Dongfeng BOX Rasmi Dilancarkan di Malaysia: EV Kompak dengan Harga Bermula RM100,000!
- Panduman

- 22 Nov 2024
- 1 min membaca

Donfeng BOX kini rasmi di Malaysia. Memperkenalkan segmen kompak mini EV yang menggabungkan inovasi, keselesaan dan prestasi. Dengan harga Dongfeng BOX E2 pada RM100,000 dan Dongfeng BOX E3 pada RM113,000 masing-masing adalah RRP yang disyorkan.
Dongfeng BOX menawarkan jarak pemanduan sehingga 430 km (varian E3), dengan pengecasan pantas DC dari 30-80% dalam 30 minit. Dengan kuasa 95 PS (70 kW), EV kompak ini memberikan pemanduan lancar dan prestasi tinggi.
Ia juga dilengkapi dengan ciri mesra pengguna seperti pemegang pintu tersembunyi dan skrin infotainmen 13 inci. Direka untuk keluarga moden dan kegunaan komersial, Dongfeng BOX tersedia dalam warna menarik seperti Putih, Ungu, Hijau dan Biru.
Sebagai sambutan pelancaran, pelanggan yang menempah awal akan menikmati keistimewaan bernilai lebih RM5,000, termasuk unit pengecas mudah alih, ruang simpanan kabin percuma dan pilihan antara kredit pengecasan 1 tahun, pengecas dinding rumah atau servis penyelenggaraan.
























































Komen