top of page

JETOUR Memperkenalkan Logo Baharu di Malaysia, Menandakan Fasa Seterusnya Dalam Perjalanan Travel+

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 6 jam lalu
  • 2 min membaca

Jetour Malaysia

JETOUR memperkenalkan logo baharunya di Malaysia, menandakan fasa baharu dalam evolusi jenama tersebut. Identiti visual yang diperbaharui ini mencerminkan aspirasi JETOUR untuk terus memperkukuh kedudukannya di pasaran tempatan pada 2026, sambil menegaskan komitmen dalam mentakrifkan semula pengalaman perjalanan, daripada mobiliti harian hingga pengembaraan berteras eksplorasi, sejajar dengan visinya untuk muncul sebagai jenama hibrid off-road terkemuka dunia.


Logo Sarat Makna dan Pergerakan

Reka bentuk logo baharu JETOUR diinspirasikan daripada aksara Cina “行” (xing) yang melambangkan pergerakan ke hadapan secara konsisten. Huruf inisial J dan T digabungkan secara kreatif dalam reka bentuk tersebut untuk membentuk simbol yang menyerupai aksara ini, sekali gus menghasilkan identiti visual yang menggambarkan mobiliti, kemajuan dan semangat bertenaga. Bentuknya yang dinamik mencerminkan persimpangan pelbagai kemungkinan, sejajar dengan kepercayaan JETOUR bahawa setiap perjalanan, sama ada di jalan bandar mahupun laluan lasak, berpotensi membuka pengalaman baharu.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Encik Fu Yong, “Logo baharu ini mencerminkan semangat JETOUR serta falsafah kami dalam mentakrifkan perjalanan melalui tindakan. Ia melambangkan tenaga, keyakinan dan potensi tanpa batas untuk para pelanggan. Di Malaysia dan pasaran global, kami berhasrat untuk mentransformasikan erti perjalanan dengan menggabungkan prestasi, teknologi dan gaya hidup bagi mencipta pengalaman yang lebih bermakna.”


Strategi Travel+ : Melangkaui Kenderaan

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2024, JETOUR telah melaksanakan strategi “Travel+” dengan menggabungkan pemahaman mendalam terhadap industri pelancongan serta kepakaran automotif bagi menghasilkan kereta yang lebih memenuhi keperluan perjalanan pengguna. Dari segi produk, Travel+ menawarkan kemampuan lasak merentasi pelbagai jenis laluan, ruang dalaman yang luas, kawalan pintar, dan reka bentuk mesra alam, menjamin perjalanan yang selamat, selesa, dan lestari. Dari segi gaya hidup pula, ia menyediakan aksesori berkualiti tinggi, stesen perjalanan pelbagai fungsi, faedah pengguna, serta penyesuaian kenderaan, membolehkan pelanggan mempersonalisasikan dan meningkatkan setiap pengalaman perjalanan mereka.


Malaysia Sebagai Hab Strategik

Kepelbagaian landskap serta budaya melancong yang kukuh di Malaysia sejajar dengan aspirasi JETOUR yang berteraskan perjalanan.Pengenalan logo baharu ini di Malaysia mencerminkan kepentingan negara ini dalam pelan pengembangan JETOUR di rantau Asia Tenggara.


Menjelang 2026, jenama ini akan terus mengukuhkan kehadirannya melalui pengembangan portfolio produk, termasuk pengenalan model T-Series sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang di pasaran Malaysia.


Seiring usaha inovasi dan perluasan pasaran yang berterusan, logo baharu ini menandakan permulaan bab seterusnya buat JETOUR, sebuah perjalanan yang dipacu oleh semangat penerokaan, pergerakan dan penciptaan kemungkinan baharu.





Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page