Mercedes-Benz Malaysia mempersembahkan pratonton eksklusif bagi Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu yang amat dinanti-nantikan.
- Anna Chong

- 3 hari lalu
- 4 min membaca

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu dalam pratonton eksklusif. Kenderaan ikonik ini akan dipamerkan dari 15 hingga 18 Januari 2026 di Stars@Mercedes-Benz Bangsar yang baru dilancarkan, membolehkan pelanggan melihat lebih awal bab seterusnya jenama ini dalam prestasi, reka bentuk, dan teknologi.

“Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Mercedes-Benz, disokong oleh asas pelanggan yang kukuh dan setia serta peranan strategik dalam rantau Asia-Pasifik. Sempena sambutan 140 tahun jenama kami sejak penemuan automotif, kami terus membina warisan sambil membentuk masa depan dengan lebih banyak pengenalan produk tahun ini. Daripada model elektrik baharu hingga kemas kini dalam portfolio prestasi dan premium, Mercedes-Benz CLA serba baharu menjadi cerminan jelas hala tuju Mercedes-Benz — menggabungkan inovasi, reka bentuk, dan kebolehgunaan harian.” Jens Kunath, Naib Presiden Jualan & Perkhidmatan Kewangan, Mercedes-Benz Cars, MBAG.
“Pratonton hari ini bagi Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu menandakan salah satu detik paling mengujakan bagi Mercedes-Benz Malaysia. Ia adalah kenderaan paling pintar kami dan yang pertama daripada generasi baharu yang direka berdasarkan jangkaan pelanggan terhadap prestasi, teknologi, dan reka bentuk. Kami amat gembira dapat mempercepatkan ketibaannya supaya pelanggan kami dapat mengalami kereta luar biasa ini dengan lebih dekat, serta berkongsi detik penting ini sempena sambutan Tahun Baru dan Tahun Baru Cina.” Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia.
“Pengenalan Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu bukan sekadar tentang model baharu, tetapi tentang menawarkan pengalaman yang lebih mendalam dan diperibadikan kepada pelanggan untuk berinteraksi dengan jenama kami. Pratonton eksklusif di Stars@Mercedes-Benz Bangsar ini membolehkan kami membawa inovasi ini lebih dekat kepada pelanggan serta mempamerkan bagaimana jenama kami membentuk masa depan mobiliti mewah di Malaysia.” Nadia Trimmel, Naib Presiden, Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Malaysia.
Pada tahun 2026, Mercedes-Benz menyambut 140 tahun sejak paten kereta pertama berkuasa petrol pada tahun 1886. Sepanjang lebih satu abad, jenama ini terus membentuk mobiliti melalui kecemerlangan kejuruteraan, reka bentuk ikonik, perhatian terhadap perincian, dan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Warisan ini kini memasuki era baharu dengan Mercedes-Benz CLA serba baharu.
Mercedes-Benz CLA serba baharu menawarkan lebih kepada pelanggan dalam setiap dimensi: lebih luas, lebih halus, lebih selesa, lebih pintar, dan lebih cekap berbanding pendahulunya. Ia menandakan permulaan pelancaran produk baharu dan menunjukkan bagaimana jenama ini memajukan mobiliti elektrik, kecerdasan digital, dan reka bentuk untuk generasi akan datang.
Intuitif: Mercedes-Benz paling pintar pernah ada terima kasih kepada Mercedes-Benz Operating System (MB.OS)
Mercedes-Benz CLA serba baharu adalah kenderaan pertama yang sepenuhnya beroperasi menggunakan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS) yang dibangunkan sendiri, menjadikannya Mercedes-Benz paling pintar pernah ada. Sistem baharu yang dipertingkatkan dengan AI ini membolehkan setiap kenderaan dilengkapi dengan superkomputer yang bersambung ke Mercedes-Benz Intelligent Cloud. Ini membolehkan kemas kini over-the-air secara berkala untuk fungsi kenderaan yang paling penting, termasuk sistem bantuan pemanduan buat pertama kali. Dengan itu, Mercedes-Benz CLA serba baharu kekal terkini dan menarik untuk bertahun-tahun akan datang.
Dengan generatif AI, Pembantu Maya MBUX baharu merevolusikan hubungan antara kenderaan dan pemandu. Ia membolehkan dialog kompleks dan berbilang giliran — seperti perbualan dengan seorang rakan — serta mempunyai memori jangka pendek. Berdasarkan ChatGPT4o dan carian melalui Microsoft Bing, ia menyatukan pengetahuan kolektif internet. Terima kasih kepada Google Gemini, pembantu maya ini juga mahir dalam soalan berkaitan navigasi. Ia boleh mengakses maklumat daripada platform Google Maps untuk memberikan jawapan terperinci dan diperibadikan kepada pengguna tentang navigasi, titik menarik, dan banyak lagi. Pembantu Maya MBUX sentiasa hadir pada Zero Layer sebagai avatar “hidup” dalam bentuk bintang Mercedes-Benz. Semasa dialog aktif, ia mengenali emosi dan boleh bertindak balas dengan sewajarnya.
Mudah di jalan raya: Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu adalah “kereta satu liter” untuk era elektrik
Dengan penggunaan yang sangat rendah dan jarak pemanduan yang mengagumkan dalam segmen ini, Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu membawa mobiliti elektrik dalam kehidupan seharian ke tahap baharu. Ia mencapai penggunaan serendah 12.2 kWh/100 km dan jarak pemanduan sehingga 792 km mengikut WLTP. Sistem 800-volt membolehkan masa pengecasan dikurangkan dengan ketara apabila digabungkan dengan generasi bateri baharu. Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu boleh dicas semula untuk jarak sehingga 325 kilomet dalam masa sepuluh minit.

Menawan: Ekspresi Emosi Kuasa Atletik
Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu memukau dengan gabungan menarik antara kecerdasan dan emosi, mentakrif semula daya tarikan. Jarak roda yang panjang, overhang pendek, dan bahagian belakang GT yang berkuasa merupakan ekspresi emosi kuasa atletik. Proporasi sporty kereta ini diperteguhkan oleh greenhouse rendah, bonet panjang dengan power domes, dan roda bersaiz besar. Bahu kereta yang berotot dan atletik bermula dari lengkungan roda depan dan melanjut ke bahagian belakang yang berbentuk pahat. Bahasa reka bentuk yang jelas menekankan permukaan yang dipahat dengan garis yang minima dan sambungan yang tepat. Garisan karakter yang menonjol di sisi mencipta permainan cahaya dan bayang yang menarik apabila dilihat dari sisi.
Gril berbentuk A yang ikonik dan sporty telah ditafsir semula untuk era elektrik. Panel bintang tanpa sambungan yang inovatif ini diterangi sepenuhnya buat pertama kali pada kenderaan produksi Mercedes-Benz. Sebanyak 142 bintang LED kesan krom yang dianimasikan secara individu mencipta tandatangan jenama yang unik.

Ia juga dilengkapi dengan bumbung panoramik yang luas. Bumbung kaca satu keping ini tidak mempunyai penyokong tengah dan memanjang dengan lancar dari bingkai cermin hadapan hingga ke bahagian belakang. Ia menawarkan pengalaman dalaman baharu dengan pandangan ke atas yang hampir tidak terhalang.
Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu adalah Mercedes-Benz moden pertama yang dilengkapi dengan frunk (ruang simpanan depan) yang menawarkan 101 liter ruang tambahan. Di bahagian belakang, ia menyediakan ruang bagasi dengan kapasiti 405 liter.
Mercedes-Benz CLA 250+ serba baharu dengan Teknologi EQ kini dibuka untuk pra-tempahan melalui laman web kami di www.mercedes-benz.com.my/cla-electric dan harga dianggarkan bermula dari RM 295,888 (termasuk 10% Cukai Jualan) untuk Semenanjung Malaysia. Harga adalah atas jalan, tanpa insurans.






























































Komen