BYD Sime Motors Raikan Tiga Mercu Jaya dengan Pelancaran BYD SEAL Baharu, Pengeluaran CKD Dalam Negara dan Pembukaan Bilik Pameran BYD Terbesar di Malaysia
- Anna Chong
- 3 hari lalu
- 4 min membaca

BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, telah meraikan tiga mercu jaya penting hari ini dalam mengukuhkan komitmennya kepada negara: rancangan BYD Malaysia untuk menubuhkan kilang pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia satu langkah strategik untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih mudah diakses, berdaya saing dan mampu milik bagi pelanggan di Malaysia. Pada masa yang sama, BYD Sime Motors turut melancarkan BYD SEAL Baharu dan, bersama-sama Wing Hin Ventures, merasmikan pusat 3S BYD terbesar di Malaysia yang terletak di Balakong.

Pembangunan Strategik - Kilang CKD BYD di Malaysia
Di majlis tersebut, BYD Malaysia juga telah mengesahkan rancangan untuk membina kilang pemasangan CKD baharu di Tanjung Malim, Perak meliputi kawasan seluas 600,000 meter persegi, yang dijangka mula mengeluarkan kenderaan pada 2026. Pelaburan ini menekankan strategi jangka panjang BYD untuk mengukuhkan kedudukannya di Malaysia dan meluaskan bekalan EV kepada pelanggan tempatan.



Liu Xueliang, Pengurus Besar, Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD berkata, "Malaysia terus merupakan salah satu pasaran paling penting BYD di Asia Tenggara, dan dua pengumuman mengenai kilang CKD dan BYD SEAL baharu membuka lembaran baharu dalam perjalanan kami di sini. Berkat sokongan kukuh Sime Motors, kami yakin dapat mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia dan membawakan teknologi EV bertaraf dunia lebih dekat kepada pelanggan. Komitmen ini bukan sahaja bertujuan membekalkan produk inovatif tetapi juga melabur dalam masa depan ekosistem EV Malaysia - daripada pemasangan tempatan, kepada pembangunan bakat dan daya pengangkutan elektrik. Bersama-sama, kami berharap untuk mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah pengangkutan masa depan yang lebih hijau dan lebih pintar, dengan BYD berperanan sebagai rakan kerjasama jangka panjang bagi negara ini."

BYD SEAL Baharu - Keunggulan Gaya dan Prestasi
Sempena dengan pengumuman penting ini, BYD Sime Motors telah memperkenalkan BYD SEAL Baharu, sekali gus menetapkan penanda aras lebih tinggi dari segi prestasi, keselesaan dan teknologi. Disediakan dalam dua versi Premium dan Performance, BYD SEAL baharu dibina berasaskan kejayaan model terdahulu dengan penambahbaikan rapi yang direka suai untuk memberikan pengalaman memandu yang lebih bermakna.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata: "Pelancaran hari ini dibina berteraskan kejayaan BYD SEAL, yang merupakan sedan elektrik paling laris Malaysia pada 2024. Menerusi model yang dinaik taraf ini, kami yakin akan terus menarik minat pelbagai pelanggan Malaysia dengan lebih meluas, dengan ciri-cirinya yang ditambah baik. Berserta rancangan pengeluaran CKD, usaha ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai jenama BEV No.1 di Malaysia. Disokong oleh komitmen perkhidmatan lepas jualan yang kukuh dan peluasan rangkaian cawangan kami yang pantas di seluruh negara, kami terus bertekad untuk memacu pertumbuhan e-pengangkutan di seluruh Malaysia. Buat masa ini, kami mempunyai 36 cawangan BYD dan akan bertambah lagi."
Sorotan Produk - BYD SEAL Baharu
BYD SEAL serba baharu lebih unggul dengan penambahbaikan reka bentuk, keselesaan dan teknologi yang terus mencerminkan cogan katanya, 'SEAL THE SPEED', (PECUTAN SEAL) dengan kadar pecutan dan jarak perjalanan hebat sambil memperkenalkan pelbagai ciri baharu yang bermanfaat.
Prestasi & Jarak Perjalanan
Varian Prestasi: Memecut 0-100 km/j dalam masa hanya 3.8 saat, menjadikannya salah satu sedan elektrik terpantas dalam segmennya.
Varian Premium: Mencatatkan jarak perjalanan sehingga 650 km NEDC, keupayaan jarak jauh yang unggul.
Suspensi Canggih
Varian Prestasi: Dilengkapi dengan Sistem Kawalan Badan Peredaman Pintar DiSus-C, yang lazimnya digunakan dalam kenderaan mewah, untuk keyakinan pengendalian dan pemanduan yang unggul.
Varian Premium: Menyediakan penyerap hentakan Peredaman Frekuensi Terpilih (FSD) untuk keselesaan dan kawalan seimbang.

Penambahbaikan Reka Bentuk & Ciri
Tirai suria kuasa elektrik untuk bumbung matahari panaromik.
Akses tanpa kunci yang menyenangkan (Kunci Digital NFC BYD dan Kunci Bluetooth)
Pemegang kaca mata
Rim aloi 19 inci reka bentuk baharu (kedua-dua pilihan)
Pilihan Warna Luar
Aurora White (Putih Aurora), Atlantis Grey (Kelabu Atlantis), Cosmos Black (Hitam Kosmo), dan Shark Grey (Kelabu Jerung - baharu)
Harga: Bermula daripada RM171,800 (Premium) dan RM191,800 (Performance)
Pakej Pelancaran Eksklusif SEAL THE DEAL:
Sempena pelancaran ini, seramai 300 pelanggan pertama BYD SEAL baharu akan berpeluang untuk menikmati pakej promosi pelancaran bernilai sehingga RM10,888, termasuk pengecas dinding percuma, pakej servis dan rebat pelancaran istimewa.

Meluaskan Jejak Seluruh Negara
BYD Sime Motors telah mengukuhkan rangkaian seluruh negara dengan pembukaan Pusat 3S BYD Balakong oleh Wing Hin Ventures Sdn Bhd menjadikan jumlah keseluruhan kini 36 pusat di seluruh Malaysia. Sebagai Pusat 3S terbesar BYD di negara ini, bangunan tiga tingkat seluas 3,360 m ini menempatkan dua tingkat bilik pameran kenderaan, 10 medan servis, satu tingkat ruang pejabat, serta kawasan khidmat lepas jualan seluas 1,514 ㎡. Pusat ini menawarkan pengalaman 3S yang menyeluruh dan premium, mencerminkan komitmen BYD terhadap kecemerlangan dan kepuasan pelanggan.
Comments