top of page

UMW Toyota Motor Melancarkan Toyota GR Corolla Automatik 2026

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 7 hari lalu
  • 3 min membaca

Toyota GR Corolla

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini secara rasmi melancarkan Toyota GR Corolla Transmisi Automatik (AT) 2026 di Malaysia, sekali gus memperluaskan akses kepada prestasi berteras perlumbaan Toyota Gazoo Racing untuk golongan pemandu yang lebih luas.


Direka khas untuk mereka yang mengimpikan keterujaan sebuah kereta yang dibangunkan melalui sukan permotoran tetapi mengutamakan kemudahan dan keyakinan pemanduan automatik, GR Corolla AT menggabungkan kejuruteraan berprestasi tinggi dengan kawalan intuitif serta kesesuaian penggunaan harian tanpa menjejaskan karakter pemanduan GR yang autentik.


Toyota GR Corolla

Dilengkapi dengan Transmisi Automatik Terus GAZOO Racing 8-kelajuan (GR-DAT), GR Corolla AT menawarkan penukaran gear yang pantas dan tepat hasil pembangunan melalui sukan permotoran, di samping memberikan kelancaran dan keyakinan untuk pemanduan harian. Digandingkan dengan rekaan praktikal hatchback 5-pintu, GR Corolla AT membolehkan pemandu menikmati prestasi mengujakan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan seharian.


Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., berkata,“Toyota Gazoo Racing sentiasa menguji setiap model GR hingga ke had maksimum, dan GR Corolla membawa intensiti yang sama ke atas jalan raya. Sejak awal, ia dibangunkan untuk menyampaikan rasa mentah, responsif dan intensiti sebuah jentera berteras perlumbaan. Dengan pengenalan GR Corolla AT, pengalaman ini kini lebih mudah diakses tanpa menjejaskan karakter GR. Ia kekal sebagai sebuah kereta yang mengujakan, membina keyakinan dan memberi ganjaran kepada pemandu, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia merasai prestasi GR yang autentik di belakang stereng.”


Toyota GR Corolla

Seiring pelancaran varian Automatik, UMWT turut memperkenalkan penambahbaikan menyeluruh merentasi keseluruhan rangkaian GR Corolla, yang memberi manfaat kepada varian AT baharu serta varian GR Corolla Transmisi Manual (MT) sedia ada. Penambahbaikan ini menegaskan falsafah penambahbaikan berterusan Toyota GAZOO Racing, dengan memperhalusi prestasi, kawalan dan keyakinan pemandu melalui ujian dunia sebenar serta pembelajaran daripada sukan permotoran.


Selain peningkatan berfokuskan prestasi, kedua-dua varian kini dilengkapi dengan Blind Spot Monitor (BSM) bagi meningkatkan keselamatan dan kesedaran harian, serta skrin paparan baharu bersaiz 10 inci yang memberikan maklumat kenderaan lebih jelas dan antara muka pemandu yang lebih intuitif—memastikan teknologi canggih menyokong pemanduan berprestasi serta kegunaan harian.


Toyota GR Corolla AT 2026 ditawarkan pada harga bermula RM378,950 di Semenanjung Malaysia dan RM233,500 di Langkawi, manakala GR Corolla MT ditawarkan pada harga bermula RM368,950 dan RM227,300 masing-masing.


Toyota GR Corolla

Sebagai model keempat dalam Siri GR Toyota, GR Corolla mencerminkan falsafah GAZOO Racing dalam membina kereta melalui sukan permotoran dan memperhalusinya untuk kegunaan jalan raya. Pengalaman yang diperoleh daripada perlumbaan Super Taikyu, Kejohanan Rali Jepun, serta ujian intensif di Litar Antarabangsa Fuji telah membentuk GR Corolla 2026, meningkatkan had prestasi sambil memastikan kawalan, ketepatan dan kebolehgunaan kekal sebagai teras pengalaman pemanduan.


GR-DAT memperkenalkan dimensi pemanduan baharu dalam rangkaian GR Corolla. Mod Drive menawarkan pecutan lancar dengan pemilihan gear pintar, manakala mod SPORT menajamkan respons pendikit dan memberikan logik penukaran gear yang lebih agresif untuk pemanduan dinamik. Mod M bergaya sekuensial meningkatkan penglibatan pemandu, sementara Launch Start Control membolehkan pecutan terkawal dan penuh keyakinan dari keadaan pegun. Tetapan suspensi dan ABS turut diperhalusi bagi meningkatkan kestabilan, keupayaan membrek dan prestasi di selekoh.


Toyota GR Corolla

Dari segi visual, GR Corolla mengekalkan rekaan berani yang diinspirasikan oleh sukan permotoran dengan penambahbaikan berfungsi bagi meningkatkan aliran udara, kecekapan penyejukan dan kestabilan. Pendirian lebar serta rekaan hatchback 5-pintu mengimbangi prestasi agresif dengan kepraktisan harian, menjadikannya sebuah kereta berprestasi yang direka untuk dipandu, dikongsi dan dinikmati setiap hari.

Lebih daripada sekadar jentera berprestasi, GR Corolla menghubungkan semula pemandu dengan kegembiraan memandu. Ia membolehkan peminat lama menghidupkan semula minat mereka, di samping memberi peluang kepada generasi baharu untuk merasai prestasi autentik berinspirasikan sukan permotoran buat pertama kali.


GR Corolla AT 2026, bersama rangkaian GR Corolla MT yang dipertingkatkan, kini boleh didapati di Malaysia melalui pengedar GR Garage terpilih di seluruh negara, disokong oleh perkhidmatan selepas jualan komprehensif serta jaminan kualiti Toyota.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page