top of page

GWM Malaysia Catat Peningkatan Jualan Agresif 331% Pada 2024, Sedia Dominasi Pasaran 2025

  • Writer: Panduman
    Panduman
  • 10 Jan
  • 3 min membaca
GWM Haval H6 HEV
Sumber: GWM Malaysia

Great Wall Motor (GWM) Malaysia meraikan rekod jualan agresif pada 2024 dengan pertumbuhan tahunan mengagumkan sebanyak 331%. Pencapaian hebat ini membuktikan keyakinan dan kepercayaan pengguna Malaysia terhadap kenderaan berinovatif dan berkualiti tinggi GWM. Jualan di Malaysia secara amnya telah memainkan peranan signifikan dalam kejayaan menyeluruh GWM di peringkat global.


Malaysia: Pasaran yang Giat Berkembang

Lonjakan dalam pertumbuhan jualan GWM Malaysia dipacu oleh peningkatan permintaan terhadap

kenderaan berprestasi tinggi bersesuaian dengan kehendak pengguna tempatan.


Pengenalan model baharu termasuk kenderaan elektrik coupe GWM ORA 07, SUV ‘off-road’ GWM TANK 300, dan SUV hibrid bersaiz sederhana GWM HAVAL H6 HEV telah menjadi penyumbang terbesar kepada kejayaan ini. GWM HAVAL H6 HEV terutamanya telah mencapai 1,500 tempahan dalam tempoh hanya sebulan sejak pelancaran. SUV berorientasikan keluarga ini melambangkan komitmen GWM terhadap kecekapan dan keselesaan pemanduan jarak jauh.


“Pengguna di Malaysia ternyata mengutamakan nilai inovasi, kualiti, dan kepercayaan. Ini adalah tanggungjawab dan komitmen yang diberi keutamaan oleh GWM dalam menawarkan produk dan perkhidmatan di luar jangkaan mereka,” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.


Kejayaan ini turut mencerminkan landskap pengguna masa kini yang mengutamakan kenderaan berteknologi tinggi yang boleh dipercayai, serta disokong oleh perkhidmatan selepas jualan

komprehensif dan pakej jaminan tiada tandingan. Fokus GWM Malaysia terhadap nilai dan inovasi telah

mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama unggul yang progresif dalam industri automotif Malaysia.


Melakar Kejayaan di Peringkat Global

Great Wall Motor mencatatkan pencapaian jualan global yang cemerlang pada 2024 dengan jumlah

keseluruhan kenderaan terjual sebanyak 1.23 juta unit, menyumbang kepada rekod jualan kumulatif

sebanyak 14.9 juta unit. Kepimpinan dan kewibawaan syarikat ini dalam sektor kenderaan tenaga baharu (NEV) terbukti dengan penghantaran sebanyak 321,795 unit, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 22.82%. Jualan luar negara juga merekodkan peningkatan sebanyak 43.39% kepada 453,141 unit. Kejayaan ini menyerlahkan penguasaan jenama GWM yang terus berkembang di pasaran global.


Prospek 2025: Kecemerlangan Jenama dan Inovasi

Komitmen GWM Malaysia terhadap kecemerlangan dan inovasi kekal menjadi keutamaan syarikat ini

pada masa hadapan.


Dengan momentum kukuh yang dibina daripada kejayaan 2024, GWM kini sedia untuk memperkenalkan model-model baharu pada 2025 yang memenuhi keutamaan pelanggan melalui reka bentuk terkini dan teknologi serba canggih. GWM Malaysia juga menyasarkan untuk membina hubungan yang lebih inklusif dengan pelanggannya. Dengan meningkatkan inisiatif penglibatan pelanggan serta memperkukuh kualiti

perkhidmatan selepas jualan, syarikat ini sentiasa fokus untuk menawarkan pengalaman pemilikan unggul kepada komunitinya yang terus berkembang.


“Kami amat teruja untuk terus menyumbang kepada landskap automotif Malaysia dan menyokong

peralihan negara ke arah mobiliti yang lebih mampan. Misi kami di GWM Malaysia kekal untuk menawarkan hanya yang terbaik kepada rakyat Malaysia. Dengan dedikasi dan mutu keunggulan, kami akan memastikan setiap pengalaman pelanggan mencerminkan komitmen kami terhadap kualiti dan inovasi. Bergerak ke hadapan, kami berdedikasi untuk menawarkan pilihan unggul, pengalaman pemanduan yang mengagumkan, serta terus memainkan peranan signifikan dalam membentuk masa depan mobiliti” kata Cui Anqi, Pengarah Urusan GWM Malaysia.


Sambutan Tahun Baharu dengan Promosi Eksklusif

Bermula Januari 2025, GWM Malaysia membuka tirai tahun baharu dengan memperluaskan akses pelanggan kepada pemilikan kenderaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina melalui promosi "Drive Into Prosperity". Kempen eksklusif ini menawarkan para pelanggan peluang untuk meraikan musim perayaan dengan manfaat istimewa, termasuk ganjaran had perjalanan 10,000 km secara percuma dengan setiap pembelian GWM HAVAL H6 HEV*. Direka untuk menginspirasi perjalanan baharu,

promosi ini mengukuhkan komitmen GWM dalam menawarkan nilai luar biasa dan mencipta hubungan

bermakna bersama komuniti di Malaysia.

GWM CNY 2025 Promo

Kunjungi pengedar sah GWM berhampiran hari ini untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi ini: https://www.gwm.com.my/Dealer.html


*Tertakluk pada terma dan syarat.


Hozzászólások


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

bottom of page