Karya agung ekspresionisme. Mercedes-Maybach S-Class Night Series yang baharu.
- Anna Chong

- 4 Dis
- 3 min membaca

Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series yang baharu, merangkumi piawaian eksklusiviti tertinggi. Dengan kemasan tempahan khas, motif yang gelap, dan mutu kerja yang mahir, Night Series menyerlahkan S-Class yang ikonik dengan kehadiran yang yakin dan halus, sekali gus mengukuhkan semula Maybach sebagai puncak keanggunan dan keistimewaan.
“Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series yang baharu melangkaui jangkaan, menawarkan rekaan yang eksklusif serta pertukangan yang begitu teliti. Setiap elemen, daripada aksen luaran berona gelap hinggalah perincian dalaman yang rapi, dicipta untuk memberikan pengalaman benar-benar tersuai yang mencerminkan keperibadian dan status pelanggan kami. Night Series membolehkan pelanggan yang arif menikmati ekspresi unik falsafah Maybach, di mana kemewahan penuh bergabung dengan keanggunan yang penuh misteri.” Nadia Trimmel, Naib Presiden, Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Malaysia.

Jika Mercedes-Maybach S-Class asal melambangkan tahap keselesaan yang baharu, maka versi istimewa Night Series pula membawa kemewahan dan sporty yang diperhalusi ke satu aras yang lebih tinggi. Ia hadir dengan perincian seperti elemen krom gelap, permukaan berkilau seperti permata potong, serta ruang dalaman yang mengangkat lagi rekaan Maybach ke tahap yang lebih eksklusif.

Ekspresi Kecemerlangan
Mercedes-Maybach S-Class Night Series baharu boleh didapati dalam pelbagai kemasan cat termasuk grey, black, and white hues, serta kombinasi dua tona eksklusif seperti onyx black/Mojave silver dan MANUFAKTUR opalite white bright/obsidian black.
Pilihan pengecatan ini dilengkapi dengan perincian halus yang membezakan reka bentuknya. Elemen emas ros pada lampu hadapan DIGITAL LIGHT dan aksen krom logam gelap mencipta sorotan halus, manakala siluet memanjang ditakrifkan lagi oleh kemasan ekzos berkembar dalam krom gelap dan hitam.

Ciri ikonik Maybach diperkuatkan lagi melalui kemasan “dark shadow gloss” pada bahagian luaran. Ini dapat dilihat pada cangkerang radiator, penutup bampar hadapan, logo bintang Mercedes dan jalur krom pada bonet, pemegang pintu, emblem Maybach pada tiang C, serta jalur trim memanjang. Di bahagian belakang, kemasan yang sama digunakan pada logo bintang Mercedes, tulisan “Maybach”, lencana model, dan trim pada penutup but. Penampilan ini dilengkapkan dengan kemasan hitam berkilat pada garis tingkap, bingkai tingkap, tiang-B, dan penutup cermin sisi.
Perbezaan selanjutnya dizahirkan melalui ambang pintu yang bercahaya dengan tulisan "MAYBACH Night Series", rim aloi ringan Maybach 7-jejari 20-inci dalam warna hitam dan berkilat bayangan gelap dengan elemen aerodinamik bersepadu, dan kunci kenderaan dalam warna hitam berkilat tinggi dengan bingkai kemasan berkilat bayangan gelap.

Pertukangan yang terperinci dalam setiap bahagian
Walaupun bahagian dalaman Mercedes-Maybach S-Class yang ikonik sudah menetapkan standard baharu dalam kemewahan, versi Night Series meningkatkan lagi eksklusiviti model ini dengan upholsteri kulit nappa Black with Black Pearl. Kesan “mother-of-pearl” yang halus, dipadankan dengan piping berkilat dalam rona emas-kelabu, menonjolkan lagi rasa ketelitian dan seni pertukangan mewahnya.

Ruang kabin diperkaya lagi dengan skema warna "Garnet Glow" bagi lampu ambien aktif, mewujudkan suasana hangat dan kontemporari. Trim kayu walnut berliang terbuka berwarna coklat gelap MANUFAKTUR dengan corak herringbone yang unik menambahkan sentuhan sofistikasi semula jadi, manakala konsol tengah menampilkan kemasan hitam berkilau menyerupai kristal dengan corak Maybach yang halus.
Sentuhan akhir termasuk penutup ventilasi udara tengah berkemasan dark shadow gloss, di hadapan dan belakang, yang menyatukan rekaan secara sempurna serta mengukuhkan identiti unik Night Series. Dengan moto “Black labels and backlights”, animasi permulaan yang mistik pada antara muka pengguna melengkapkan palet warna Night Series.
Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series baharu berharga dari RM 2,404,888 (termasuk 10% ST) untuk Semenanjung Malaysia. Harga adalah atas jalan, tanpa insurans. Dengan ruang yang luas untuk pengubahsuaian, anda boleh menyesuaikan bahagian luar dan dalam Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series baharu melalui konfigurasi kereta Mercedes-Benz di www.mercedes-benz.com.my/maybach-s-class.

Sekilas pandang Mercedes-Maybach S-Class Night Series:
Model | Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series |
Engine Displacement (cc) | 3,982 |
Rated Output (kW[hp]/rpm) | 370 [503]/5,500 – 5,500 |
Rated Torque (Nm/rpm) | 700/2,000 – 4,500 |
Rated Output for Electric Motor (kW) | 17 |
Rated Torque for Electric Motor (Nm) | 205 |
Acceleration 0-100 km/h (sec) | 4.8 |
Top speed (km/h) | 250 |
Kerb weight/payload (kg) | 2,310/600 |
Retail Price (for Peninsular Malaysia) | From RM 2,404,888 |
*Di jalan raya tanpa Insurans. Dengan Cukai Jualan 10%




















Komen