top of page

Jelajah MISI 5 di Utara Semenanjung Raih Sambutan Hangat daripada Masyarakat untuk Proton e.MAS 5

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 2 minit lalu
  • 2 min membaca

MISI 5 Tour Proton e.MAS 5

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON, telah menutup tirai jelajah MISI 5 bahagian Utara, menerima sambutan meriah daripada komuniti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

 

MISI 5 Tour Proton e.MAS 5

Jelajah yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos lalu memberi rakyat Malaysia peluang pandang pertama Proton e.MAS 5 sebelum pelancaran rasminya pada Oktober ini. Bukan sahaja dipamerkan di bilik pameran, e.MAS 5 turut singgah di lokasi ikonik seperti Pekan Rabu dan Tanjung Dawai di Kedah, Juru Auto City di Pulau Pinang, serta Concubine Lane di Ipoh. Pendekatan ini membolehkan orang ramai merasai sendiri bagaimana EV ini boleh menjadi sebhagian dalam kehidupan harian mereka.



Jelajah Utara Mempamerkan Pelbagai Pengalaman Menarik Bersama Proton e.MAS 5

Salah seorang pemilik Proton e.MAS 7 berkongsi pandangannya selepas meninjau Proton e.MAS 5 di Proton e.MAS Sungai Petani (Mercu Usaha): “Saya beralih kepada Proton e.MAS 7 tahun lalu dan menggunakannya setiap hari untuk bekerja, berulang-alik dari Sungai Petani ke Perlis. Jarak pemanduan tidak pernah menjadi kerisauan bagi saya.”

 

“Sekali pandang, Proton e.MAS 5 nampak sangat comel. Ruang dalamannya pun luas, dengan ruang kaki yang luas untuk tempat duduk belakang. ‘Frunk’-nya juga praktikal, sesuai untuk letak barangan dapur seperti ikan atau ayam masa beli-belah hujung minggu. Saya malah terfikir nak dapatkan Proton e.MAS 5 untuk isteri saya,” tambahnya.



Seorang lagi pelanggan di Proton e.MAS Pulau Pinang, Eleganz Lifestyle, K.P. Siva berkongsi:“Kereta pertama saya ialah Proton Waja, dan yang kedua Proton Persona. Saya benar-benar gembira melihat bagaimana jenama kereta nasional ini berkembang hingga kini menawarkan EV untuk rakyat Malaysia.”

 

Apabila ditanya tentang pendapatnya beralih kepada kereta EV, beliau berkata:“Kehidupan di Utara lebih santai berbanding di Kuala Lumpur, dan saya rasa sebab itu orang di sini melihat EV dengan cara yang sedikit berbeza.”

 


Puan Salawati Yusoff, Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET berkata: “Sambutan di wilayah Utara menunjukkan ramai sebenarnya sudah mengenali Proton e.MAS 5 dan ingin merasainya sendiri, duduk di dalamnya, menilai ruang yang ada, serta membayangkan bagaimana ia sesuai dengan kehidupan seharian mereka.”

 

“Menariknya, perbualan di setiap tempat pun berbeza: di Sungai Petani dan Ipoh, orang ramai lebih banyak bercakap tentang kegunaan praktikal untuk keluarga, manakala di Pulau Pinang pula, topiknya lebih kepada pemanduan dalam bandar dan kemudahan pengecasan. Ini jelas menunjukkan Proton e.MAS 5 juga boleh masuk ke dalam pelbagai gaya hidup masyarakat di Malaysia.”



MISI 5 Diteruskan ke Pantai Timur dari 5–7 September

Jelajah MISI 5 seterusnya akan membawa Proton e.MAS 5 merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sepanjang tiga hari (5 – 7 September), Proton e.MAS 5 akan hadir di bilik pameran pengedar serta lokasi tumpuan, memberi peluang kepada komuniti untuk merasai sendiri kenderaan ini dalam suasana yang dekat dengan kehidupan harian mereka, daripada kunjungan ke pasar pagi hinggalah masa santai di lokasi ikonik tepi pantai.

 

MISI 5 Tour Proton e.MAS 5

Penduduk di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan bakal menyaksikan kehadiran Proton e.MAS 5 di lokasi tumpuan komuniti seperti Pasar Siti Khadijah, Jambatan Angkat di Kuala Terengganu dan pantai Teluk Cempedak.


MISI 5 Tour Proton e.MAS 5

Ikuti perkembangan Jelajah MISI 5 melalui saluran rasmi untuk kemas kini terkini, momen di sebalik tabir dan sorotan menarik dari seluruh Malaysia.

 

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page