Proton e.MAS Lancar Kempen ‘Golden Test Drive’, Tawar 30 Jongkong Emas Sepanjang 30 Hari
- Anna Chong

- 3 hari lalu
- 3 min membaca

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, mengajak rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman mobiliti elektrik bersama jenama EV No.1, Proton e.MAS, menerusi Kempen Golden Test Drive Proton e.MAS. Berlangsung di seluruh negara dari 13 April hingga 17 Mei 2026, orang ramai berpeluang memandu uji Proton e.MAS 7, Proton e.MAS 5 atau Proton e.MAS 7 PHEV, dan berpeluang membawa pulang emas sebagai ganjaran untuk langkah pertama mereka ke arah mobiliti elektrik.
Tema Kempen ini, “Golden” melambangkan nilai dan keistimewaan yang hadir bersama pemilikan Proton e.MAS. Ia menggambarkan pengalaman pemilikan yang lebih bermakna dan penuh ganjaran, sambil membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk menerokai mobiliti elektrik melalui teknologi moden, inovasi yang praktikal serta pelbagai ganjaran menarik sepanjang kempen.
Dengan tema 30 Jongkong Emas dalam 30 Hari, kempen ini menawarkan sebanyak 30 unit jongkong emas seberat 3g untuk dimenangi sepanjang lima (5) minggu berturut-turut. Setiap minggu, enam (6) pemenang dari seluruh negara akan dipilih, memberi peluang kepada pelanggan di seluruh Malaysia untuk menang hanya dengan pandu uji, membuat tempahan mana-mana model Proton e.MAS, serta melengkapkan penyertaan kempen.

“Pandu uji merupakan antara momen paling penting bagi pengguna EV kali pertama kerana ia mengubah rasa ingin tahu kepada keyakinan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Dengan kenaikan harga bahan api kebelakangan ini, khususnya diesel, serta ketidaktentuan ekonomi semasa, ini adalah masa yang sesuai untuk rakyat Malaysia mempertimbangkan peralihan kepada mobiliti elektrik. Kempen di seluruh negara ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai sendiri rangkaian EV dan PHEV kami, sambil menghargai atas langkah pertama yang mereka ambil,” tambah beliau.
Dengan satu daripada setiap dua EV yang dijual di Malaysia pada tahun 2026 merupakan Proton e.MAS, jenama ini terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju melalui penyelesaian mobiliti elektrik yang mudah diakses, praktikal dan berteraskan keperluan rakyat Malaysia. Kempen Golden Test Drive ini turut memperkukuh momentum tersebut dengan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman EV atau PHEV, seterusnya membuat peralihan dengan lebih yakin.
Pandu uji, tempah dan sertai dalam talian untuk peluang menang emas 3g serta hadiah keseluruhan RM120,000.
Sertai Kempen Uji Pandu Emas Proton e.MAS yang mudah dan penuh ganjaran. Berlangsung di seluruh negara dari 13 April hingga 17 Mei 2026, dengan tempahan ditutup pada 6.00 petang, 17 Mei.
4 langkah mudah untuk menyertai Kempen ini:
1. Ikuti Proton e.MAS di media sosial (Instagram, Facebook, TikTok atau Xiao Hong Shu)
2. Kunjungi mana-mana pengedar rasmi Proton e.MAS di seluruh negara
3. Lakukan sesi pandu uji dan buat tempahan bagi model Proton e.MAS pilihan anda
4. Lengkapkan dan hantar borang penyertaan melalui pengedar rasmi yang terlibat
Nota: Kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat.
Setiap minggu, enam (6) pemenang dari seluruh negara akan membawa pulang jongkong emas 3g sebagai sebahagian daripada kempen “30 Gold Bars in 30 Days”.

Bukan itu sahaja, kempen ini terus memuncak dengan peluang untuk memenangi hadiah utama eksklusif yang pastinya lebih istimewa, termasuk:
1x Hadiah Utama (Ultimate Prize):
Perjalanan 5 hari 4 malam untuk dua orang ke Gold Mine Tour di Australia
3x Hadiah Gold Class:
Tiga pemenang akan menerima satu jonkong emas 5g
Rasai kemeriahan Proton e.MAS EV No. 1 Roadshow di Penang, Melaka & Pahang.
Proton e.MAS akan membawa barisan kenderaan elektrik lebih dekat kepada rakyat Malaysia melalui Golden Roadshow yang akan berlangsung di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara, merangkumi kawasan Utara, Selatan dan Pantai Timur Malaysia:
Penang
Queensbay Mall: 15 – 19 April
Melaka
AEON Melaka: 19 – 24 Mei
Pahang
East Coast Mall: 24 – 28 Jun
Di roadshow ini, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat kenderaan Proton e.MAS, berinteraksi dengan pakar produk, serta merasai sendiri pengalaman bersama barisan model Proton e.MAS.




















Komen