yang minimalis namun praktikal, menghasilkan bahagian dalaman berteknologi tinggi dan mesra pengguna. 



Reka bentuknya tidak mengorbankan penggunaan secara praktikal: kabin menawarkan 15 ruang penyimpanan individu untuk barang kecil, manakala ruang kargo cukup luas untuk kelasnya —but daripada 395 liter hingga 1,240 liter apabila tempat duduk belakang dilipat, membolehkan kenderaan ini fleksibel untuk perjalanan harian, membeli-belah atau percutian hujung minggu. 

 

TQ WULING Bingo EV

Ciri-ciri keselesaan dan kemudahan turut diambil kira: tempat duduk pemandu boleh dilaras secara elektrik enam hala untuk menampung pelbagai saiz badan. Di samping itu, kenderaan ini turut dilengkapi dengan kemasukan tanpa kunci dengan auto-lock/unlick, cruise control, penyaman udara elektronik dengan butang fizikal, sistem brek parkir elektornik dengan fungsi Auto-Hold, dan pemilih gear berputar bagi konsol yang ringkas dan kemas. 


TQ WULING Bingo EV

Keselamatan Yang Boleh Anda Harapkan 

Bingo EV direka dengan menekankan perlindungan penumpang dan integriti struktur. Struktur badan kenderaan menggunakan ‘ultra-high tensile steel’ 1,500 MPa di bahagian kritikal, menyediakan asas stabil dan tahan lama tanpa menambah berat  berlebihan. Ini memastikan kenderaan mengekalkan keselamatan dan kecekapan dalam pelbagai keadaan pemanduan harian. 

 

Kenderaan ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan menyeluruh, termasuk enam beg udara untuk kedua-dua varian, yang direka untuk melindungi penumpang semasa kemalangan. Dengan ini, Malaysia menjadi pasaran pertama di dunia yang menawarkan Bingo EV dengan enam beg udara, sebagai bukti komitmen kami untuk memenuhi jangkaan keselamatan pelanggan. 

 


Bingo EV juga menampilkan sistem brek dan kestabilan canggih, termasuk Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Electronic Stability Control (ESC). Ciri-ciri ini memastikan prestasi brek yang konsisten dan pengendalian stabil dalam pelbagai keadaan jalan, memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pemandu. 

 

Selain itu, ciri-ciri keselamatan penting turut disediakan, termasuk Blind Spot Warning System, EntrySafe System, Walkaway Auto-lock/unlock, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) dan Low-Speed Pedestrian Alarm. Kesemua ciri ini meningkatkan keselamatan pemanduan harian dan menyediakan perlindungan tambahan di bandar sibuk, membantu pemandu tetap maklum, berwaspada dan yakin di jalan raya. 


TQ WULING Bingo EV

Jaminan dan Rangkaian Perkhidmatan 

TQ WULING Bingo EV didatangkan dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun/120,000km*, jaminan motor pemacu selama 8 tahun/160,000km* dan jaminan kenderaan 5 tahun/150,000km* terhadap kecacatan pembuatan, memberikan ketenangan fikiran penuh kepada pemilik (*yang mana terdahulu). 

  

TQ WULING mempunyai 6 bilik pameran khusus di Semenanjung Malaysia dan 7 pusat servis selepas jualan melalui rangkaian servis Tan Chong yang sedia ada. Lebih banyak cawangan sedang dirancang bagi memastikan sokongan optimum kepada semua pelanggan. 

BINGO FAB 5 Weekender  

Pelanggan dijemput untuk mengunjungi bilik pameran TQ WULING pada hujung minggu ini, 20 hingga 21 Disember 2025, dari jam 10 pagi hingga 5 petang untuk menikmati hadiah pandu uji segera, menyantap hidangan ringan, mendapat ganjaran tempahan eksklusif, sebagai tambahan kepada Bingo’s Fabulous 5 Perks yang telah dinyatakan di atas. 

 TENGAH 

  • TQ WULING Glenmarie, Selangor  

  • TQ WULING Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur  

  • TQ WULING OUG, Kuala Lumpur  

  • TQ WULING Melati Utama, Kuala Lumpur  

UTARA  

  • TQ WULING Butterworth, Pulau Pinang  

SELATAN  

  • TQ WULING Johor Jaya, Johor Bahru  

  Pelanggan boleh mencari lokasi bilik pameran melalui Waze atau Google Maps. 

  

 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page