BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW M 1000 R Competition Baharu.
- Anna Chong

- 14 Nov
- 4 min membaca

Selepas pelancaran BMW M 1000 RR Competition Baharu baru-baru ini, BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan penawaran Hyper Naked yang tidak kurang hebatnya iaitu BMW M 1000 R Competition Baharu. Dilahirkan dari litar perlumbaan dan direka untuk penguasaan jalan raya, BMW M 1000 R Competition Baharu membawa prestasi sebenar motosikal berkuasa besar dalam gaya rekaan minimalis, menawarkan penunggang Malaysia sebuah jentera yang menggabungkan DNA sukan permotoran dengan gaya dan keagresifan harian.
Benjamin Nagel, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, berkata, “BMW M 1000 RR Competition Baharu merupakan lambang prestasi sukan permotoran berkuasa tinggi dalam bentuk dua roda. Hari ini, BMW Motorrad Malaysia berasa teruja berpeluang meneruskan momentum ini dengan memperkenalkan BMW M 1000 R Competition Baharu – sebuah motosikal yang mengekalkan DNA perlumbaan yang sama hebat ke dalam gaya Hyper Naked, memberikan pengalaman tunggangan penuh adrenalin di jalan raya. Motosikal berkuasa besar baharu ini adalah bukti komitmen kami untuk menggabungkan prestasi sukan permotoran dengan kemudahan kegunaan harian, sekali gus menawarkan penunggang Malaysia keseimbangan sempurna antara adrenalin dan kepelbagaian.”
BMW M 1000 R Competition Baharu direka khusus untuk mereka yang menginginkan prestasi setaraf motosikal berkuasa besar, namun dengan kelincahan dan gaya yang sesuai untuk kegunaan harian di jalan raya. Model ini menampilkan DNA sukan permotoran dalam bentuk yang asli dan dan tidak dikompromi, menggabungkan kuasa, ketepatan serta kehadiran yang tiada tandingan dalam segmen Hyper Naked.
DNA Motosikal Berkuasa Besar, Gaya Hyper Naked.

Dilahirkan dari litar perlumbaan dan dibangunkan untuk penguasaan jalan raya, BMW M 1000 R Competition Baharu menggabungkan prestasi tulen dengan gaya motosikal agresif. Model ini hadir dengan lampu hadapan LED dwi-aliran yang menarik perhatian, bersama logo M yang jelas terpapar pada saluran udara – memberikan pencahayaan yang lebih baik serta penampilan sisi hadapan yang tersendiri. Rangka belakang dan lengan ayun menampilkan kemasan Platinum Grey metalik, manakala sayap kecil, penutup klac dan penutup penjana berwarna hitam menyerlahkan lagi rekaan agresif yang diinspirasikan daripada dunia sukan permotoran. Dengan gabungan kuasa berasaskan motosikal berkuasa besar, kelincahan teknologi terkini, dan gaya Hyper Naked yang mengancam, BMW M 1000 R Competition Baharu menetapkan standard baharu dalam kelasnya – menawarkan penunggang di Malaysia kemuncak prestasi, ketepatan serta kehadiran di jalan raya yang tiada tandingan.
Daripada aspek mekanikal, BMW M 1000 R Competition Baharu dilengkapi dengan enjin empat silinder sebaris 999cc yang dibangunkan berasaskan teknologi perlumbaan, sama seperti model RR. Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 154 kW (210 hp) pada 13,750 rpm dan tork 113 Nm pada 11,000 rpm. Motosikal ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 250 km/j, sambil tetap mematuhi standard pelepasan Euro 5+. Ini menjadikannya antara motosikal Hyper Naked paling berkuasa dan berprestasi tinggi dalam segmennya di pasaran.

Prestasi kawalan dipertingkatkan dengan pendikit M lejang pendek yang menawarkan sudut putaran 58 darjah untuk respons pendikit yang sangat pantas, ideal untuk pengendalian di selekoh tajam atau pecutan pantas di laluan lurus. Sistem Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) turut ditala semula bagi memberikan prestasi setaraf model RR, khususnya dalam mod Race, bagi memastikan kawalan cengkaman yang lebih halus serta meningkatkan keyakinan penunggang ketika berada di had kelajuan maksimum.
Sebagai standard, BMW M 1000 R Competition Baharu dilengkapi dengan rangkaian spesifikasi berprestasi tinggi termasuk Riding Modes Pro – menawarkan mod Rain, Road, Dynamic, Race, Race Pro 1, Race Pro 2 dan Race Pro 3. Setiap mod boleh dilaras untuk respons pendikit, brek enjin, kawalan cengkaman, kawalan angkatan roda hadapan dan ABS. Kelengkapan standard lain termasuk Kawalan Tunggangan, Bantuan Penukaran Gear Pro, animasi permulaan M, kit casis M, bateri ringan M, brek M, ekzos titanium M, tempat duduk M, serta sistem penggera anti-kecurian – memberikan keselesaan, praktikaliti dan prestasi yang diselaraskan dengan sempurna.
BMW M 1000 R Competition Baharu turut ditawarkan dalam varian eksklusif M Competition dengan warna Blackstorm metalik M Motorsport, memberikan peningkatan ketara melalui pakej penuh M Competition. Pakej komprehensif ini merangkumi M Carbon Package, yang terdiri daripada komponen karbon kemasan matte termasuk penutup roda hadapan dan belakang, penutup tangki karbon dalam warna biru dan merah, penutup kotak udara karbon, penghadang hadapan karbon dengan penghadang rantai bersepadu serta penghadang belakang karbon, penutup gegancu karbon, pelindung angin karbon, panel sisi karbon dan penutup tempat duduk penumpang karbon.
M Billet Pack pula menambah peningkatan komponen yang dimesin dengan ketepatan CNC pada sistem perehat kaki untuk memberikan lebih banyak pelarasan serta ergonomik yang lebih dinamik. Melengkapkan spesifikasi M Competition adalah Rim Karbon M, Sayap Karbon M, Rantai Ketahanan M, Kit Penumpang M, dan Perekod Pusingan GPS M yang menawarkan prestasi bertaraf litar dengan kesesuaian untuk kegunaan di jalan raya. Keunggulan sukan permotornya turut diserlahkan melalui lengan ayun belakang beranod dan tangki bahan api hitam – memberikan BMW M 1000 R Competition Baharu penampilan agresif yang menyerlah baik di jalan raya mahupun di litar.
Servis Kewangan.


Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan BMW M 1000 R Competition Baharu bermula daripada RM 3,068.00 sebulan (berdasarkan anggaran Pembiayaan Straight Line dengan pinjaman 90 peratus bagi tempoh tujuh tahun). Pemilik juga boleh menikmati manfaat tambahan menerusi Program Minyak Enjin Premium Terkemuka dalam Industri, Servis Inklusif, dan Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Harga jualan (atas jalan, termasuk Program Waranti Tiga Tahun dan Program Bantuan Tepi Jalan 3 Tahun yang baharu oleh BMW Motorrad Malaysia, tanpa insurans) bagi BMW M 1000 R Competition Baharu adalah:
BMW M 1000 R Competition Baharu – RM 219,500.00




















Komen