top of page

Volkswagen Malaysia Lancar Golf R-Line dan Golf GTI Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 5 Nov
  • 5 min membaca

ree

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf R-Line dan Golf GTI baharu – evolusi terkini model ikonik Golf yang kini tampil dengan rekaan bergaya, teknologi pintar serta prestasi lebih mantap.


Model Golf R-Line baharu kini tersedia untuk pratonton sahaja, manakala Golf GTI baharu dijual pada harga bermula RM255,990 termasuk Pakej Jaminan Volkswagen. Sebagai tawaran istimewa untuk masa terhad,

pembeli awal boleh menikmati harga eksklusif RM249,990 termasuk VAP untuk Golf GTI, terhad kepada 50 unit pertama sahaja dengan pendaftaran sebelum 31 Disember 2025.


ree

Selama beberapa dekad, keluarga Golf nyata disukai ramai kerana saiznya yang kompak, kemasan premium serta keseronokan pemanduan yang luar biasa. Legasi itu kini diteruskan menerusi Golf R-Line dan Golf GTI – dua model yang bakal memikat hati peminat serta penggemar automotif di Malaysia.


Golf R-Line yang diinspirasikan daripada model berprestasi tinggi Volkswagen R, menampilkan gaya dinamik serta pengalaman pemanduan sporty untuk mereka yang menginginkan keseronokan dengan keselesaan harian.


ree

Sementara Golf GTI pula terus mendefinisikan semula segmen “hot hatch” dengan gabungan di antara praktikaliti harian dan prestasi yang mengujakan. Sepanjang evolusinya, model ini kekal dengan DNA sporty – pengendalian tangkas, kuasa pengecas turbo serta jalur merah yang ikonik.


Kedua-dua model berkenaan mencerminkan gabungan sempurna di antara prestasi, gaya dan kepelbagaian. Formula itulah yang menjadikan Golf sebuah ikon global hingga ke hari ini.


ree

Reka Bentuk Luaran: Fascia Moden dan Aerodinamik

Dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, kedua-dua varian ini menampilkan panel bawah badan yang telah dipertingkatkan. Selain elemen aerodinamik yang direka untuk meningkatkan aliran udara, kestabilan, dan kecekapan bahan api.


ree

Reka bentuk baharu keluarga Golf kini tampil dengan garis yang lebih tajam, memberikan penampilan lebih moden dan ekspresif dari bahagian hadapan. Manakala bampar hadapan baharu menjadi signatur utamanya.


Antara elemen visual yang menyerlah ialah logo Volkswagen pada bampar hadapan yang buat pertama kalinya menyala pada model Volkswagen di Malaysia, serta lampu hadapan LED yang direka semula.



Varian tertinggi dilengkapi lampu utama IQ.LIGHT LED Matrix, dan di bahagian belakang, lampu belakang IQ.LIGHT 3D LED yang direka semula dipadankan dengan lampu isyarat membelok dinamik dan animasi grafik belakang, menyerlahkan gaya elegan yang penuh fungsi.



Reka Bentuk Dalaman: Kabin Digital Fokus Kepada Pemandu

Bahagian dalaman keluarga Golf yang dipertingkat ini menawarkan kabin serba digital yang direka khusus untuk pemandu. Ia mengutamakan aspek keselesaan, kawalan intuitif dan gaya sporty yang menjadi identiti Golf.


  • Paparan infotainmen 12.9” gaya tablet dengan sistem baharu MIB4 daripada Volkswagen, menawarkan antara muka pengguna yang lebih pantas, responsif serta dilengkapi navigasi binaan dalam.

  • Digital Cockpit Pro dengan paparan skrin TFT beresolusi tinggi 10 inci, membolehkan pemandu menyesuaikan menu dan maklumat sepenuhnya. Terdapat pilihan tiga paparan berbeza – Classic, Reduced dan Navigation bersama tema warna yang boleh diubah. Paparan direka untuk kejelasan optimum di bawah sebarang pencahayaan.

  • Bantuan suara IDA dengan fungsi voice enhancer bagi kemudahan kawalan bebas tangan.

  • Stereng sport pelbagai fungsi dibalut kulit dengan ciri pemanas dan butang fizikal. Selain paddle shifter untuk penukaran gear yang lebih intuitif.

  • Sistem pendingin udara automatik Air Care Climatronic 3 zon. Lengkap dengan penapis alergen dan penapis udara dipertingkat, termasuk kawalan khas untuk penumpang belakang.

  • Sambungan tanpa wayar Apple CarPlay dan Android Auto untuk integrasi telefon pintar yang lancar.

  • Pengecasan tanpa wayar.

  • Kawalan sentuh bercahaya untuk sistem penyaman udara (HVAC) dan kawalan kelantangan audio.



Ciri Keselamatan: Perlindungan Sepanjang Hari

Daripada bantuan stereng hinggalah kawalan kelajuan, teknologi IQ.DRIVE dalam Golf baharu menawarkan tahap keyakinan tambahan untuk memastikan pemanduan yang lebih selamat setiap masa.


  • Auto Emergency Braking (Front Assist) dengan pemantauan pejalan kaki – mampu mengesan pejalan kaki sama ada berjalan kaki, menunggang basikal atau motosikal.

  • Travel Assist dengan Adaptive Cruise Control (ACC),

  • Rear Traffic Alert dan Exit Warning,

  • Park Distance Control – memberi amaran bunyi apabila terdapat halangan di bahagian hadapan atau belakang kenderaan.

  • Driver Attention Detection – memantau tingkah laku pemandu dan memberi amaran jika sistem mengesan tanda keletihan atau kurang tumpuan.

  • Emergency Assist, Side Assist dan Lane Assist.


ree

Meneruskan Legasi Keluarga Golf di Malaysia

“Keluarga Golf tidak pernah menjadi sesuatu yang biasa. Sebaliknya, ia menjadikan rutin harian anda lebih menyeronokkan dan setiap pemanduan lebih bermakna,” kata Renate Noessler, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia.


“Kami memperkenalkan Golf R-Line baharu sebagai bukti jelas bahawa penampilan sporty juga boleh digabungkan dengan kecekapan bahan api tanpa mengorbankan elemen gaya.


"Dengan Golf GTI baharu, kami memberikan peminat lebih kuasa, rekaan lebih tajam dan teknologi lebih pintar demi memastikan GTI terus mengujakan dari segi prestasi dan kawalan pemanduan,” tambah beliau.


ree

CIRI-CIRI UTAMA GOLF GTI

Golf GTI menampilkan gaya ikonik dengan rekaan luaran yang menyerlah dan sporty:

  • Bampar hadapan ‘GTI’ dengan gril radiator dan corong pengambilan udara hadapan berbentuk sarang lebah.

  • Bampar belakang ‘GTI’ dengan paip ekzos krom berkembar di kiri dan kanan.

  • Side skirt ‘GTI’


Ruang dalaman mengekalkan sentuhan premium dan berorientasikan pemandu:

  • Pelapik bumbung hitam ‘GTI’

  • Pedal keluli tahan karat

  • Stereng sport pelbagai fungsi ‘GTI’ di balut kulit dengan butang kawalan fizikal untuk respons yang lebih tepat.

  • Kemasan ‘Black Metal Chrome’ ‘GTI’ pada papan pemuka dan panel pintu hadapan.

  • Tempat duduk hadapan ‘GTI’ sporty berbalut kulit Vienna. ‘GTI’ ‘Black Metal Chrome’ trim in dash and front door panels.


ree

Dari segi kuasa, Golf GTI baharu dijana oleh enjin petrol 2.0 TSI turbocharged yang menghasilkan 265PS (peningkatan sebanyak 20PS berbanding model sebelumnya) dan dipadankan dengan transmisi DSG 7-kelajuan. Ia menawarkan pemanduan yang lincah, berkuasa dan menyeronokkan, sesuai untuk lebuh raya mahupun jalan berliku di Malaysia.



Sistem audio Harman Kardon 480 watt dengan 9 pembesar suara dan subwoofer yang dikuasakan oleh penguat digital 12-saluran menawarkan pengalaman audio yang mengujakan. Bunyi bass yang dalam dan bunyi seimbang di setiap tempat duduk itu semuanya mudah dikawal melalui paparan infotainmen intuitif.


Dua port USB-C di hadapan dan belakang, membolehkan pemandu dan penumpang mengecas peranti dengan mudah sepanjang perjalanan.


Head-Up Display (HUD) memaparkan maklumat penting terus ke cermin hadapan seperti tahap kelajuan, arahan navigasi dan amaran bantuan pemandu bagi memastikan pemandu kekal fokus di jalan raya.


Golf GTI dipasang dengan rim aloi ‘Richmond’ bersaiz 18 inci (7.5J x 18”) dengan tayar 225/40 R18.


ree

CIRI-CIRI UTAMA GOLF R-LINE

Bahagian luaran Golf R-Line menampilkan gaya tersendiri dengan elemen rekaan eksklusif:'R-Line' design front bumper and radiator grille.

  • Bampar hadapan dan gril radiator dengan reka bentuk ‘R-Line’.

  • Bampar belakang ‘R-Line’ dengan paip ekzos krom di kiri dan kanan, serta side skirt ‘R-Line’ yang menyerlahkan gaya sporty.


ree

Kemasan dalaman turut direka untuk melengkapkan identiti sporty R-Line:

  • Pelapik bumbung hitam ‘R-Line’ (Black Headliner).

  • Pedal keluli tahan karat (Brushed Stainless Steel).

  • Stereng sport multi fungsi ‘R-Line’ dibalut kulit dengan butang fizikal untuk rasa kawalan lebih semula jadi.

  • Kemasan ‘Carbon Grey’ ‘R-Line’ pada papan pemuka dan panel pintu hadapan.

  • Upholsteri fabrik ‘R-Line’ di untuk kerusi hadapan dan kemasan ‘Artvelours’ pada tempat duduk belakang.


ree

Sistem audio dengan tujuh pembesar suara mudah dikawal melalui antara muka infotainmen yang intuitif. Terdapat dua port USB-C di hadapan dan belakang, membolehkan pemandu serta penumpang mengecas peranti mereka dengan mudah sepanjang perjalanan.



Golf R-Line dikuasakan oleh enjin 1.5 eTSI (mHEV) turbo mild-hybrid (150PS, 250Nm) bersama transmisi DSG 7-kelajuan dengan sistem “shift-by-wire”. Ia mampu memecut dari 0–100 km/j dalam masa 8.6 saat dengan penggunaan bahan api sekitar 5.2L/100km, serta menawarkan kecekapan dan kestabilan pemanduan yang lebih mantap. Golf R-Line dilengkapi rim aloi ‘Coventry’ 17 inci (7.5J x 17”) dengan tayar

225/45 R17.



Pilihan Warna dan Pakej Jaminan Volkswagen

Kedua-dua varian ditawarkan dalam pilihan warna menarik iaitu putih (Oryx White), kelabu (Moonstone Grey), hitam (Grenadilla Black), merah (Kings Red), dan biru (Anemone Blue) – setiap satu menonjolkan karakter tersendiri dalam keluarga Golf.


Model Golf R-Line dan Golf GTI turut disokong dengan pakej jaminan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang merangkumi:

  • 5 tahun penyelenggaraan percuma.

  • 5 tahun jaminan perbatuan.

  • 5 tahun bantuan tepi jalan percuma.



Temui Keluarga Golf Baharu pada acara Auto Car Expo (ACE) 2025

Golf R-Line dan Golf GTI akan dipamerkan di Auto Car Expo (ACE) 2025 yang akan berlangsung pada 8 dan 9 November 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC). Pengunjung berpeluang memandu uji pelbagai model Volkswagen, termasuklah Tiguan Allspace, Touareg yang memenangi anugerah serta Golf GTI.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page