top of page

Volkswagen Golf R-Line dilancarkan di Malaysia

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Feb
  • 3 min membaca

Volkswagen Golf R-Line

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan model Golf R-Line ke pasaran tempatan,

selepas ia dipertontonkan kepada umum sewaktu pelancaran Golf GTI baharu tahun lalu.


Sempena pelancaran ini, Golf R-Line ditawarkan pada harga menarik iaitu RM179,990 untuk 50 pelanggan pertama. Harga tersebut merangkumi pakej VAP yang terdiri daripada penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan dan bantuan tepi jalan yang semuanya selama 5 tahun.


Volkswagen Golf R-Line

Permulaan jualan Golf R-Line nyata mengukuhkan lagi rangkaian Volkswagen Golf di Malaysia. Ia melengkapkan model Golf GTI yang berorientasikan kepada prestasi, selain menjadi alternatif kepada pelanggan yang mahukan sebuah jentera gaya hidup yang menggabungkan aspek keselesaan, versatil dan memiliki penampilan dinamik.


Golf R-Line menawarkan kecekapan rangkaian kuasa mild-hybrid menerusi enjin 1.5 eTSI (mHEV) turbo (150PS, 250Nm) yang menawarkan penjimatan bahan api lebih baik dan pemanduan mantap. Transmisi DSG 7-kelajuan pula menjanjikan pengalaman pemanduan yang lancar dan mengujakan, sinonim dengan reputasi sebuah Golf.


Volkswagen Golf R-Line

Luaran: Rekaan Moden dan Aerodinamik

Dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Golf R-Line hadir dengan panel bawah badan dan aspek aerodinamik yang telah dipertingkatkan. Ia berfungsi menambah baik aliran udara, kestabilan dan

kecekapan bahan api.


Rekaan garis badan lebih tajam memberikan penampilan hadapan yang moden dan ekspresif. Di samping bampar hadapan baharu sebagai ciri pengenalan utamanya.


Lampu hadapan IQ.LIGHT LED dilengkapi ciri lampu pancaran utama berprestasi tinggi baharu. Kluster lampu belakang IQ.LIGHT 3D LED yang telah direka semula dipadankan bersama isyarat membelok dinamik.

Sementara grafik animasi pula memberikan elemen gaya kepada fungsi lampu belakang tersebut. Antara ciri baharu yang menyerlah ialah logo Volkswagen bercahaya pada bampar hadapan. The Golf R-Line dipasang dengan rim aloi ‘Coventry’ – satu rekaan yang baru diperkenalkan di pasaran Malaysia.


Pilihan warna yang ditawarkan termasuklah putih (Oryx White), kelabu (Moonstone Grey), hitam (Grenadilla Black), merah (Kings Red) dan biru (Anemone Blue).


Volkswagen Golf R-Line Interior

Dalaman: Kabin Digital, Berorientasikan Pemandu

Ruang dalaman Golf R-Line tampil dengan kabin yang berpusat kepada pemandu untuk memberi keselesaan dan kawalan intuitif, pada masa sama mengekalkan gaya sporty.


Volkswagen Golf R-Line Interior

  • Paparan media infohibur seperti tablet bersaiz 12.9” bersama sistem MIB4 Volkswagen yang baru dan sangat intuitif. Ia menawarkan paparan antara muka yang lebih laju dan responsif, lengkap dengan navigasi binaan dalam.

  • Digital Cockpit Pro tampil dengan paparan papan pemuka beresolusi tinggi, bersama menu dan informasi yang boleh diubah suai

  • Bantuan arahan suara IDA dengan ciri peningkat suara untuk ciri bebas tangan yang lebih mudah

  • Stereng sports multi fungsi (dibalut kulit, fungsi pemanas) dilengkapi butang fizikal dan paddle shifter untuk penukaran gear yang lebih intuitif

  • Kawalan suhu automatik 3-zon Air Care Climatronic hadir dengan ciri penapis alergen, penapis udara yang telah dipertingkat dan kawalan untuk penumpang belakang

  • Ketersambungan Apple CarPlay, Android Auto dan ciri pengecasan tanpa wayar

  • Sistem bunyi dengan tujuh unit pembesar suara boleh dikawal menerusi antara muka sistem infohibur yang intuitif


Volkswagen Golf R-Line Interior

Keselamatan: Untuk Prestasi Setiap Hari

Sistem IQ.DRIVE termaju pada Golf R-Line baharu meningkatkan keyakinan dan membantu pemandu agar lebih selamat di atas jalan raya:


  • Ciri Bantuan Brek Kecemasan Hadapan Automatik dengan Pemantau Pejalan Kaki berfungsi mengesan pejalan kaki, penunggang basikal dan motosikal

  • Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC)

  • Rear Traffic Alert dan Exit Warning.

  • Park Distance Control – memberi amaran jika terdapat halangan pada bahagian hadapan dan belakang

  • Driver Attention Detection – memantau rapat tingkah laku pemandu dan memberi amaran sekiranya berlaku sesuatu yang tidak normal

  • Emergency, Side and Lane Assist.


Luaran R-Line

  • Bampar hadapan dan gril radiator 'R-Line'

  • Bampar belakang ‘R-Line' bersama ekzos krom pada kiri dan kanan, serta skirting sisi ‘R-Line'


Volkswagen Golf R-Line Interior

Dalaman R-Line

  • Headliner ‘R-Line’ berwarna hitam

  • Pedal besi tahan karat ‘R-Line’

  • Stereng sports multi-fungsi ‘R-Line’ dibalut kulit bersama butang fizikal untuk makluma balas yang lebih baik

  • Kemasan 'Carbon Grey' ‘R-Line' pada papan pemuka dan panel pintu hadapan

  • Upholsteri fabrik ‘R-line’ pada tempat duduk duduk hadapan dan belakang, dengan bahagian dalaman ‘Artvelours’


Harga cadangan Golf R-Line ialah RM185,990, termasuk Pakej Jaminan Volkswagen (Volkswagen Assurance Package, VAP) yang merangkumi penyelenggaraan percuma, jaminan perbatuan dan bantuan tepi jalan yang semuanya selama 5 tahun.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page