top of page

Kia Carnival Baharu Hadir dengan Gaya Premium dan Inovasi Pintar

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 hari lalu
  • 4 min membaca

Updated: 20 jam lalu

Kia Carnival Baharu

Kia Sales Malaysia (KSM), Syarikat Jualan Negara yang tersendiri bagi kenderaan Kia, telah melancarkan ‘The New Kia Carnival’ (Kia Carnival Baharu) hari ini. Pelancaran tersebut memperkenalkan model pertama syarikat sejak penubuhan KSM. 


Versi terbaharu MPV kemegahan Kia, dengan penampilan luar yang lebih menyerlah, ruang dalam diperbaharui dan lebih anggun, serta teknologi dan kemudahan yang lebih canggih, mengukuhkan kedudukannya dalam segmen MPV besar Malaysia. 


Kia Carnival Baharu
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim, berkata semasa berucap di majlis pelancaran, “Pelancaran Kia Carnival Baharu bukan pengenalan produk semata-mata – sesungguhnya majlis hari ini mencerminkan komitmen jangka panjang kami kepada Malaysia. Di Kia Sales Malaysia, strategi kami bertumpukan usaha menawarkan produk yang paling sesuai bagi pelanggan tempatan, menggabungkan kualiti, ciri-ciri relevan dan nilai pemilikan jangka panjang. Kia Carnival Baharu jelas melambangkan falsafah ini dan merupakan mercu jaya penting dalam langkah kami untuk terus mengukuhkan kedudukan Kia di Malaysia.”


Kia Carnival Baharu
Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek

Pengarah Urusan Kia Sales Malaysia, Emily Lek, menerangkan selanjutnya, “Pelancaran ini merupakan langkah pertama untuk membolehkan pasaran kembali mengenali kami. Persoalan “Kenapa Pilih Kia?” bakal membuka era baharu bagi Kia di Malaysia. Inilah Kia serba baharu: yang membawakan reka bentuk teliti, serta inovasi tertumpu dan direka untuk mencetus inspirasi dalam setiap perjalanan.” 


Bagi pasaran Malaysia, Kia Carnival Baharu ditawarkan dalam dua varian yang dipasang secara tempatan (CKD) sejak dari pelancaran, iaitu 2.2D 11-tempat duduk dan 2.2D 7-tempat duduk, memberikan fleksibiliti bagi memuatkan keluarga besar dengan selesa dan juga sesuai untuk pengguna bertaraf eksekutif. 


Kedua-dua varian dipacu oleh enjin turbodiesel empat silinder Smartstream 2.2-litee, yang menghasilkan 202 PS pada 3,800 rpm dan tork 440 Nm antara 1,750 hingga 2,750 rpm.  Enjinnya digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan pacuan roda depan. Rangkaian kuasa pula menghasilkan prestasi dan kecekapan seimbang, dengan penggunaan bahan api tergabung 6.5 liter bagi setiap 100 km (NEDC).


Kia Carnival Baharu

Reka Bentuk Baharu Menyerlah – Penampilan Gagah 

Berpandukan falsafah “Opposites United” (Menyatukan Perbezaan) Kia, identiti visual lebih menyerlah dipaparkan oleh Kia Carnival Baharu. Reka bentuk bahagian depan diperbaharui menampilkan gril depan lebar dilengkapi oleh bampar yang diukir jitu, untuk garis bentuk lebih aerodinamik, di samping plat gelincir terselaras untuk wajah moden yang gagah. 


Kia Carnival Baharu

Sementara itu, grafik Star Map pada lampu kegunaan siang (DRL), bersama himpunan lampu depan menegak unik, membawakan imej teknologi tinggi dan serba canggih.  Di bahagian belakang, Kia Carnival Baharu menonjolkan wajah yang lebih anggun dan progresif. Tempat letak nombor plat telah dialihkan ke bahagian bawah pintu belakang, mewujudkan permukaan yang lebih tersepadu, manakala lampu belakang Star Map nyata serasi dengan identiti reka bentuk terkini Kia.


Kia Carnival Baharu

Keanggunan Dalaman – Ketelitian Ruangan 

Naiki Kia Carnival Baharu untuk meneroka reka bentuk ruang dalam yang berilhamkan konsep minimalis, kemudahan yang direka cipta dengan teliti dan fungsi serba moden.  Disediakan dengan susunan tempat duduk 2-2-3 bagi pilihan 7 tempat duduk dan konfigurasi 2-3-3-3 bagi varian 11-tempat duduk, ruang dalamnya memenuhi pelbagai keperluan gaya hidup. Varian Carnival dengan 7 tempat duduk dipasang Kerusi Relaxion Premium dengan fungsi luncur sisi di baris kedua, untuk menambah keselesaan penumpang. Model  ini dilengkapi kerusi baris ketiga yang boleh dilipat rata, untuk menyediakan ruang kargo tambahan. 


Kia Carnival Baharu

Sementara itu, varian Carnival 11 tempat duduk pula memaparkan kerusi tengah boleh dilipat pada baris kedua dan ketiga untuk memudahkan penumpang belakang keluar masuk. Cahaya keliling di sepanjang papan pemuka menambah kelapangan ruang, manakala panel maklumat dan kawalan iklim sebaris membawakan penampilan yang menarik dan tidak berselerak. Cahaya keliling disediakan pada pelapik dalaman dan kemasan pintu, membolehkan penumpang menyesuaikan lagi persekitaran dalam kenderaan.


Kia Carnival Baharu

Satu ciri menyerlah dalam ruang pemandu ialah skrin panorama melengkung, dengan dua unit paparan yang terdiri daripada skrin instrumen digital 12.3-inci dan juga skrin infohiburan 12.3-inci, yang disatukan dalam panel yang tampak mewah lagi mesra pengguna. 


Kia Carnival Baharu

Kia Carnival Baharu

Kesenangan penggunaan ditambah baik lagi menerusi kawalan infohiburan dan persekitaran fizikal, manakala pemegang cawan saiz deluks yang lebih besar boleh menempatkan bekas minuman saiz besar, menekankan reka bentuk mesra keluarga Kia Carnival Baharu yang dirancang dengan rapi. 


Direka untuk keselamatan, dibina untuk ketenangan fikiran.

Keselamatan menjadi tumpuan utama Kia Carnival Baharu, menawarkan sejumlah lapan beg udara, termasuk beg udara sisi tengah yang mencegah perlanggaran sampingan antara penumpang tempat duduk depan sekiranya berlaku hentakan. 


Semua varian menyediakan ciri-ciri keselamatan dan bantuan pemandu piawai yang komprehensif, memperlihatkan komitmen Kia kepada perlindungan penumpang dan keyakinan pemanduan harian. Ciri-ciri ini termasuk:


• Bantuan Mengelak Perlanggaran Depan 2.0 (FCA 2.0)

• Bantuan Had Kelajuan Pintar (ISLA)

• Bantuan Pemanduan Lebuh Raya 2 (HDA 2)

• Bantuan Mengekalkan Lorong (LKA)

• Bantuan Mengikut Lorong (LFA)

• Amaran Perhatian Pemandu (DAW)

• Bantuan Lampu Tinggi (HBA)

• Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik kiButa (BCA)

• Bantuan Mengelak Perlanggaran Lalu Lintas Silang (RCTA)

• Amaran Penumpang Belakang (ROA)


Kia Carnival Baharu
Kia Carnival Baharu

Kia Carnival Baharu boleh didapati dalam empat warna luar: Meteor Grey (Kelabu Meteor), Snowflake White Pearl (Putih Mutiara Salji), Astra Blue (Biru Astra), dan Jet Black (Hitam Pekat). Dipasang secara tempatan di Kulim, Kedah, Kia Carnival Baharu dijual pada harga permulaan RM188,888* untuk varian 2.2D 11-tempat duduk, manakala pilihan 2.2D 7-tempat duduk boleh didapati pada harga permulaan RM248,888*. 

*Harga jualan bagi Semenanjung Malaysia, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.


Setiap Kia Carnival Baharu disertakan dengan waranti 5 tahun / 150,000km (yang mana lebih awal), memberikan ketenangan fikiran tambahan.



Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page