top of page

Kenyataan Persatuan Pengedar Perodua (PDA) mengenai penjelasan MITI

Writer: Anna Chong
Anna Chong
2 Apr
1 min membaca

PDA

Persatuan Pengedar Perodua (PDA) menyambut baik penjelasan yang dibuat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang mengalu-alukan pelaburan ke dalam industri selain menyatakan komitmen untuk terus memakmurkan perniagaan tempatan.

 

Kami juga berterima kasih kepada MITI kerana terus menjalin kerjasama rapat dengan kami dalam membangunkan dan mengembangkan sektor automotif.

 

Kepercayaan yang ditunjukkan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia telah membolehkan kami untuk terus membuat pelaburan di negara ini menerusi pengembangan perniagaan serta program tanggungjawab sosial.

 

Perniagaan runcit dalam industri automotif tempatan mempunyai cabaran yang berbeza, namun pendirian jelas yang ditunjukkan MITI memberikan kelegaan kepada PDA.

 

Komuniti pengedar bebas ini juga merasakan konsistensi yang ditunjukkan MITI membantu kami untuk membuat perancangan lebih baik dan bergerak ke arah yang sepatutnya.

 

PDA akan terus bekerjasama rapat dengan Perodua untuk menambah baik perkhidmatan kami dan memberikan rakyat Malaysia produk terbaik yang boleh ditawarkan.



Komen


ADVERTISEMENT

KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

PP-Icon-Light-Blue-Rounded-1200px.png
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta dan acara automotif.
PP-Tagline.png
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2026 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page