top of page

Honda Malaysia Perkukuh Kelestarian Operasi Dengan Pemasangan Sistem Tenaga Solar Pertama di Kilang Melaka

Writer: Anna Chong
Anna Chong
24 Jul
2 min membaca
Honda Malaysia Tenaga Solar

Alor Gajah, Melaka – Honda Malaysia secara rasmi memperingati kejayaan menyiapkan inisiatif pemasangan sistem tenaga solar pertamanya di Kilang Melaka, Alor Gajah, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan kelestarian syarikat ke arah mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.


Pelaburan RM14 juta bagi memperkukuh komitmen kelestarian

Honda Malaysia melaburkan kira-kira RM14 juta menerusi pendekatan pelaburan sendiri bagi menjayakan projek ini. Pelaburan tersebut mencerminkan komitmen syarikat dalam mengimbangi pertumbuhan perniagaan dengan usaha memelihara alam sekitar, sekali gus mewujudkan nilai jangka panjang kepada pelanggan, komuniti dan generasi akan datang.


Honda Malaysia Tenaga Solar

8,960 panel solar mampu jana 7,042 MWh tenaga setahun

Sistem tenaga solar ini terdiri daripada kira-kira 8,960 panel solar yang dipasang di bumbung Kilang Melaka dengan kapasiti melebihi 5.6 megawatt (MW). Sistem tersebut dijangka menjana sekitar 7,042 megawatt-jam (MWh) tenaga elektrik boleh diperbaharui setiap tahun serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida (CO₂) sebanyak 4,584 tan setahun, bersamaan kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan pelepasan karbon kilang berkenaan.


Honda antara perintis penggunaan BESS dalam sektor industri

Selain sistem Solar PV, Honda Malaysia turut melaksanakan Battery Energy Storage System (BESS) yang berfungsi menyimpan lebihan tenaga solar untuk digunakan semula apabila diperlukan. Sistem ini membantu meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga serta memastikan bekalan elektrik yang lebih stabil bagi operasi kilang.


Honda Malaysia Tenaga Solar

Honda Malaysia turut menyatakan bahawa ia merupakan antara perintis dalam kalangan pengguna elektrik industri di Malaysia yang mengguna pakai sistem BESS, sekali gus menyokong usaha negara ke arah peralihan kepada ekonomi rendah karbon.


Raih pensijilan COSIRI 3.07 bintang

Seiring komitmen terhadap amalan kelestarian, Honda Malaysia turut berjaya memperoleh pensijilan Climate and Sustainability Industry Readiness Index (COSIRI) dengan penarafan 3.07 bintang, sekali gus mencerminkan kekukuhan syarikat dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).


Honda Malaysia Tenaga Solar

Inisiatif kelestarian diperluas ke Bukit Jelutong pada 2027

Komitmen Honda Malaysia terhadap kelestarian bukan sahaja tertumpu kepada operasi pembuatannya, malah turut diterjemahkan melalui pengembangan rangkaian model e yang menawarkan penyelesaian mobiliti lebih cekap dan mesra alam.


Honda Malaysia Tenaga Solar

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkata projek tenaga solar ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kelestarian syarikat.


Beliau turut mengumumkan bahawa Honda Malaysia akan memperluaskan pemasangan sistem tenaga solar ke Gudang Bekalan Alat Ganti di Bukit Jelutong, Shah Alam pada tahun 2027, selain terus bekerjasama dengan rangkaian pengedar Honda yang melaksanakan pelbagai inisiatif mesra alam seperti sistem penuaian air hujan dan pelupusan bateri secara bertanggungjawab.


Penyempurnaan projek ini mengukuhkan komitmen jangka panjang Honda Malaysia terhadap pertumbuhan perniagaan yang mampan, selari dengan visi global Honda untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.

Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page