top of page

McLaren Racing umum Motul sebagai Pembekal Rasmi Pasukan Formula 1 McLaren

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 1 Okt
  • 1 min membaca

McLaren Racing umum Motul sebagai Pembekal Rasmi Pasukan Formula 1 McLaren

McLaren Racing hari ini mengumumkan Motul, sebuah syarikat global yang pakar dalam formulasi, pengeluaran dan pengedaran minyak pelincir berprestasi tinggi, sebagai Pembekal Rasmi kepada Pasukan Formula 1 McLaren.


Bermula musim Formula 1 2026 dan seterusnya, Motul akan bekerjasama dengan Pasukan Formula 1 McLaren dengan membekalkan pelincir transmisi berprestasi tinggi.


Motul merupakan jenama yang dipercayai di peringkat global dan berkongsi komitmen yang sama dengan Pasukan Formula 1 McLaren dalam memberikan standard tertinggi prestasi teknikal. Berteraskan inovasi, Motul dan McLaren disatukan oleh matlamat bersama untuk mengejar kecemerlangan serta meneruskan warisan unggul dalam bidang masing-masing.


Nick Martin, Ketua Pegawai Komersial Bersama, McLaren Racing, berkata: “Kami berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Motul sebagai sebahagian daripada Pasukan Formula 1 McLaren. Motul mempunyai sejarah gemilang dalam inovasi dan kecemerlangan teknikal, suatu pencapaian yang seiring dengan legasi kami sendiri. Kami amat teruja untuk menjayakan kolaborasi yang bermakna ini.”


Andreea Culcea, Ketua Pegawai Jenama dan Komunikasi, Motul, berkata: “Kerjasama bersama McLaren ini menandakan kepulangan Motul ke Formula 1, sebuah arena berprestij yang telah merakamkan antara detik paling bersejarah dan mengujakan dalam sejarah kami.” Kerjasama ini merupakan peluang yang amat bermakna yang menyaksikan gabungan kepakaran kedua-dua pihak dalam usaha mengejar prestasi dan inovasi. Kami berasa amat berbangga kerana rangkaian cecair pelincir kami menyumbang kepada prestasi cemerlang salah satu pasukan perlumbaan paling berprestij di dunia.”

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page