Kia Sales Malaysia Memulakan Operasi dengan Strategi Baharu, Menawarkan Nilai lebih Kukuh
- Anna Chong

- 2 Jan
- 3 min membaca

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) secara rasmi memulakan operasinya di Malaysia dengan langkah strategik untuk membina semula kepercayaan terhadap jenama dan mengukuhkan keyakinan pasaran. Inisiatif ini bermula dengan penstrukturan semula strategi harga bagi portfolio produk sedia ada. Pada masa yang sama, KSM turut memperkenalkan program kesetiaan pelanggan, insurans berjenama Kia serta insentif korporat sebagai komitmen jangka panjang kami terhadap pelanggan sedia ada dan baharu.
“Tahun baharu ini menandakan permulaan baharu buat Kia di Malaysia. Kami berbangga untuk memulakan perjalanan membina semula jenama Kia menerusi sebuah Syarikat Jualan Nasional yang berdiri sendiri. Kami ingin memberi jaminan kepada peminat Kia bahawa jenama ini akan terus kekal di Malaysia, dengan fokus kepada penjagaan pelanggan serta penyediaan solusi mobiliti yang inovatif,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Sales Malaysia Sdn Bhd, Hyung Ho Kim.
“Langkah awal ini merangkumi penstrukturan semula strategi harga, penghargaan terhadap pelanggan setia Kia serta penawaran insentif pembelian korporat, Semua inisiatif ini menjawab persoalan, ‘Kenapa pilih Kia? Kia Sales Malaysia (KSM) percaya kepada penetapan harga yang wajar dan telus. Pelanggan di seluruh Malaysia kini boleh menikmati kenderaan yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan, dilengkapi spesifikasi serta ciri yang tepat serta ditawarkan pada harga yang kompetitif. Kami mengalu-alukan pelanggan sedia ada dan baharu untuk mengunjungi bilik pameran kami bagi melihat rangkaian kenderaan Kia, memandu uji di samping merasai pengalaman Kia yang baharu,” jelas Pengarah Urusan, Emily Lek.

Kia Menawarkan Model SUV dan MPV Bernilai Tinggi
Berkuat kuasa 1 Januari 2026, keseluruhan rangkaian model Kia Sportage dan Kia Carnival ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif, sekali gus meletakkan kedua-dua model ini pada kedudukan yang lebih kukuh dalam segmen SUV dan MPV di Malaysia (rujuk senarai harga yang dilampirkan). Rangkaian Kia Sportage kini ditawarkan pada harga bermula daripada RM128,800.
Selaras dengan piawaian global Kia, waranti dan polisi penggantian alat ganti bagi semua kenderaan Kia baharu di Malaysia adalah sah selama lima (5) tahun atau sehingga 150,000 kilometer, mengikut yang mana terdahulu.
Bagi meningkatkan keyakinan pemilik, KSM turut melaksanakan pengurangan harga purata sebanyak 15% bagi semua alat ganti tulen Kia.
Rangkaian selepas jualan KSM turut disokong oleh sebuah gudang alat ganti khusus yang terletak di Shah Alam, Selangor. Penambahan ini memastikan ketersediaan alat ganti yang lebih pantas, sekali gus menangani sebarang kebimbangan berkaitan tempoh menunggu perkhidmatan selepas jualan.

Membina, Menghargai dan Melindungi Ekosistem Pemilik Kia
Mengiktiraf nilai legasi dan kesetiaan jenama, KSM memperkenalkan Kia Circle, iaitu program kesetiaan pelanggan yang menawarkan rebat tunai sehingga RM6,000 kepada pemilik Kia sedia ada yang menaik taraf kepada kenderaan Kia baharu. Program ini turut memanfaatkan ahli keluarga terdekat, termasuk ibu bapa, pasangan dan anak-anak.
Selain itu, KSM akan memperkenalkan Kia Professional, iaitu program fleet korporat dan profesional yang menawarkan konsesi eksklusif sehingga 3% kepada ahli badan profesional dan syarikat-syarikat utama bagi pembelian kenderaan individu, serta insentif tersuai bagi pembelian fleet yang lebih besar.
Sebagai pelengkap kepada pembelian melalui pengedar sah Kia, KSM turut menawarkan perlindungan menyeluruh menerusi Kia Cares, sebuah program insurans berjenama Kia yang dijamin oleh Berjaya Sompo, Zurich dan Zurich Takaful. Program ini menyediakan perlindungan komprehensif terhadap kehilangan atau kerosakan akibat kemalangan, serta pelbagai manfaat tambahan.
Bagi meningkatkan ketenangan minda, pemilik kenderaan boleh menyesuaikan perlindungan mengikut keperluan masing-masing melalui pelan tambahan pilihan. Antaranya termasuk perlindungan semua pemandu, elaun bagi kesulitan akibat kemalangan dan kerugian secara menyeluruh, nilai dipersetujui sehingga 15 tahun, pengecualian kos betterment sehingga 10 tahun, perkhidmatan tunda tanpa had, perlindungan penuh risiko khas serta perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM100,000.
Peminat Kia boleh melayari laman web rasmi Kia Sales Malaysia di www.kia.com/my bermula 8 Januari 2026 untuk maklumat lanjut, atau mengunjungi bilik pameran sah Kia berhampiran bagi melihat, memandu uji atau membuat tempahan bagi mana-mana model dalam rangkaian produk KSM, termasuk Kia Sportage, Kia Carnival dan Kia EV9.




















Komen