top of page

Mercedes-Benz Malaysia Diumumkan Sebagai Penyedia Kenderaan Rasmi Diraja & Kerajaan untuk LIMA 2025

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 20 Mei
  • 1 min membaca

Mercedes-Benz AMG SL 43

Mercedes-Benz Malaysia berbesar hati untuk mengumumkan peranannya sebagai Penyedia Kenderaan Rasmi Diraja & Kerajaan bagi Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 yang akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi.


Sebagai peneraju global dalam mobiliti mewah dan inovasi, Mercedes-Benz akan menyediakan rangkaian kenderaan unggul untuk memastikan pengangkutan yang lancar dan mewah kepada VIP dan delegasi sepanjang acara berprestij ini. Ini termasuk model pemasangan tempatan Mercedes-Benz S 580 e Plug-in Hybrid dan EQS 580 4MATIC SUV—yang menawarkan keselesaan bertaraf dunia, teknologi terkini dan prestasi lestari.


Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden Mercedes-Benz Malaysia berkata,“Di Mercedes-Benz, inovasi dan kecemerlangan adalah teras segala yang kami lakukan. Kerjasama kami dengan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 mengukuhkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian mobiliti bertaraf dunia dengan gabungan teknologi canggih dan kemewahan. Platform ini membuka peluang untuk kami mempamerkan bagaimana Mercedes-Benz terus memacu masa depan—sama ada melalui elektrifikasi, penyelesaian mobiliti pintar mahupun reka bentuk yang terkini.”


Selain pengalaman menaiki kenderaan dengan pemandu, pengunjung ke LIMA 2025 turut berpeluang mengunjungi ruang pameran Mercedes-Benz, yang akan menampilkan Mercedes-AMG SL 43 roadster—simbol prestasi dan daya tarikan.


Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Mercedes-Benz Malaysia terhadap inovasi, kecemerlangan dan sokongan terhadap platform kebangsaan yang meraikan kemajuan dalam bidang mobiliti, aeroangkasa dan teknologi.

Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

M 160x600.jpg

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page