DENZA B8 Membawa Dimensi Baharu Dalam Segmen SUV Off-Road Mewah
- Anna Chong

- 5 hari lalu
- 3 min membaca

Kemasukan DENZA Malaysia ke dalam segmen SUV off-road mewah menandakan satu dimensi baharu dalam mobiliti elektrik premium. Sebagai model plug-in hybrid pertama DENZA di Malaysia, DENZA B8 dibangunkan berasaskan tiga teras utama yang membentuk pengalaman sebuah SUV moden dari dalam ke luar iaitu platform DMO (Dual Mode Off-Road) Super Hybrid, sistem suspensi pintar DiSus-P Intelligent Hydraulic Body Control, serta pengalaman kabin premium yang mengutamakan keselesaan dan kemewahan.
DENZA B8 menyatukan prestasi, teknologi dan keselesaan dalam satu pengalaman pemanduan yang lebih menyeluruh serta dibangunkan untuk kegunaan dunia sebenar sama ada di jalan bandar mahupun permukaan lebih mencabar.

Prestasi Elektrifikasi Untuk Pemanduan Sebenar Menerusi DMO
Di teras DENZA B8 ialah platform DMO (Dual Mode Off-Road) Super Hybrid yang dibangunkan oleh BYD, menggabungkan enjin turbo 2.0 liter bersama dua motor elektrik serta teknologi Blade Battery.
Tidak seperti sistem hibrid biasa yang lebih memfokuskan kepada kecekapan dalam bandar, DMO dibangunkan dengan keupayaan off-road sebenar dan prestasi perjalanan jarak jauh sebagai keutamaan yang seimbang. Pada DENZA B8, sistem ini menghasilkan sehingga 450 kW dan 760 Nm, memberikan respons kuasa elektrik yang pantas bersama prestasi berkelajuan tinggi yang konsisten sambil mengoptimumkan penggunaan bahan api dalam pelbagai keadaan pemanduan.
Dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 115 km serta jarak gabungan sehingga 1,040 km berdasarkan NEDC, DENZA B8 direka untuk memenuhi keperluan harian, perjalanan jauh mahupun eksplorasi off-road. Mod operasi seperti Pure EV, HEV Series dan Parallel Mode pula berfungsi secara pintar di belakang tabir dengan melaraskan penghantaran kuasa mengikut situasi pemanduan.

Lebih penting, kekuatan DMO bukan sekadar pada angka prestasi. Keistimewaannya terletak pada bagaimana kuasa, cengkaman, keseimbangan dan kecekapan bahan api diuruskan sebagai satu sistem lengkap. Integrasi dwi-motor membantu meningkatkan kawalan di permukaan tidak rata sambil mengekalkan tahap keselesaan dan kemewahan yang dijangka daripada sebuah SUV premium.
DMO tidak dibangunkan sebagai sistem elektrifikasi yang sekadar disesuaikan untuk SUV off-road, sebaliknya direka sebagai satu seni bina menyeluruh di mana keupayaan, kecekapan dan keselesaan bergerak seiring secara semula jadi.
Kawalan Casis Pintar Yang Mentakrifkan Semula Pengendalian Dengan DiSus-P
Selain sistem kuasa, DENZA B8 turut dilengkapi sistem suspensi DiSus-P Intelligent Hydraulic Body Control yang direka untuk menyesuaikan diri secara berterusan mengikut perubahan permukaan jalan dan keadaan pemanduan dalam masa nyata.

Sistem ini bertindak balas secara aktif terhadap permukaan tidak sekata, perubahan arah yang pantas dan pelbagai situasi pemanduan dengan mengawal pergerakan badan serta karakter suspensi secara dinamik. Berbanding mod pemanduan tetap, DiSus-P sentiasa melaras mengikut kelajuan, keadaan permukaan dan dinamik kenderaan bagi membantu mengekalkan kestabilan dan keselesaan dengan gangguan minimum di dalam kabin.
Bekerja seiring dengan sistem trenkuasa dan agihan tork, talaan casis DENZA B8 memberikan keyakinan sama ada ketika pemanduan dalam persekitaran bandar mahupun laluan lasak. Lebih daripada sekadar sistem off-road, DiSus-P merupakan antara elemen penting yang membentuk karakter premium DENZA B8 menerusi pengalaman pemanduan yang lebih lancar, stabil dan keselesaan yang meningkatkan pengalaman pemanduan harian mahupun dalam keadaan mencabar.

Pengalaman Premium Dari Luar Hingga Ke Dalam
DENZA B8 menggabungkan identiti luaran yang berani dengan suasana dalaman yang tenang dan mewah, menampilkan keseimbangan antara karakter lasak dan kemewahan moden.Bahasa reka bentuk berinspirasikan ‘Starship Mecha’ memberikan kehadiran jalanan yang cukup dominan, diserlahkan menerusi grafik lampu siang LED ‘Starship Wing’ serta lampu belakang diinspirasikan daripada ‘Energy Thruster’, menonjolkan citi-ciri yang tegap serta perincian futuristik yang mencerminkan kemampuan dan keyakinan.
Di bahagian dalaman pula, fokus diberikan kepada keselesaan, kemasan premium dan pengalaman pemanduan yang intuitif. Kabin direka mengutamakan pemandu dengan posisi tempat duduk tinggi dan yakin, kemasan kulit Nappa[1] serta susun atur yang memudahkan penggunaan harian. Hasilnya ialah ruang yang terasa lebih tenang, selesa dan terkawal walaupun keadaan di luar berubah-ubah.

Sistem audio premium Devialet® 18 pembesar suara yang didatangkan standard untuk keseluruhan varian DENZA B8 turut mempertingkatkan pengalaman dalam kabin dengan bunyi yang lebih mendalam dan imersif, sekali gus melengkapkan pengalaman premium sepanjang perjalanan.
Penanda Aras Baharu Untuk Kejuruteraan SUV Moden
Dari perspektif pelanggan, DENZA B8 dibentuk menerusi tiga teras utama iaitu prestasi DMO Super Hybrid, kecerdasan casis DiSus-P dan pengalaman kabin premium. Ketiga-tiganya bukan sekadar ciri berasingan, tetapi sebahagian daripada pendekatan kejuruteraan menyeluruh di mana setiap sistem bekerja secara harmoni.
Disasarkan kepada generasi baharu pembeli SUV yang lebih tech-forward dan mementingkan pengalaman premium, DENZA B8 direka untuk mereka yang mahukan prestasi, kemampuan dan kemewahan tanpa kompromi. Dibangunkan berasaskan platform elektrifikasi terkini BYD, tahap integrasi antara sistem trenkuasa dan kawalan casis menjadikannya antara SUV paling maju dalam segmennya hari ini serta menetapkan penanda aras baharu untuk mobiliti off-road mewah dalam dunia sebenar.
DENZA B8 akan dipertontonkan kepada umum buat pertama kali dari 22 hingga 24 Mei 2026 di Main Concourse, Ground Floor, Bangsar Shopping Centre dari jam 10 pagi hingga 10 malam.




















Komen