top of page

Chery Malaysia Perkenalkan Tawaran Prosperity Sempena Tahun Baharu

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 9 Jan
  • 2 min membaca
Chery Malaysia

Chery Malaysia melangkah ke tahun 2026 dengan tawaran eksklusif, membawa kegembiraan, tuah dan penjimatan kepada pengguna di Malaysia. Dengan sambutan Tahun Baru Cina yang semakin hampir, inilah masa terbaik untuk meraikan semangat permulaan baharu dengan penuh keyakinan bersama warna merah!

Pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM16,888 untuk pelbagai model kenderaan Chery, menjadikan inovasi premium dan keselamatan canggih lebih mudah diakses.

 

Chery Malaysia

Chery Malaysia

Model utama TIGGO 8 PRO, terkenal dengan kuasa, kemewahan dan keselesaan premium, kini hadir dengan rebat sehingga RM16,888. Model terlaris Chery, TIGGO CROSS (HEV) dan TIGGO CROSS Turbo, dengan kepelbagaian dan prestasi bandar pintar, ditawarkan dengan rebat sehingga RM6,888.


Model terlaris Chery, TIGGO 7 PRO, kini ditawarkan dengan penjimatan RM11,888. Sementara itu, siri PHEV iaitu TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV, yang menawarkan prestasi elektrik dan kecekapan bahan api yang luar biasa di jalan raya Malaysia, kini hadir dengan rebat RM6,888, menjadikannya antara SUV PHEV paling menarik di pasaran.


Untuk menjadikan Tahun Baru ini lebih istimewa, pelanggan yang memilih membeli kenderaan Chery berwarna merah untuk model terpilih akan menikmati rebat tambahan RM1,000, meraikan warna yang melambangkan tuah dan kebahagiaan.  


Chery Malaysia

MODEL KENDERAAN

REBAT TAHUN BARU

HARGA RUNCIT

TIGGO 7 PHEV

RM 6888

(tambahan RM1000 untuk warna merah)

 

RM129,800 (SM)

TIGGO 8 PHEV

RM 6888

RM159,800 (SM)

TIGGO CROSS (HEV)

RM 6888

RM99,800 (SM)

TIGGO CROSS (Turbo)

RM 6888  

(tambahan RM1000 untuk warna merah)

 

RM88,800 (SM)

TIGGO 7 PRO

RM 11,888

RM123,800 (SM)

TIGGO 8 PRO

RM 16,888

RM159,800 (SM)

* Rebat hanya ditawarkan untuk kenderaan YOM2025


Chery Malaysia akan terus menawarkan jaminan bateri percuma sehingga 10 tahun atau 200,000 KM untuk semua model PHEV. Perlindungan lanjutan bernilai RM3,000 ini merangkumi pek bateri, motor kuasa dan unit kawalan, dan terpakai untuk pembelian baharu serta pemilik sedia ada TIGGO 7 PHEV dan TIGGO 8 PHEV.

Promosi Tahun Baru TawaranProperityini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page