top of page

BMW Motorrad Malaysia perkenal ciri baharu bagi BMW R 1300 GS Serba Baharu, ditawarkan dalam varian Triple Black dan GS Trophy

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 minit lalu
  • 2 min membaca

BMW R 1300 GS Serba Baharu

BMW Motorrad Malaysia hari ini mengumumkan penawaran ciri baharu untuk BMW R 1300 GS Serba Baharu dalam varian Triple Black dan GS Trophy, dengan menampilkan sistem suspensi elektronik terkini: Kawalan Ketinggian Adaptif. Pertama kali dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2024, BMW R 1300 GS Serba Baharu telah menetapkan penanda aras dalam aspek prestasi, kawalan dan keselesaan penunggang dalam segmen tunggangan Adventure.


Dalam penambahbaikan terbaharu ini, elemen segar yang memberikan karakter luar biasa kepada motosikal ini digandingkan dengan teras enjin boxer GS yang berkuasa, kini dipertingkatkan melalui kehadiran Kawalan Ketinggian Adaptif baharu sebagai ciri standard pada varian Triple Black dan GS Trophy. Ciri pintar baharu ini dijangka membawa peningkatan yang signifikan terhadap ergonomik keseluruhan dan fungsi yang berfokuskan penunggang untuk BMW R 1300 GS Serba Baharu.


BMW R 1300 GS Serba Baharu

Ciri Kawalan Ketinggian Adaptif melengkapi kebolehgunaan harian dengan melaras suspensi motosikal secara pintar mengikut pergerakan. Ketika dalam keadaan pegun atau pada kelajuan rendah, sistem ini akan menurunkan ketinggian motosikal untuk menambah baik akses kaki ke permukaan jalan sekali gus memudahkan penunggang. Apabila kelajuan meningkat, sistem ini akan menaikkan casis secara automatik ke ketinggian tunggangan standard untuk memastikan ergonomik dan kawalan optimum. Peralihan lancar ini menjamin keselesaan, kawalan, dan keselamatan yang lebih tinggi dalam pelbagai keadaan tunggangan, tanpa menjejaskan prestasi. Dengan penawaran terbaharu ini, BMW R 1300 GS Serba Baharu terus mendahului dalam aspek prestasi, kawalan, serta keupayaan kembara dalam segmennya.


Perkhidmatan Kewangan – All In, Simply Smart.

Dengan pelan pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW R 1300 GS Serba Baharu bermula daripada RM 1,968.00 sebulan. Anggaran ini adalah berdasarkan Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus untuk tempoh tujuh tahun. Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan melalui Program Minyak Enjin Premium Terkemuka Industri, Servis Inklusif, serta Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari:



Harga jualan (di atas jalan, termasuk Program Jaminan Tiga Tahun dan Bantuan Tepi Jalan Tiga Tahun BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW R 1300 GS Serba Baharu adalah:

BMW R 1300 GS Serba Baharu

RM 140,500.00


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page