top of page

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV Dibuka, Jarak Pemanduan Ujian Cecah 1,100km.

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 3 hari lalu
  • 3 min membaca
Proton e.MAS 7 PHEV
  • Harga anggaran bermula dari RM 110,000 hingga RM 130,000, dan kini dibuka untuk tempahan dengan yuran tempahan RM99*, termasuk rebat RM500 ke atas yuran tempahan

 

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat milik pengeluar kereta nasional PROTON, hari ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi Proton e.MAS 7 PHEV serba baharu. Model ini menandakan langkah penting buat PROTON dengan pengenalan model sulungnya Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV), sekali gus menjadikannya Kenderaan Elektrik Dwi-Kuasa pertama di pasaran Malaysia. 


Pengumuman pembukaan tempahan ini disusuli dengan pemanduan siaran langsung selama 25 jam selama dua hari yang menyaksikan perjalanan sejauh 1,100km dari Pulau Pinang merentasi sehingga ke Johor Bahru dan berakhir di PROTON Centre of Excellence (COE) melalui Lebuhraya Utara–Selatan. Perjalanan ini bertujuan membuktikan kecekapan penggunaan sebenar Proton e.MAS 7 PHEV, keupayaan pemanduan jarak jauh serta kesesuaiannya untuk keadaan pemanduan di Malaysia. 

 

Proton e.MAS 7 PHEV

Pemanduan Siaran Langsung 25 Jam Membuktikan Keupayaan PHEV Dunia Sebenar, Harga Anggaran Diumumkan 

Siaran langsung selama dua hari ini menampilkan hos, pakar produk, serta pempengaruh gaya hidup, teknologi dan automotif, berkongsi ulasan pemanduan, sesi soal jawab dan pandangan sepanjang perjalanan. 


Perjalanan ini bermula dan berakhir di PROTON COE, dengan kenderaan dwi-kuasa yang sama menamatkan jarak keseluruhan tanpa perlu mengisi minyak atau mengecas tiba di pentas untuk pengumuman pembukaan tempahan. Kejayaan ini menegaskan bahawa Proton e.MAS 7 PHEV mampu dipandu untuk jarak yang lebih jauh sambil kekal praktikal dan mudah digunakan dalam kehidupan seharian. 


Proton e.MAS 7 PHEV

PRO-NET secara rasmi mendedahkan harga anggaran bagi model PHEV pertamanya. Proton e.MAS 7 PHEV dijangka berada dalam lingkungan RM 110,000 hingga RM 130,000, menawarkan pemanduan elektrik sebagai keutamaan, memastikan keselesaan dan kemudahan untuk perjalanan jarak jauh rakyat Malaysia. 


Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, berkata: “Proton e.MAS 7 PHEV ialah sebuah pencapaian penting bagi Proton e.MAS apabila kami membuka tawaran dari kereta EV sepenuhnya kepada teknologi hibrid plug-in. Ia direka untuk rakyat Malaysia yang mahu menikmati pemanduan elektrik setiap hari tanpa risau tentang perjalanan jauh.” 


“Dengan membuka tempahan selepas pemanduan jarak jauh, kami membuktikan bahawa e.MAS 7 PHEV direka untuk memenuhi keperluan pemanduan sebenar rakyat Malaysia.” 

 

Proton e.MAS 7 PHEV

Prestasi Dwi-Kuasa, Direka untuk Jalan Malaysia 

Disokong oleh teknologi PHEV terkini, Proton e.MAS 7 PHEV menawarkan gabungan pemanduan elektrik sebagai keutamaan dengan fleksibiliti hibrid, menjadikannya EV dwi-kuasa pertama yang direka untuk jalan raya Malaysia. Daripada pengurusan sumber kuasa, penukaran automatik antara mod EV/Hibrid, sistem transmisi hibrid khusus 11-dalam-1 kepada Bateri LFP (Lithium Ferro Phosphate) e.MAS 7 PHEV menyeimbangkan praktikaliti dan prestasi.


Rekaannya yang moden dan premium, ciri keselamatan ADAS, serta pemanduan elektrik yang senyap dan bebas pencemaran, memberikan pengalaman pemanduan lebih selesa, mudah dan penuh keyakinan sama ada untuk perjalanan harian di bandar, percutian hujung minggu, atau perjalanan jarak jauh antara negeri. 


Proton e.MAS 7 PHEV

 

Bagi pemanduan harian, Proton e.MAS 7 PHEV bergerak dalam mod EV atau siri hibrid, di mana enjin petrol tidak memacu roda secara terus tetapi membekalkan tenaga kepada motor P1 untuk mengecas bateri atau mengalirkan elektrik kepada motor P3 yang memacu roda.


Apabila enjin petrol lebih cekap seperti memandu di lebuh raya atau mendaki cerun panjang, sistem secara automatik mengaktifkan klac supaya enjin boleh memacu roda secara terus atau bekerjasama dengan motor, P3 memberikan keseimbangan terbaik antara prestasi dan praktikaliti. 

 

Ini memastikan kecekapan dan prestasi optimum, menggabungkan kemudahan pemanduan elektrik dengan kuasa enjin petrol apabila diperlukan, sambil memberikan pengalaman pemanduan yang lancar, praktikal dan selamat, sesuai dengan gaya hidup sebenar rakyat Malaysia 

 

Proton e.MAS 7 PHEV

Tempahan Dibuka dan Nikmati Keistimewaan Pemilik Awal 

Tempahan Proton e.MAS 7 PHEV kini dibuka. Pelanggan boleh mendaftar minat melalui laman web rasmi Proton e.MAS atau membuat tempahan terus di bilik pameran Proton e.MAS sah di seluruh negara. Untuk membuat tempahan, hanya bayar yuran tempahan RM99* dan nikmati keistimewaan eksklusif pemilik awal: 

  • Rebat RM500 untuk yuran tempahan** 


* Tertakluk kepada terma dan syarat 

**Tawaran ini sah untuk 5,000 pelanggan pertama yang berjaya mendaftar Proton e.MAS 7 PHEV  

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page