top of page

Jaya Johan Jadi Pengedar Pertama Di Malaysia Lulus Untuk Proton Sales City Centre

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 7 Okt
  • 2 min membaca

Jaya Johan proton City Centre

Jaya Johan Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Proton yang telah menerima pengiktirafan anugerah dan bernaung di bawah Atiara Johan Group layak terpilih untuk membuka Proton Sales City Centre yang pertama di negara ini.

 

Jaya Johan proton City Centre
Ms Judith Yam, Business Owner, Atiara Johan Group & Mr Zhang Qiang, Deputy CEO of Proton Edar Sdn. Bhd

Proton Sales City Centre ini adalah bilik pameran generasi seterusnya serta hab pengalaman jenama yang direka khusus untuk mempamerkan model-model terkini Proton serta teknologi canggih yang dibangunkan. Lebih daripada sekadar pengedar 1S biasa, pusat ini menawarkan peluang pandu uji bagi setiap model Proton, meneroka sejarah jenama, memahami visi masa depan jenama serta berinteraksi dengan jenama tersebut dalam persekitaran yang mementingkan pelanggan.


Jaya Johan proton City Centre

Menurut Ketua Pegawai Esekutif Kumpulan Atiara Johan, Eric Moo, Proton Sales City Centre ini direka untuk menyediakan ruang yang moden serta profesional kepada pelanggan.


“Proton Sales City Centre merupakan hentian pertama untuk mengalami sendiri barisan kenderaan terkini serta inovasi masa hadapan yang ditawarkan oleh jenama ini. Pengunjung boleh menikmati sajian sambil meneroka apa yang ditawarkan oleh Proton dalam taklimat yang berkesan, serta memanfaatkan promosi pelancaran eksklusif, sokongan trade-in dan pilihan pembiayaan. Lebih daripada sekadar sebuah bilik pameran, pusat jenama ini menghubungkan pelanggan dengan perjalanan Proton serta aspirasinya sebagai sebuah pengeluar kenderaan global,” ujar beliau.


Jaya Johan proton City Centre

Rekod baik yang dimilik oleh Jaya Johan menjadikannya pengedar Proton pertama di Malaysia yang layak untuk pencapaian ini. Pusat 3S Proton kendalian syarikat itu jugo terus menduduki tangga teratas dan menunjukkan prestasi yang baik bagi kedua-dua aspek jualan serta lepas jualan, yang turut menerima pengiktirafan berprestij sebagai Pengedar Lima-Bintang.


Jaya Johan proton City Centre

“Kami mengalu-alukan pelanggan dari jauh dan dekat untuk mengalami sendiri pusat jenama yang baru ini. Setiap kenderaan yang dibeli di sini akan menerima sokongan penuh dari pusat 3S kami, yang terletak di lokasi yang sangat mudah untuk dikunjungi,” tambah beliau.

 

Dengan kemudahan canggih, alat diagnostik maju serta kelengkapan servis menyeluruh, pusat jenama kendalian Jaya Johan ini akan memastikan pelanggan menerima layanan yang komprehensif untuk setiap keperluan kenderaan mereka — dengan memberikan kualiti, keselesaan serta keyakinan yang selayaknya mereka terima.


Jaya Johan proton City Centre

Proton Sales City Centre oleh Jaya Johan ini terletak di D-1-1, Pusat Perdagangan Bandar, Persiaran Jalil 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Waktu operasi hariannya adalah dari 10 pagi - 9 malam. Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, kunjungi pusat ini di lokasi atau hubungi 010-9097239.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page