Mercedes-Benz Malaysia dan Asbenz Stern memperkukuh kehadiran di Pantai Timur dengan pembukaan Autohaus baharu di Kuantan.
- Anna Chong

- 26 Mei
- 2 min membaca

Mercedes-Benz Malaysia dan Asbenz Stern hari ini merasmikan Autohaus baharu di Kuantan, sekali gus memperkukuh lagi kehadiran runcit jenama itu di wilayah Pantai Timur. Terletak secara strategik di Indera Mahkota, sebuah kawasan pinggir bandar dan hab perniagaan yang pesat membangun, fasiliti ini direka untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lebih premium dan menyeluruh. Ia juga merupakan Autohaus Mercedes-Benz terbesar di Pantai Timur.

“Pembukaan Asbenz Stern Kuantan Autohaus baharu ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan Mercedes-Benz di wilayah Pantai Timur. Ketika kami meraikan 140 tahun inovasi Mercedes-Benz, kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecemerlangan automotif, malah turut mencipta pengalaman yang lancar dan lebih peribadi di setiap titik sentuhan pelanggan. Bersama Asbenz Stern, kami berbangga menghidupkan falsafah ‘Welcome Home’ menerusi fasiliti moden dan bersedia untuk masa hadapan yang direka mengikut keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.” Martin Schulz, CEO & President, Mercedes-Benz Cars Malaysia merangkap Head of Region, Mercedes-Benz Cars Southeast Asia..

“Kuantan sentiasa menjadi lokasi penting bagi kami, dan Autohaus baharu ini menandakan langkah seterusnya dalam perjalanan kami di sini. Dengan pelaburan dalam fasiliti yang dibina khas serta keupayaan yang diperluaskan, termasuk perkhidmatan body and paint, kami dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan menyeluruh kepada pelanggan. Komitmen kami kekal sama, iaitu memberikan tahap penjagaan dan kualiti yang diharapkan pelanggan daripada Mercedes-Benz.” Goh Chuan Kiong, Pengarah Urusan, Asbenz Stern Sdn. Bhd.
Autohaus baharu ini mencerminkan identiti runcit terkini Mercedes-Benz Malaysia, dengan fokus kepada pengalaman pelanggan yang lancar, didigitalkan dan lebih intuitif. Dengan keluasan 26,565 kaki persegi ruang pameran dan ruang pelanggan daripada jumlah keseluruhan 65,340 kaki persegi, fasiliti ini menggabungkan pengalaman hujung ke hujung (end-to-end) merangkumi jualan hingga selepas jualan dalam satu ekosistem yang menyeluruh.

Pelanggan juga boleh melihat sehingga enam kenderaan dipamerkan pada satu masa, menampilkan rangkaian portfolio Mercedes-Benz yang lebih luas. Melengkapkan pengalaman ini ialah ruang sentuhan pelanggan yang direka dengan teliti seperti Star Lounge serta akses kepada Mercedes-Benz Lifestyle Collection, mewujudkan suasana mesra, moden dan lebih menarik sepanjang lawatan.

Menandakan satu pencapaian pertama bagi Asbenz Stern, Autohaus Kuantan kini turut menawarkan perkhidmatan body and paint yang bersepadu, sekali gus memperkukuh lagi penawaran selepas jualan di Pantai Timur. Dilengkapi sehingga 16 ruang kerja (work bays) yang serba lengkap, fasiliti ini menyokong pelbagai keperluan servis daripada penyelenggaraan berjadual hinggalah kerja pembaikan yang lebih kompleks, semuanya dikendalikan oleh juruteknik terlatih dan bertauliah Mercedes-Benz Malaysia bagi memastikan kualiti dan penjagaan yang konsisten.

Menyokong peralihan kepada mobiliti elektrik, Autohaus ini turut dilengkapi infrastruktur pengecasan pantas DC sehingga 120 kW, yang mampu mengecas dua kenderaan secara serentak, memberikan kemudahan lebih tinggi kepada pemilik kenderaan elektrik sepenuhnya dan plug-in hybrid.
Setakat ini, Asbenz Stern telah melabur sebanyak RM35 juta merentasi rangkaiannya, termasuk RM23 juta untuk Autohaus Kuantan ini. Dengan tiga Autohaus beroperasi di Kedah, Pahang dan Terengganu, Asbenz Stern terus komited dalam menyampaikan pengalaman pelanggan premium yang sinonim dengan jenama bintang tiga mata Mercedes-Benz Malaysia.


























Komen