top of page

JETOUR Malaysia Memperkenal Dashing Dark Warrior Edisi Terhad

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 8 jam lalu
  • 2 min membaca

 JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad

JETOUR Malaysia memperkenalkan JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad, varian baharu yang tampil dengan kemasan Matte Black serta pelbagai penambahbaikan berfokuskan reka bentuk. Edisi ini menawarkan penampilan yang lebih berani dan menyerlah, sambil mengekalkan prestasi, ciri-ciri serta kepraktisan harian model sedia ada.


Dashing Dark Warrior Edisi Terhad menampilkan kemasan serba hitam pada logo JETOUR di bahagian hadapan dan belakang, lencana Dashing yang turut digelapkan, rim aloi serba hitam serta angkup brek berwarna merah yang memberikan rupa yang lebih menonjol di jalan raya.


Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Encik Fu Yong berkata, “JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad merupakan tambahan yang menarik dalam barisan model kami di Malaysia. Edisi ini menawarkan gaya yang lebih berani dan tersendiri untuk pemandu yang ingin menonjolkan identiti mereka, tanpa menjejaskan kepraktisan penggunaan harian. Malaysia merupakan pasaran penting bagi kami, dan kami yakin edisi ini akan menarik minat mereka yang mencari kenderaan yang menggabungkan reka bentuk, keselesaan dan versatiliti. Kami kekal komited dalam menawarkan kenderaan berkualiti serta membina hubungan yang kukuh dengan komuniti tempatan.”


 JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad

Dari segi prestasi dan ciri-ciri, Dashing Dark Warrior Edisi Terhad mengekalkan keupayaan yang telah terbukti pada JETOUR Dashing. Ia dikuasakan oleh enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan 156PS dan 230Nm tork, digandingkan dengan transmisi klac berkembar 6-kelajuan untuk pemanduan yang lancar dan responsif. SUV ini dilengkapi rim aloi 19 inci Phantom Spec Blacked-out dengan angkup brek merah, serta sistem suspensi MacPherson di hadapan dan multi-link di belakang untuk keseimbangan antara keselesaan dan kawalan.


Dari segi luaran, ia hadir dengan lampu utama Matrix LED, lampu nyalaan siang (DRL), lampu isyarat belakang jenis sequential, pengelap cermin tanpa bingkai serta pemegang pintu tersembunyi. Bumbung suria panoramik sudut luas turut ditawarkan untuk varian terpilih. Ruang but berkapasiti 486 liter, dan boleh diperluaskan sehingga 977 liter dengan tempat duduk belakang lipat 60/40.


Di bahagian kabin, ia dilengkapi skrin berkembar pintar LCD 10.25 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas pantas tanpa wayar 50W, serta konsol tengah yang direka secara ergonomik untuk kemudahan akses. Keselesaan dipertingkatkan dengan tempat duduk pemandu larasan kuasa 6-hala, ruang tempat duduk belakang yang luas dengan corong penghawa dingin dan port USB, serta sentuhan premium seperti pencahayaan ambien.


 JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad

Aspek keselamatan turut diberi penekanan dengan ciri seperti kawalan pelayaran (cruise control), pemantauan tekanan tayar, kamera undur dengan garis panduan parkir, serta sistem bantuan pemandu lanjutan termasuk pengesanan titik buta, amaran lintasan trafik belakang, amaran pertukaran lorong dan sistem pemantauan pandangan sekeliling 360 darjah yang memberikan keyakinan dan ketenangan sepanjang pemanduan.


JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad ditawarkan pada harga RM116,800.00 (harga jualan bersih) untuk Semenanjung Malaysia dan RM119,800.00 (harga jualan bersih) untuk Sabah dan Sarawak. Ia turut disokong dengan 5 kali servis percuma, jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, serta jaminan enjin selama 10 tahun atau 1,000,000 km. Ini mencerminkan komitmen JETOUR Malaysia terhadap keyakinan pemilikan jangka panjang.


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page