top of page

Perodua perkenal tawaran gaya hidup digital menerusi platform baharu P-Circle

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Okt 2025
  • 2 min membaca

Super App P-Circle Perodua
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad (tiga dari kiri), Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (tengah), Presiden Perodua Auto Corporation Sdn Bhd Encik Masaki Ogita  (dua dari kanan) dan Datuk Hanafi Sakri, Deputy Secretary General (Pembangunan Perindustrian) Ministry of Investment, Trade & Industry bersama-sama Perodua's Board of Directors semasa pelancaran P-Circle di Kuala Lumpur, hari ini.

Perodua kini mengorak satu lagi langkah ke hadapan ke arah menggabungkan Mobility as a Service (MaaS) menerusi platform super App: P-Circle.

 

“P-Circle menawarkan mobility as a lifestyle kerana ciri-ciri yang ditawarkan merangkumi sebahagian besar perkhidmatan dalam talian kami di bawah satu super app,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

 

Super App P-Circle Perodua
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad (kiri) menunjukkan jam tangan pintar Perodua (P-Go) kepada  Datuk Hanafi Sakri, Deputy Secretary General (Pembangunan Industri) Ministry of Investment, Trade & Industry (tengah) dan Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin (kanan).

“Kepelbagaian yang dibuat ke arah perniagaan berasaskan teknologi ini adalah selaras dengan matlamat masa hadapan kami dan industri automotif kerana pengguna kini memilih untuk menyambungkan kenderaan mereka mahupun rumah mereka dengan Internet,” kata Dato’ Sri Zainal.


“Kami menjangka bahawa integrasi seperti ini akan menjadi lebih kukuh untuk tempoh beberapa tahun akan datang dan kami mahu membuktikan bahawa kami boleh berinovasi dengan menyediakan semua perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan kami – selaras dengan falsafah “We Go Beyond” kami,” jelasnya.

 

“Komponen utama dalam MaaS adalah untuk menawarkan penyelesaian fleksibel kepada pemandu berdasarkan keperluan perjalanan mereka dan pakej yang kami tawarkan memenuhi keperluan itu,” katanya.

 

Super App P-Circle Perodua
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad ketika sidang media selepas pelancaran P-Circle di Kuala Lumpur, hari ini.

Selain itu, antara komponen utama lain dalam P-Circle adalah e-wallet P-Duit, yang membolehkan transaksi pembayaran yang dibuat di dalam negara menjadi bertambah mudah.

 

“Ciri ini bakal memberi manfaat kepada mereka yang mahu memilliki EV (kenderaan elektrik) pertama kami kerana kami telah memeterai perjanjian dengan semua pengendali stesen pengecasan yang telah bersetuju untuk menerima pembayaran daripada e-wallet kami,” kata Dato’ Sri Zainal.


Tambahnya, ciri P-Vehicle hanya boleh digunakan selepas pelancaran EV Perodua.

 

Super App P-Circle Perodua
Mempamerkan unit Super App P-Charge Perodua semasa pelancaran P-Circle Super App di sini di Kuala Lumpur.

Dato’ Sri Zainal berkata ciri P Guardian pula berfungsi sebagai aplikasi pemantauan yang ditawarkan bersama dengan P Charge yang mana pengguna boleh memantau keadaan rumah mereka menerusi kamera yang ada pada P Charge.


Aplikasi P-Circle boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play App manakala fungsi pengecas mudah alih dan jam pintar boleh dibeli di mana-mana Pusat Servis Perodua di seluruh negara.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page