top of page

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Ditawarkan dalam Warna Emerald Green

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 jam lalu
  • 3 min membaca

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green

PRO-NET, anak syarikat milik penuh PROTON, hari ini memperkenalkan Emerald Green sebagai warna bahagian luaran baharu bagi Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus memperluaskan pilihan pelanggan seiring dengan permintaan terhadap kenderaan elektrik yang semakin meningkat di Malaysia.

 

Sejak pelancarannya di pasaran pada awal tahun 2026, Proton e.MAS 7 PHEV telah menarik perhatian rakyat Malaysia dalam segmen PHEV. Momentum ini mencerminkan peningkatan keyakinan pengguna terhadap tawaran mobiliti elektrik oleh PRO-NET, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Proton e.MAS sebagai jenama EV No.1 di Malaysia dengan 1 daripada setiap 2 EV yang dijual di Malaysia tahun ini merupakan Proton e.MAS.

 

“Kami melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 7 PHEV. Jadi, kami teruja untuk memperkenalkan warna baharu, Emerald Green sebagai warna tambahan dalam barisan ini. Ia bukan sahaja memberi lebih pilihan kepada pelanggan, malah menyerlahkan lagi reka bentuk moden serta identiti model elektrik ini,” kata Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET.


Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green

 

Puan Salawati menambah, “Di PRO-NET, kami sentiasa mendengar keperluan pelanggan, memahami maklum balas mereka, dan terus menambah baik penawaran kami supaya pengalaman memiliki Proton e.MAS 7 PHEV kekal praktikal, menyeronokkan dan berbaloi. Sebagai contoh, Proton e.MAS 7 PHEV Prime ditawarkan pada harga yang cukup kompetitif, iaitu RM105,800, dengan kelebihan penjimatan bahan api, kos penyelenggaraan yang rendah, ruang dalaman yang luas dan selesa, serta nilai jangka panjang untuk pemandu di Malaysia.”

 

Warna baharu Emerald Green diperkenalkan sebagai pilihan kekal dalam barisan sedia ada Proton e.MAS 7 PHEV, bagi memberikan pelanggan lebih banyak pilihan warna. Pelanggan kini boleh membuat tempahan untuk warna Emerald Green bermula pada hari ini.


Teknologi Hibrid EM-i Menawarkan Penjimatan Bahan Api, Kecekapan, dan Praktikaliti Harian

Dikuasakan oleh teknologi hibrid termaju EM-i, Proton e.MAS 7 PHEV menggabungkan enjin 1.5 liter khusus hibrid bersama transmisi hibrid 11-dalam-1 (DHT) yang canggih, menghasilkan sistem pacuan yang sangat efisien dan direka untuk pemanduan berasaskan elektrik serta keupayaan perjalanan jarak jauh yang fleksibel. Dioptimumkan khusus untuk operasi hibrid, enjin ini mencapai kecekapan haba sehingga 46.5%, membolehkan penjimatan bahan api yang lebih baik sambil beroperasi dengan lebih senyap di latar belakang.

 

Teras bagi Proton e.MAS 7 PHEV meruapakan transmisi hibrid 11-dalam-1 yang canggih, direka untuk memberikan pemanduan yang lancar dan responsif sambil memaksimumkan kecekapan. Sistem ini menjana kuasa 160 kW dan tork 262 Nm, memberikan pecutan yang bertenaga serta kawalan yang lebih mudah dan yakin. Dengan teknologi motor dan transmisi yang inovatif, operasi kekal lebih senyap, kehilangan tenaga dapat dikurangkan, dan kecekapan keseluruhan mencapai 92.5%, menjadikan setiap perjalanan lebih jimat dan menyeronokkan.


Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green

 

Sistem hibrid ini secara automatik bertukar antara mod EV, mod hibrid siri, dan mod hibrid selari mengikut keadaan pemanduan. Bagi kebanyakan perjalanan harian, kenderaan beroperasi dalam mod EV atau hibrid siri, di mana enjin bertindak menjana elektrik untuk memacu motor atau mengecas bateri. Apabila berada di lebuh raya atau dalam situasi jalan, sistem akan mengaktifkan pacuan terus oleh enjin bagi memberikan kecekapan dan prestasi yang lebih optimum.

 

Pemandu juga boleh memilih antara mod Pure, Hybrid dan Power mengikut keperluan pemanduan, sama ada untuk kegunaan harian sepenuhnya elektrik, pengurusan tenaga secara automatik, atau pecutan yang lebih bertenaga apabila diperlukan. Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan penggunaan bahan api serendah 4.3 liter bagi setiap 100km, sambil mengekalkan kos penyelenggaraan selama 10 tahun di bawah RM8,000. Ini menjadikan kos pemilikan jangka panjangnya setanding dengan kenderaan EV, berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) konvensional.

 

Dengan harga bahan api yang semakin tidak menentu, Proton e.MAS 7 PHEV membantu pemandu menjimatkan kos bahan api, terutamanya untuk perjalanan harian di mana motor elektrik mengambil alih sebahagian besar pemanduan.


Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green

 

Tempah Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green anda sekarang.

Pelanggan boleh mendaftarkan minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di pengedar Proton e.MAS yang sah di seluruh negara.

 

Proton e.MAS kini mengendalikan rangkaian pengedar yang berkembang pesat dengan lebih daripada 50 lokasi di seluruh Malaysia, menawarkan sokongan jualan serta perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh kepada pelanggan di Zon Tengah, Utara, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page