MINI Malaysia Raikan Tahun Kuda dengan Pelancaran MINI Countryman S Fiery Stallion Edition Baharu
- Anna Chong

- 2 hari lalu
- 3 min membaca
Updated: 20 jam lalu

MINI Malaysia mengalu-alukan kehadiran Tahun Kuda dengan memperkenalkan model edisi khas yang menawan – MINI Countryman S Fiery Stallion Edition. Memancarkan kekuatan, tenaga dan semangat membara zodiak tersebut, model edisi terhad pemasangan tempatan ini direka khas untuk individu yang mengutamakan keberanian serta keaslian dalam setiap perjalanan.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “Sejak dahulu, kuda melambangkan kuasa, kebebasan dan pergerakan ke hadapan, sifat yang seiring dengan semangat MINI. MINI Countryman S Fiery Stallion Edition baharu menzahirkan karakter berani melalui rekaaan kontemporari yang memikat, direka khas untuk pelanggan MINI yang menginginkan sesuatu yang benar-benar tersendiri. Edisi khas ini bukan sekadar penghormatan kepada zodiak; ia juga merupakan ekspresi keyakinan, semangat tinggi dan personaliti – elemen yang menjadikan MINI satu pilihan sarat emosi bagi mereka yang memilihnya.”

Fiery Stallion Edition: Ekspresi Visual Berani Sempena Tahun Kuda Api
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition memperkenalkan gaya baharu yang ekspresif kepada model MINI paling versatil. Diilhamkan daripada simbolisme kuda dalam budaya Cina, varian edisi terhad ini direka untuk pemandu yang mahukan kenderaan mereka mencerminkan tenaga serta keperibadian masing-masing, sambil mengekalkan kepraktisan harian dan pengalaman pemanduan go-kart ikonik MINI Countryman S dengan sentuhan reka bentuk yang tersendiri.

Edisi khas ini menampilkan kemasan luaran berani yang diinspirasikan oleh dunia permotoran, serta diperkemaskan dengan bumbung eksklusif Vibrant Silver yang menghasilkan kontras dinamik namun sofistikated terhadap warna badan kenderaan. Pelekat siluet Kuda Api yang menghiasi sepanjang pintu Malaysia menyerupai nyalaan api yang sedang berlari, melambangkan pergerakan dan tenaga dalam setiap pemanduan, manakala lambang gril khas dengan ikon kuda jantan yang gagah menjadi tumpuan utama di bahagian hadapan. Di bahagian belakang, pelekat penutup tangki bahan api berbentuk ladam kuda menambah sentuhan simbolik tuah dan kuasa, sekali gus menyatukan keseluruhan tema dalam satu pernyataan visual yang padu dan menonjol.

Di bahagian dalaman, perincian teliti menyambut pemandu setiap kali melangkah masuk. Pelapik ambang pintu menampilkan tulisan “Fiery Stallion Edition” beserta nombor 1/18, merujuk kepada angka bertuah “118” yang membawa maksud kemakmuran dan permulaan baharu. Melengkapkan keseluruhan pengalaman ini, anak kunci khas dengan ukiran timbul siluet kuda berapi menjadi simbol bahawa setiap perjalanan bermula dengan sesuatu yang istimewa di tangan.

Bantuan Tepi Jalan MINI.
MINI Countryman S Fiery Stallion Edition baharu dilindungi oleh program Bantuan Tepi Jalan MINI Malaysia selama lima tahun, yang tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu dengan senarai perkhidmatannya yang komprehensif termasuk Bantuan Kemalangan dan Pertolongan 24-Jam, 365 hari setahun melalui panggilan telefon dan bantuan di lokasi, Perkhidmatan Tunda Percuma dan apabila diperlukan (lebih 200KM dari rumah), Kenderaan Ganti, Mobiliti Lancar, Penginapan, Penyelesaian Perkhidmatan Mobiliti dan juga Perkhidmatan Repatriasi. Program Bantuan Tepi Jalan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88 8808.

Waranti Lanjutan MINI & Pakej Servis.
Menegaskan komitmen MINI terhadap kualiti dan kepuasan pemandu adalah penawaran waranti standard selama dua tahun, dengan pilihan lanjutan waranti dan servis untuk memberikan kepastian jangka masa panjang dan ketenangan fikiran apabila membeli MINI baharu.
Servis Dalam Talian MINI.
Menjadualkan janji temu servis kini lebih mudah. Program servis dalam talian yang baru membolehkan pelanggan menjadualkan keperluan servis mereka terus dengan Pengedar Sah MINI pilihan melalui https://service.mini.my/

Relax. We Care.
MINI Malaysia menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan kenderaan premium, mentakrif semula pengalaman pemanduan dengan penuh keyakinan dan ketenangan fikiran. Relax. We Care. Mencerminkan semangat BIG LOVE iaitu sebuah janji bahawa, walau apa jua situasi, kami sentiasa di sisi pelanggan.Malaysia Di bawah inisiatif Relax, We Care., pendekatan menyeluruh 360 darjah terhadap pemilikan MINI disampaikan melalui rangkaian perkhidmatan yang bersepadu.
Bermula dengan Komitmen Servis MINI, yang menawarkan penjagaan pakar, ketelusan, dan ketepatan dalam setiap janji temu melalui Perkhidmatan & Khidmat Pelanggan yang berdedikasi, pelanggan MINI Malaysia turut dilindungi oleh MINI Proactive Care. Perkhidmatan ini menggunakan data sensor masa nyata untuk mengesan potensi kesilapan sesuatu fungsi sebelum ia berlaku dan memberi amaran kepada pemandu melalui aplikasi My MINI atau iDrive. Ciri ini dipertingkatkan lagi dengan MINI ConnectedDrive, yang mengintegrasikan ketersambungan digital terkini dalam setiap produk MINI, membolehkan kemas kini perisian tanpa wayar dan pengurusan kenderaan masa nyata melalui satu paparan pusat.
Selain itu, program Servis & Pembaikan Inklusif MINI (MSRI) memberikan ketenangan fikiran dengan waranti empat tahun tanpa had perbatuan, bersama perlindungan servis selama empat tahun atau 60,000km. Bagi Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), perlindungan servis dilanjutkan kepada enam tahun tanpa had perbatuan, manakala waranti bateri voltan tinggi adalah selama lapan tahun. Dengan Bantuan Tepi Jalan MINI, pelanggan boleh mendapat sokongan kecemasan 24/7 - termasuk tunda, kenderaan ganti, dan penginapan hotel sekiranya berlaku kecemasan yang tidak dijangka. Kempen MINI New Car menggabungkan semua perkhidmatan ini untuk memberikan pengalaman pemilikan yang lancar dan tanpa kebimbangan dari hari pertama - membolehkan pelanggan kekal yakin, terhubung, dan dijaga, tanpa mengira situasi.
































Komen