top of page

BMW Group Malaysia sokong inisiatif mobiliti mampan nasional dengan barisan kenderaan elektrik premium untuk Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Okt
  • 1 min membaca

ASEAN-Malaysia 2025

BMW Group Malaysia hari ini menegaskan sokongannya terhadap komitmen kerajaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam agenda kemampanan. Barisan kenderaan kerajaan Malaysia sepanjang tahun ini dikuasakan oleh kenderaan elektrik premium daripada BMW Group Malaysia.


ASEAN-Malaysia 2025

Penambahan BMW i7 xDrive60 M Sport dan BMW i5 eDrive40 M Sport dalam barisan kenderaan kerajaan untuk ASEAN 2025 adalah selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap - NETR), di samping memberikan contoh unggul kepada Negara Anggota ASEAN lain untuk mengambil pendekatan dan menjalin kerjasama yang serupa dalam memperkasakan nilai kemampanan – secara langsung menyokong tema Kepengerusian iaitu “Keterangkuman dan Kemampanan.”


ASEAN-Malaysia 2025

Sebagai Peneraju Pengeluar Kenderaan Elektrik Premium di Malaysia, BMW Group Malaysia terus menyokong inisiatif yang mengangkat nilai kemampanan dan inovasi melalui portfolio kenderaan elektrik (electric vehicle – EV) yang komprehensif, kerjasama strategik, serta komitmen terhadap Keterbukaan Teknologi. Kenderaan Elektrik merupakan langkah penting dalam mengurangkan pelepasan karbon dan memacu pengunaan teknologi berkelanjutan di seluruh rantau ASEAN.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page