GAC Malaysia Melancarkan Future Styled SUV, EMKOO Serba Baharu dari RM123,800 dengan Tawaran Early Bird Eksklusif
- Anna Chong

- 3 Okt
- 3 min membaca

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar rasmi GAC di Malaysia, hari ini secara rasmi melancarkan GAC EMKOO serba baharu, Future Styled SUV, dengan harga bermula dari RM123,800 untuk varian Premium, manakala varian Premium Pro ditawarkan pada RM133,800. Bagi meraikan pelancaran ini, pelanggan terawal akan menikmati Tawaran Early Bird Eksklusif yang merangkumi rebat tunai RM4,000 serta pakej aksesori percuma bernilai RM10,000*, menjadikan EMKOO pilihan yang lebih menarik bagi pembeli SUV di Malaysia.

Pakej Aksesori Early Bird merangkumi naik taraf eksklusif seperti 2-Channel DVR dengan kad Micro SD 64GB, EMKOO Exclusive Kicking Plate, Luggage Tray dan Sport Pedals. Pembeli varian Premium turut menerima Vkool Solar Tint dan Electric Power Tailgate, manakala pembeli Premium Pro pula dilengkapi dengan Vkool Security Tint untuk perlindungan tambahan. Tawaran ini adalah terhad kepada 500 pemilik pertama di bawah terma dan syarat khusus kempen (*).

GAC EMKOO serba baharu, digelar sebagai Future Styled SUV, dikuasakan oleh enjin 1.5TGDI yang dipadankan dengan transmisi 7-kelajuan wet dual-clutch, memberikan prestasi yang mengagumkan serta dinamik. Ia menawarkan kecekapan bahan api rasmi pada kadar 6.6L/100km (NEDC), pecutan 0-100km/j dalam hanya 8.8 saat, dan kelajuan maksimum 190km/j, memberikan gabungan kuasa dan penjimatan yang efisien.

Bahagian dalaman kokpit futuristik memberikan pengalaman terbaik kepada pemandu dengan Head-Up Display (HUD) yang memaparkan maklumat utama terus ke cermin hadapan, disokong oleh kluster instrumen digital LCD 10.25 inci serta sistem infotainment 10.1 inci dengan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto. Selain itu, dengan kapasiti ruang boot iaitu 638 liter, ia boleh mencecah sehingga 1,586-liter dengan kerusi belakang dilipat, memberi fleksibiliti untuk setiap perjalanan. Future Styled SUV ini turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini termasuk pakej lengkap ADAS Tahap 2, Full Automatic Parking Assist (FAPA), dan sistem Adaptive Vehicle Dynamic Control (AVDC) eksklusif GAC, memastikan keselamatan, keyakinan serta ketenangan dan keselesaan dalam setiap perjalanan.
Pelancaran EMKOO Sebagai model CKD kedua GAC di Malaysia, mencerminkan komitmen berterusan GAC dan WTCA dalam memperkukuhkan pemasangan tempatan serta pembangunan jenama jangka panjang di pasaran Malaysia. Dengan pelancaran ini, GAC Malaysia melakar kejayaan GS3 EMZOOM dan sekali lagi menegaskan hasrat untuk menawarkan kenderaan bergaya, berkualiti tinggi, serta disesuaikan dengan keperluan pasaran tempatan. Model ini telah mendapat sambutan hangat sejak pra-tonton di siri roadshow dan pameran seluruh negara sejak Julai lalu, hasil daripada rekaan futuristik, keluasan ruang, teknologi maju, dan sistem keselamatan pintar.
GAC EMKOO hadir dengan lima pilihan warna luaran menarik iaitu Super Star Silver, Graphite Grey, Frost White, Asphalt Black, serta warna baharu Star Lake Green. Semua warna luaran dipadankan dengan interior kulit sintetik hitam dengan aksen merah, memberikan gabungan seimbang antara sofistikasi dan sporty. Pelanggan juga akan menikmati jaminan keyakinan dengan waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km serta jaminan enjin dan powertrain 7 tahun atau 180,000km (mana yang lebih awal).


Bagi meningkatkan keyakinan pemilik, GAC Malaysia turut mengumumkan peluasan rangkaian selepas jualan kepada 45 pusat servis di seluruh negara bermula Oktober 2025, bagi memastikan liputan yang lebih meluas, akses yang lebih mudah serta kemudahan terbaik untuk semua pemilik GAC.

En. Tan Keng Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Warisan TC Holdings Bhd berkata: “Pelancaran EMKOO adalah satu lagi langkah penting dalam perjalanan perkembangan GAC di Malaysia. Dengan kejayaan pemasangan tempatan EMKOO, tawaran early bird yang sangat menarik, serta sokongan selepas jualan yang diperkukuh dan diperluas, EMKOO berada dalam kedudukan terbaik untuk memberikan nilai luar biasa kepada pembeli SUV Malaysia di samping memperkukuhkan jenama dan kehadiran GAC dalam pasaran.”

GAC EMKOO serba baharu kini dibuka untuk tempahan dan pandu uji di bilik pameran GAC seluruh negara, dengan penghantaran kumpulan pertama kepada pelanggan bermula serta-merta. Untuk maklumat lanjut atau menempah pandu uji, layari www.gacmotor.com.my atau ikuti GAC Malaysia di media sosial.








































Komen