top of page

Aveta Perkenalkan Pilihan Twilight Blue dalam Rangkaian Vanguard 250 SE, Raikan Mercu Jaya Jualan Global

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Nov
  • 2 min membaca

Vanguard 250 SE
Aveta Vanguard 250 SE baharu dalam warna Twilight Blue yang memukau.

Aveta Malaysia, salah satu jenama motosikal tempatan yang terkemuka di Malaysia, telah menambah pilihan warna Twilight Blue dalam rangkaian Vanguard 250E keluarannya yang popular, untuk memberikan sentuhan yang bergaya lagi perkasa.

Pelancaran warna dengan kemasan metalik baharu ini sejajar dengan pengiktirafan yang diberikan oleh TARO baru-baru ini kerana prestasi jualan luar biasa bagi Vanguard 250, satu mercu jaya yang memperlihatkan kedudukan jenama di pasaran dan komitmennya kepada kecemerlangan. 


Vanguard 250 SE

Warna Twilight Blue yang baru diperkenalkan mendapat ilham daripada pertukaran warna langit pada waktu senja, melambangkan kecanggihan, keperibadian dan keanggunan moden. Penampilan warna metalik ini bagaikan sesumpah (chameleon), yang bertukar secara halus antara ungu, biru dan hijau apabila dilihat di bawah cahaya matahari, memberikan Vanguard 250 SE penampilan yang dinamik dan berestetika premium. 


Vanguard 250 SE

 “Twilight Blue bukan sahaja mencerminkan warna baharu, tetapi melambangkan semangat Aveta untuk mempelopori kemajuan dan komitmen kami untuk memahami kehendak hati penunggang motosikal masa kini,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia. “Warna metalik ini dihasilkan berasaskan maklum balas terus daripada pengguna yang mahukan penampilan lebih berkilat dan penuh bertenaga, sebagai satu kelainan kepada pilihan warna kusam kami yang sedia ada dan mencerminkan tumpuan berterusan kami untuk menawarkan apa yang benar-benar dihargai oleh para penunggang motosikal di Malaysia.”


Vanguard 250 SE

Pengiktirafan Global daripada TARO

Aveta Malaysia telah diiktiraf secara rasmi oleh TARO sebagai Rakan Jualan Utama Global bagi Vanguard 250, satu pengiktirafan dalaman berasaskan prestasi jualan dalam kalangan rakan niaga TARO di seluruh dunia. Mercu jaya ini menekankan kejayaan Aveta untuk mengetengahkan Vanguard 250 dan membuktikan kedudukan Malaysia sebagai pasaran utama di dalam rangkaian global TARO.  


Vanguard 250 SE
Keterangan gambar: En. Su, Pengurus Besar TARO, menyampaikan anugerah Rakan Jualan Utama Global kepada En. Steven Lim, Pengarah Urusan Aveta Malaysia. Berdiri di belakang mereka ialah En. Jack Zhang, Pengasas TARO, dan En. Max Ang, Pengerusi Kumpulan Aveta Malaysia.  

Bekalan dan Harga  

Langkah memperkenalkan warna Twilight Blue mengukuhkan penampilan Vanguard 250 SE yang premium dan menyerlah, menawarkan kepada penunggang satu pilihan serba baharu pada Harga Jualan Asas (BSP) sama seperti pilihan warna yang sedia ada. Vanguard 250 SE terus menjanjikan kuasa, keselesaan dan kawalan sama yang memang diharapkan daripada skuter utama Aveta. Dengan gaya tersendiri dan ciri lanjutan, pilihan SE kini merupakan satu-satunya versi yang ditawarkan di Malaysia, berikutan pemberhentian pengeluaran versi Standard.  


Aveta MY

Vanguard 250 SE dalam warna Twilight Blue sudah berada di pasaran. Pengedar pilihan dan pengedar utama akan menjadi yang pertama untuk menerima stok sebelum pengedar sah biasa. Pelanggan boleh mengunjungi rangkaian pengedar pilihan yang tersenarai di www.aveta.com.my/aveta-preferred-dealers untuk melihat sendiri pesona model ini.  


Versi Twilight Blue akan menjadi model tetap dalam barisan Vanguard 250 SE, menjadikannya evolusi serba baharu dalam rangkaian skuter premium Aveta.   


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page