TQ WULING Raikan Hari Malaysia Dengan Rebat Istimewa, Bingo EV Bermula RM56,800

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, TQ WULING menjadikan penukaran kepada mobiliti elektrik lebih mudah dimiliki menerusi Promosi Istimewa Hari Malaysia Bingo EV untuk tempoh terhad, dengan menawarkan penjimatan tambahan sehingga RM6,000 serta pelbagai manfaat pemilikan menarik sepanjang bulan September.

Di bawah promosi ini, TQ WULING Bingo EV Pro, yang sebelum ini dijual pada harga RM62,800, kini ditawarkan pada harga bermula RM56,800 selepas rebat, merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM4,000 dan rebat insurans bernilai sehingga RM2,000. Varian Pro turut didatangkan dengan pengecas EV mudah alih percuma.

Sementara itu, Bingo EV Max, yang dijual pada harga RM67,800, kini ditawarkan pada harga bermula RM63,800 selepas rebat, merangkumi rebat Hari Malaysia sebanyak RM2,000 dan rebat insurans bernilai sehingga RM2,000. Pelanggan varian Max turut menerima pengecas wallbox 7kW dan pengecas EV mudah alih secara percuma, sekali gus menjadikan pengecasan di rumah lebih mudah dan praktikal.
Harga Bingo EV Selepas Rebat
Wilayah | PRO (333km CLTC) | MAX (410km CLTC) |
Semenanjung Malaysia | Harga Jualan RM62,800 Rebat Hari Malaysia RM4,000 + Rebat Insurans RM2,000 HARGA SELEPAS REBAT: RM56,800+Pengecas EV Mudah Alih | Harga Jualan RM67,800 Rebat Hari Malaysia RM2,000 + Rebat Insurans RM2,000 HARGA SELEPAS REBAT: RM63,800+Pengecas EV 7kW & Pengecas EV Mudah Alih |
Sabah dan Sarawak | Harga Jualan RM65,560 Rebat Hari Malaysia RM4,000 + Rebat Insurans RM2,000 HARGA SELEPAS REBAT: RM59,560*+Pengecas EV Mudah Alih | Harga Jualan RM70,560 Rebat Hari Malaysia RM2,000 + Rebat Insurans RM2,000 HARGA SELEPAS REBAT: RM66,560*+Pengecas EV 7kW & Pengecas EV Mudah Alih |
*Harga atas jalan, tidak termasuk insurans
Memudahkan Pemilikan EV untuk Rakyat Malaysia
Promosi September ini mencerminkan usaha TQ WULING untuk mengurangkan halangan terhadap pemilikan EV dengan menggabungkan harga pembelian yang lebih mampu milik dengan penyelesaian pengecasan praktikal serta sokongan selepas jualan pada kos yang berpatutan.

“Hari Malaysia merupakan satu detik yang meraikan sejauh mana kita telah melangkah bersama sebagai sebuah negara, dan pada masa yang sama, ia juga merupakan peluang untuk kita melihat ke hadapan terhadap masa depan mobiliti di Malaysia,” kata Wan Wei Sun, Ketua TQ WULING Malaysia.
“Menerusi Promosi Istimewa Hari Malaysia Bingo EV, kami mahu menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia. Selain harga yang menarik, TQ WULING Bingo EV menawarkan kepraktisan, keselesaan dan ketenangan fikiran yang menjadikannya mudah untuk digunakan dalam kehidupan seharian.”

Ditawarkan dalam varian Pro dan Max, Bingo EV menawarkan jarak pemanduan sehingga 333 km dan 410 km (CLTC). Kedua-dua varian dilengkapi bateri Lithium Ferro-Phosphate (LFP) dengan diiktirafan IP68.
Teknologi MAGIC Battery TQ WULING telah digunakan secara meluas dimana lebih dari 3.6 juta EV di seluruh dunia, dengan rekod keselamatan yang konsisten tanpa sebarang insiden kebakaran atau letupan yang dilaporkan.

Untuk kemudahan tambahan, pengecasan pantas DC mampu mengecas bateri daripada 30% hingga 80% dalam masa kurang daripada 35 minit.
Direka untuk Kehidupan Seharian
Di sebalik reka bentuk luarannya yang kompak dan tersendiri, Bingo EV direka dengan mengambil kira keperluan penggunaan harian. Ruang kabinnya menampilkan kemasan dalaman berinspirasikan Caramel Latte, dua paparan berwarna penuh bersaiz 10.25 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta kapasiti ruang bagasi daripada 395 liter sehingga 1,240 liter apabila tempat duduk dilipat.

Kedua-dua varian Pro dan Max turut dilengkapi enam beg udara, ABS dengan EBD, Electronic Stability Control, Electronic Parking Brake dengan Auto-Hold, sensor parkir belakang, kamera undur dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS).
Pelbagai ciri Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) turut membantu memberikan sokongan tambahan dalam pemanduan harian, termasuk Blind Spot Warning, Lane Change Assist, Rear Cross Traffic Alert, Rear Collision Warning, Door Opening Warning dan Low Speed Pedestrian Warning.

Ketenangan Fikiran Sepanjang Perjalanan EV
Bingo EV disokong oleh waranti motor pemacu selama 8 tahun/160,000 km, waranti bateri EV selama 8 tahun/120,000 km dan waranti kenderaan selama 5 tahun/150,000 km, yang mana terdahulu.

Penyelenggaraan berjadual turut direka agar kekal berpatutan, membolehkan pemilik menikmati bukan sahaja kemudahan pemanduan elektrik, malah kos pemilikan jangka panjang yang lebih terkawal.
Pelanggan boleh mendapatkan tawaran ini dengan membuat tempahan menerusi laman web TQ WULING dengan yuran tempahan RM200 di https://checkout.tqwuling.my/
Mereka yang ingin merasai sendiri pengalaman memandu TQ WULING Bingo EV digalakkan untuk mengunjungi bilik pameran TQ WULING terdekat atau membuat janji temu pandu uji di https://tqwuling.my/test-drive/.




















Komen