Chery Malaysia Memperluas Barisan Model TIGGO 8
- Anna Chong

- 19 Jan
- 3 min membaca

Chery Malaysia telah memperkenalkan varian baharu dalam siri TIGGO 8, menggabungkan gaya, praktikaliti, dan nilai dalam rangkaian SUV yang semakin berkembang daripada jenama automotif ini.
TIGGO 8 tujuh-tempat duduk yang baharu ini menyertai keluarga TIGGO yang semakin berkembang dan akan menjadi pilihan lebih mampu milik berbanding model unggulan Chery, TIGGO 8 PRO dan TIGGO 8 PHEV Chery Super Hybrid.
“Susulan permintaan yang memberangsangkan untuk siri TIGGO 8 dan maklum balas yang kami terima daripada pelanggan di Malaysia, kami melihat peluang untuk menambah baik barisan ini dengan varian baharu yang sesuai untuk pelanggan yang mahukan kenderaan dengan ruang luas dan nilai keseluruhan yang tinggi,” kata Lee Wen Hsiang, Naib Presiden Chery Malaysia.

Prestasi yang Memberi Kepuasan
Di bawah hud, TIGGO 8 dilengkapi enjin 1.6 liter Turbocharged Gasoline Direct Injection (TGDi) yang dipadankan dengan 7-Speed Dual-Clutch Transmission (DCT), menghasilkan 197 PS (145 kW) dan tork 290 Nm. Kombinasi ini memastikan pecutan yang mantap, pemanduan lancar di lebuh raya, serta kemampuan memotong kenderaan lain dengan yakin apabila diperlukan.
Kecekapan bahan api kekal menjadi salah satu keistimewaan utama, dengan penggunaan sekitar 7.0 L/100km, memberikan keseimbangan yang baik antara prestasi dan praktikaliti untuk pemanduan harian. Sama ada anda menavigasi jalan bandar, pergi ke tempat kerja, atau memandu jarak jauh balik kampung pada musim perayaan ini, TIGGO 8 menawarkan keselesaan dan keyakinan di setiap kilometer.
TIGGO 8 mempunyai panjang 4,772 mm dan lebar 1,860 mm, dengan jarak roda (wheelbase) 2,710 mm yang menyumbang kepada pemanduan yang stabil dan selesa.
Dengan berat kenderaan 1,590 kg dan kapasiti but sehingga 1,930 liter, SUV ini dengan mudah menampung belian hujung minggu anda atau memuatkan beg golf untuk bermain di padang. Pintu but kuasa (power tailgate) juga memudahkan proses memuat dan memunggah barangan dengan cepat dan mudah hanya dengan satu sentuhan.
Keselesaan & Kemudahan Premium
TIGGO 8 direka untuk menjadikan setiap perjalanan lancar dan menyeronokkan. Di dalam kabin, sistem pendingin hawa automatik dua zon memastikan keselesaan yang diperibadikan untuk pemandu dan penumpang, manakala bumbung suria kuasa (power sunroof) dengan peneduh matahari terbina membawa cahaya semula jadi dan suasana terbuka.
Untuk pengalaman audio yang mendalam, sistem bunyi premium Sony menyampaikan muzik melalui 8 pembesar suara, menjadikan setiap pemanduan seperti konsert bergerak. Sementara itu, Apple CarPlay dan Android Auto membolehkan pemandu mengawal navigasi, muzik, dan komunikasi tanpa terganggu.
TIGGO 8 dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 12.3 inci dan kluster meter digital berasingan bersaiz 10.25 inci, meningkatkan keterlihatan pada setiap pemanduan.
Keselamatan Tanpa Kompromi Setiap Hari
Keselamatan menjadi teras reka bentuk TIGGO 8. Struktur kukuhnya menggunakan 74% keluli berkuat tinggi untuk perlindungan yang unggul, berserta enam beg udara bagi melindungi setiap penumpang.
TIGGO 8 ditawarkan dengan ciri-ciri Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang sedia memberikan sokongan pada saat-saat yang paling penting.
Ciri-ciri utama ADAS seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Rear Collision Warning (RCW), Door Open Warning (DOW), Forward Collision Warning (FCW), Lane Departure Warning (LDW), Blind Spot Detection (BSD), Adaptive Cruise Control (ACC), Intelligent High Beam Control (IHC), dan Distance Warning System (DWS) beroperasi secara pintar di latar belakang untuk membantu pemandu menjangka dan mengelak bahaya jalan yang biasa. Sementara itu, Kamera Panoramik 360° meningkatkan keterlihatan dalam ruang sempit.
“TIGGO 8 menawarkan prestasi terbaik dalam kelasnya serta ciri keselamatan canggih, dan kami yakin ia akan terus mencerminkan kualiti dan praktikaliti yang menjadi identiti siri TIGGO,” kata Lee.
Warna dan Pakej
TIGGO 8 | |
Pakej Pelancaran (Jumlah nilai pakej: RM13,700) |
|
Warna | Dark Black Khaki White |
Harga | RM129,800 (WM) / RM 132,500 (EM) |
*Tertakluk pada Terma dan Syarat
TIGGO 8 akan mula ditawarkan di semua bilik pameran Chery di seluruh negara bermula 24 Januari 2026.






























Komen