top of page

Allianz General memperkasakan amalan hijau dengan ganjaran tunai untuk pemandu kenderaan elektrik bateri (BEV) berpemanduan rendah

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 3 jam lalu
  • 2 min membaca

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad

Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) memperkasakan amalan hijau melalui program manfaat baharu, iaitu Allianz Electric Vehicle (EV) EcoMiles, yang memberikan ganjaran tunai sebenar kepada pemandu Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) yang mencatatkan jarak permanduan rendah.

 

Pemegang polisi yang menginsuranskan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) mereka di bawah polisi Allianz Private Car Comprehensive untuk kegunaan peribadi boleh menikmati ganjaran tunai sehingga 15% daripada premium insurans mereka dengan mengaktifkan faedah Allianz EV EcoMiles melalui aplikasi MyAllianz tanpa sebarang kos tambahan, menjadikan tabiat pemanduan mesra alam mereka sebagai ganjaran tunai yang nyata.


 

"Dengan Allianz EV EcoMiles, kami menyokong inisiatif hijau pelanggan kami dan memberi ganjaran atas pilihan lestari mereka," kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang. "Memandu BEV merupakan satu langkah ke arah pengurangan pelepasan karbon. Kini, sama ada anda bekerja dari jauh atau hanya memandu hujung minggu, Allianz EV EcoMiles memberikan ganjaran tambahan kepada anda."

 

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk mengiktiraf dan menyokong gaya hidup pelanggan kami disamping menggalakkan amalan mesra alam. Dengan menawarkan ganjaran nyata untuk penggunaan jarak rendah dan BEV, kami berhasrat untuk memperkasakan pelanggan kami membuat pilihan lestari yang memberi manfaat kepada mereka serta alam sekitar,” tambah Sean.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang

Berikut ialah peringkat ganjaran di bawah program Allianz EV EcoMiles:

  • Tier 1: Pelanggan yang mencatat purata jarak perjalanan tahunan sehingga 10,000 kilometer akan menerima ganjaran tunai sebanyak 15% daripada premium asas bersih (premium asas selepas ditolak Diskaun Tiada Tuntutan – NCD).

 

  • Tier 2: Pelanggan yang mencatat purata jarak perjalanan tahunan antara 10,001 hingga 15,000 kilometer akan menerima ganjaran tunai sebanyak 10% daripada premium asas bersih (premium asas selepas ditolak NCD)


Untuk menerima ganjaran tunai, pemegang polisi mesti mengaktifkan Allianz EV EcoMiles dalam aplikasi mudah alih MyAllianz dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuat kuasa polisi. Selepas itu, mereka perlu menghantar bacaan odometer dan gambar kenderaan melalui aplikasi tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum atau selepas tarikh tamat polisi. Setelah penghantaran diluluskan, ganjaran tunai akan dikreditkan ke akaun pemegang polisi.

 

Untuk tempoh terhad, Allianz General turut menawarkan kredit pengecasan EV percuma sebanyak RM100 kepada pelanggan yang menginsuranskan BEV mereka di bawah polisi Allianz Private Car Comprehensive antara 29 September hingga 31 Oktober 2025, mengaktifkan faedah Allianz EV EcoMiles dalam tempoh 30 hari dari tarikh kuat kuasa polisi, dan memberikan alamat emel serta nombor telefon yang sah.

 

Mereka akan menerima kod penebusan untuk kredit pengecasan percuma melalui emel, dan kod tersebut boleh ditebus melalui aplikasi ChargEV oleh Yinson Greentech.

 

Allianz General kekal komited dalam melindungi pelanggan serta menawarkan penyelesaian inovatif dan peluang untuk meraih manfaat daripada tabiat pemanduan yang mesra alam, sekali gus memastikan ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai faedah Allianz EV EcoMiles, sila layari laman web rasmi www.allianz.com.my/ev-ecomiles.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page