top of page

Ong For All! Kejayaan Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Liberty Insurance & Kurnia Insurans

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • Jan 15
  • 2 min read
Suasana ceria bersama Choy San Yeh, Tarian Singa dan kru yang memegang plakad dengan mesej-mesej Ong For All
Suasana ceria bersama Choy San Yeh, Tarian Singa dan kru yang memegang plakad dengan mesej-mesej Ong For All.

Tahun Baru Cina 2025 menjadi lebih bermakna dengan sambutan penuh warna-warni daripada Liberty Insurance dan Kurnia Insurans melalui kempen Ong For All di empat lokasi utama, iaitu Pavilion Mall Damansara Heights, Sunway Velocity, Pasar Malam Taman Connaught dan Bukit Bintang dengan trak perayaan yang bergerak ke setiap lokasi. Lokasi-lokasi ini telah menjadi pentas untuk tradisi dan inovasi bertemu, menyebarkan semangat kemakmuran dan perlindungan kepada masyarakat.


Gabungan antara tradisi Tarian Singa dan penari-penari kontemporari yang membawa tuah kepada semua, acara ini juga berjaya menghidupkan suasana Tahun Baru Cina yang sangat meriah. Dua ekor Singa yang diiringi paluan gendang besar dan alat-alat muzik tradisional memukau perhatian orang ramai. Tambahan pula, tarian moden dipersembahkan oleh para penari untuk menghiburkan setiap penonton dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Persembahan Tarian Singa yang bertenaga, diikuti oleh penari kontemporari yang meriah
Persembahan Tarian Singa yang bertenaga, diikuti oleh penari kontemporari yang meriah.

Choy San Yeh (God of Prosperity) turut menyertai acara ini di keempat-empat lokasi yang disebutkan di atas untuk menambahkan lagi kemeriahan. Ang pao paket dan limau mandarin diberikan kepada para penonton. Setiap ang pao mengandungi kad penyertaan dan cara-cara untuk memenangi RM88*


Perserta cuma hanya perlu:

  1. Tangkap gambar trak perayaan Tahun Baru Cina atau persembahan

  2. Kongsi di Facebook atau Instagram (feed atau story)

  3. Tag @libertyinsurancemalaysia dan @kurniainsurans

Choy San Yeh memberi ang pao paket dan limau mandarin kepada para penonton
Choy San Yeh memberi ang pao paket dan limau mandarin kepada para penonton.

Liberty Insurance dan Kurnia Insurans tidak hanya menganjurkan acara untuk hiburan, tetapi juga menyampaikan mesej penting kepada masyarakat. Kru mereka yang memegang plakad dengan mesej tersebut memastikan penonton memahami bahawa kedua-dua syarikat insurans ini sentiasa ada untuk melindungi semua aspek kehidupan masyarakat.


Tiga mesej utama yang disampaikan adalah:


  • Blessing for your home, protection for your family

    (Keharmonian untuk rumah anda, perlindungan untuk kesejahteraan keluarga)

  • Safe journeys, smooth rides, and prosperity ahead

    (Perjalanan yang selamat, lancar, dan kemakmuran menanti)

  • Fortune for your ventures, security for your growth

    (Kemakmuran untuk usaha anda, perlindungan untuk kemajuan anda)


Acara ditutup dengan impak besar di Bukit Bintang
Acara ditutup dengan impak besar di Bukit Bintang
Acara ditutup dengan impak besar di Bukit Bintang

Liberty Insurance dan Kurnia Insurans mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penonton yang telah menyertai dan memeriahkan acara ini. Dengan komitmen untuk terus melindungi kehidupan anda, mereka juga ingin mengucapkan “Semoga Tahun Baru Cina ini membawa Ong For All– Kemakmuran, Keselamatan dan Kejayaan Untuk Semua.”



* Tertakluk kepada terma dan syarat.

Komentarze


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page