top of page

OMODA | JAECOO Malaysia Perlihatkan Mobiliti Masa Depan Dengan Memperkenalkan Dua Model

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 21 Ogo
  • 4 min membaca

JAECOO J5

Sejajar dengan tahap kesedaran dan minat para pengguna yang semakin meningkat terhadap Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dan juga rangkaian kuasa elektrik, OMODA I JAECOO Malaysia hari ini telah merasmikan pembukaan Karnival OMODA I JAECOO di Desa ParkCity


OMODA & JAECOO Karnival

Acara empat hari tersebut direka sebagai pameran teknologi dan gaya hidup pertama oleh jenama ini di Malaysia, justeru mencerminkan komitmen OMODA I JAECOO  dalam mendidik para pengguna yang kian arif tentang kelebihan mobiliti hibrid. 


OMODA & JAECOO Karnival
OMODA | JAECOO Karnival mempamerkan barisan kenderaan penuh jenama itu dan melihat pratonton dua model akan datang, J5 dan C9 PHEV.
OMODA & JAECOO Karnival

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek menerangkan, “Karnival OMODA | JAECOO menghimpunkan barisan kenderaan kami yang serba lengkap. Tambahan lagi, ia memaparkan prestasi dan inovasi di setiap peringkat serta direka dengan matlamat khusus untuk membawakan keupayaan luar biasa dan inovasi yang mempelopori segmen. Sempena karnival ini, jenama OMODA I JAECOO mempamerkan dua model baru yang akan datang – J5, Bintang Handalan Kegunaan Harian Kami, dan juga C9 PHEV, Yang Dibina Dengan Kuasa Peneraju – kedua-dua model dijangka menambat hati pelanggan di Malaysia. 


OMODA & JAECOO Karnival

“Lebih penting lagi, Karnival ini ialah cara kami merakamkan penghargaan khas kepada para pelanggan kami atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka, sambil mengalu-alukan pelanggan baharu ke dalam dunia kemewahan yang termampu. Pada masa yang sama, kami teruja mendidik orang awam tentang manfaat teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) generasi akan datang,” tambahnya. 


OMODA & JAECOO Karnival

Tumpuan utama acara ini ialah Makmal Pengalaman SHS, iaitu ruang interaktif yang membolehkan pengunjung meneroka Super Hybrid System (SHS) secara terperinci. Menerusi pameran teknologi, paparan interaktif dan pembentangan berpandu, makmal ini menunjukkan kelebihan SHS menggabungkan ciri-ciri kecekapan tenaga pintar, prestasi tinggi, dan pemanduan mesra alam.


Super Hybrid System
Makmal Pengalaman SHS menyediakan zon interaktif untuk pelawat meneroka Super Hybrid System OMODA I JAECOO secara terperinci.

Rangkaian kuasa hibrid SHS bakal menjadi tunggak barisan kenderaan masa depan OMODA | JAECOO. Menerusi peralihan pintar antara kuasa elektrik dan petrol, SHS menjamin keserasian lancar antara kecekapan dan prestasi, yang dioptimumkan mengikut keadaan memandu dunia sebenar. 


JAECOO J5
Dipratonton di OMODA | JAECOO Karnival, SUV JAECOO J5 yang akan datang diletakkan sebagai The Everyday Superstar untuk gelombang pembeli baharu di Malaysia.

BINTANG HANDALAN KEGUNAAN HARIAN: MEMPERKENALKAN JAECOO J5

Sementara itu, karnival ini turut menerapkan pratonton rasmi JAECOO J5. Diangkat sebagai kenderaan crossover kompak segmen-B, J5 direka untuk memperkenalkan falsafah kemewahan yang termampu buat golongan pembeli baharu. 


JAECOO J5

Berukuran sepanjang 4,380 mm, selebar 1,860 mm, dan setinggi 1,650 mm, dengan dasar roda 2,620 mm, JAECOO J5 menggandingkan penampilan teguh dengan ciri-ciri praktikal harian dan keselesaan premium. Roda aloi aluminium bersaiz 18-inci SUV ini diulit tayar 235/55 R18, menjadikan J5 stabil lagi bergaya. 


JAECOO J5

Di bawah hudnya, J5 dipacu oleh enjin empat silinder bercas turbo 1.5-liter yang menghasilkan kuasa 108 kW (147 PS) dan tork 210 Nm. 


Enjin ini menggabungkan teknologi pendinginan antara bersepadu ambilan udara generasi terkini dan juga kepala silinder pancarongga ekzos bersepadu (IEM), yang digandingkan dengan Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) yang memastikan kecekapan lancar dan pemanduan responsif. JAECOO J5 mencatatkan kadar penggunaan minyak 7.5 liter/100km (WLTC).


JAECOO J5

Di ruang dalam, J5 mengalu-alukan si pemandu atau penumpang dengan suasana yang tenang tetapi menambat hati. Kabin berupa lima tempat duduk ini nampak anggun dengan kemasan kulit tiruan penuh, manakala but yang luas menyediakan ruang kargo sebanyak 480 liter. Malah ruang ini boleh diperluas kepada 1,180 liter dengan menurunkan kerusi belakang dengan lipatan terpisah 60/40.


JAECOO J5

Direka secara teliti untuk gaya hidup moden, ruang dalamnya juga mesra haiwan peliharaan dengan persijilan TÜV, memberikan ketenangan fikiran apabila mengembara bersama keluarga, sahabat-handai atau haiwan peliharaan kesayangan. 


JAECOO J5

Keterhubungan ternyata menjadi tumpuan utama, dengan skrin sentuh 2K bersaiz 13.2-inci dilengkapi WiFi dengan kawalan berpusat, himpunan instrumen LCD 8.0-inci, dan sistem audio 8-speaker. Bumbung panorama cahaya bulan yang mengunjur merentasi kabin adalah terbesar dalam kelasnya (berukuran 1.45㎡), melimpahi ruang dalam dengan cahaya semula jadi sambil mencetus suasana terbuka.


Kemudahan dan keselamatan pula dikukuhkan lagi dengan ciri ADAS Tahap 2.5 dan sistem kamera Pandang Keliling HD 540 darjah terkemuka OMODA | JAECOO. 


OMODA C9 PHEV
Memberi anda Kuasa Untuk Memimpin, OMODA C9 PHEV yang akan datang akan menjadi jenama yang paling berkuasa, menampilkan rangkaian kuasa hibrid pemalam tiga motor 1.5 liter.

KUASA PENERAJU: MEMPERKENALKAN OMODA C9 PHEV

Selain J5, acara pratonton awam pertama turut diadakan bagi OMODA C9 PHEV – model paling berkuasa daripada OMODA I JAECOO setakat ini, menawarkan rangkaian kuasa hibrid pasang masuk dengan tiga motor. 


SUV coupé kegunaan lasak mewah ini dipacu enjin petrol bercas turbo 1.5-liter dengan tiga motor elektrik, menghasilkan output kuasa tergabung sehingga 445 kW (605 PS) dan tork 915 Nm di bawah keadaan optimum.


OMODA C9

Keupayaan ini membolehkan C9 PHEV memecut dari 0–100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. Dilengkapi dengan bateri Litium Besi Fostat (LFP) 34.46 kWh, SUV ini menyediakan julat EV tulen sehingga 150 km dan jumlah jarak perjalanan kira-kira 1,100km. Proses pengecasan disokong oleh pengecas pantas 70 kW DC, serta pengecas 6.6 kW dan 2.8 kW AC. 


OMODA & JAECOO Karnival

Sistem hibrid baharu ini menggandingkan Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT) 3-Kelajuan, yang dioptimumkan untuk kecekapan lancar dan tindak balas berkuasa. Kadar penggunaan minyak tergabung 1.7 liter/100km (WLTC) sememangnya sungguh cekap dan menjimatkan. 


Untuk meningkatkan kualiti pemanduan, SUV ini menyediakan sistem suspensi aktif Kawalan Peredaman Berterusan (CDC). Dilengkapi dengan lima sensor, sistem ini boleh melaraskan tindak balas suspensi sehingga 100 kali sesaat dan menyediakan tujuh mod pemanduan ditala khas untuk keadaan pemanduan di atas jalan raya dan jalan lasak. 


OMODA & JAECOO Karnival
OMODA & JAECOO Karnival

Ciri-ciri mewah yang disediakan termasuk Sistem Lampu Sampingan yang menyerlahkan garis bentuk luar, dan juga kerusi depan berpemanas dan berudara, menyerlahkan kuasa, kecanggihan dan keselesaan C9 PHEV.


SOROTAN KARNIVAL OMODA I JAECOO 

Selain daripada pratonton dua kenderaan ini, para pengunjung juga boleh meninjau rangkaian lengkap OMODA | JAECOO Malaysia di samping memandu uji kenderaan tertentu termasuk model J7 yang popular dan J8 yang terulung. 


OMODA & JAECOO Karnival
OMODA & JAECOO Karnival

Suasana Karnival dimeriahkan lagi dengan pelbagai pilihan makanan dan minuman, zon permainan kanak-kanak, tempat menjamu selera terbuka, dan Pasar PingMing – sebuah bazar kebudayaan yang dikenali sebagai “pasar rakyat,” menawarkan pelbagai makanan lazat serta barangan buatan tangan dan seni pertukangan. 


OMODA & JAECOO Karnival
OMODA & JAECOO Karnival

Karnival OMODA | JAECOO diadakan dari 21 hingga 24 Ogos 2025 di Tempat Letak Kereta 3, Desa ParkCity, Kuala Lumpur. Acara ini dibuka setiap hari dari jam 10.00pagi hingga 10.00malam, dengan sesi pandu uji diadakan dari jam 10.00pagi hingga 7.00malam.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page