top of page

1,000 unit Proton e.MAS 7 Telah Dihantar. Terima Kasih, Rakyat Malaysia!

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 11 Mac
  • 1 min membaca

Proton New Energy Technology (PRO-NET), anak syarikat PROTON, sebelum ini mengumumkan penyerahan 1,000 unit Proton e.MAS 7 telah mengeluarkan sebuah video yang menyentuh hati, merakam perjalanan menuju pencapaian yang penting ini.


Bukan hanya sekadar pencapaian yang dipamerkan malah video ini mengisahkan bagaimana PROTON telah berkembang dari berdekad lamanya menghasilkan kenderaan enjin petrol, kepada langkah berani menuju ke era mobiliti elektrik.


“Dengan mencapai jumlah 1,000 unit penghantaran Proton e.MAS 7, ia bukan sekadar angka tetapi ia juga mencerminkan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang yakin akan visi kami untuk masa depan yang lebih hijau dan lestari.


Perjalanan ini tidak akan dapat dicapai tanpa anda semua. Terima kasih, Malaysia! kerana bersama-sama dengan kami dalam perubahan ini. Kami akan terus berjuang, mempertingkatkan teknologi, dan membangunkan ekosistem EV yang berfungsi untuk semua. Ini hanyalah permulaan,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET.




Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page