Modenas Melancarkan Empat Model Baharu Di Malaysia Auto Show 2025
- Anna Chong
- 9 Mei
- 2 min membaca

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd Bhd (“MODENAS”), sebuah syarikat Kumpulan DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”), telah melancarkan empat model baharu merentasi tiga segmen pasaran yang berbeza. Pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam komitmen MODENAS untuk memenuhi keperluan dan kehendak penunggang di seluruh negara.

Empat model baharu yang dilancarkan di Malaysia Auto Show 2025 adalah siri terbaharu motosikal Modenas MEV dengan pengenalan dua model skuter elektrik, Kawasaki Ninja H2SX SE, dan tidak ketinggalan juga segmen yang boleh dikatakan sedang panas sekarang iaitu skuter Modenas Kymco DTX 250.
"Pelancaran ini menandakan detik penting selaras dengan wawasan MODENAS untuk melangkah ke hadapan, terutamanya dalam segmen mobiliti yang lebih mesra alam.

Skuter Elektrik (MEV-2) – Mobiliti Bandar yang Cekap: Kesempurnaan gaya hidup terkini.
Jarak perjalanan: 107 km
Kelajuan: 80 km/j
Kuasa Motor: 4.0 kW (EEC), 5.1 kW (Kuasa Puncak Maksimum)
Jenis Bateri: ATL Litium (74V30Ah, Pilihan 2 Bateri)
Ciri-ciri Utama: Pengecas Atas Papan (On-board charger), Suspensi Depan Teleskopik, Brek Cakera Hidraulik dengan CBS, Lampu LED.
Harga Jualan: Bermula RM9,878 (tidak termasuk insurans & cukai jalan)

Skuter Elektrik (MEV-1 PRO | PRO SX) – Jarak Lebih Jauh untuk Bandar dan Luar Bandar: Alami kebebasan perjalanan lebih jauh dan ketahanan untuk prestasi lasak.
Jarak perjalanan: 135 km
Kelajuan: 85 km/j
Kuasa Motor: 4.3 kW (EEC), 4.9 kW (Kuasa Puncak Maksimum)
Jenis Bateri: ATL Litium (60V45Ah, Pilihan 2 Bateri)
Ciri-ciri Utama: Pengecas Atas Papan (On-board charger), Suspensi Depan Teleskopik, Brek Cakera Hidraulik dengan CBS, Tork Dipertingkat untuk Pecutan.
Harga Jualan: Bermula RM13,470 (tidak termasuk insurans & cukai jalan)

Modenas KYMCO DTX 250 – Skuter Bandar yang Lincah dan Bergaya: Skuter dwi-guna yang serba boleh dan bergaya, sesuai untuk kegunaan dalam bandar dan pengembaraan hujung minggu.
Enjin: 246 cc, Suntikan bahan api dan sejukan cecair
Kuasa Maksimum: 17.0 kW @ 7500 rpm
Tork Maksimum: 23.0 Nm @ 6000 rpm
Transmisi: Automatik (CVT)
Ciri-ciri Utama: Keyless, Paparan meter LED, Lampu depan dan belakang LED, ruang simpan yang luas.
Harga Jualan: RM22,500 (tidak termasuk insurans & cukai jalan)

Kawasaki Ninja H2 SX SE – Jentera “Sport Touring” Terunggul: Motosikal sport touring yang berkuasa tinggi, menawarkan prestasi yang tiada tandingan dengan teknologi tercanggih.
Enjin: 998cc 4 Silinder dengan Supercharged, Sejukan Cecair,
Kuasa Maksimum (dengan Ram Air): 154 kW (210 PS) @ 11,000 rpm
Tork Maksimum: 137 N-m @ 8,500 rpm
Ciri-ciri Utama: Kawasaki Supercharger, Sistem Elektronik Canggih (KECS, KIBS, KCMF, KIPASS), Brek cakera Brembo.
Harga Jualan: RM129,400 (tidak termasuk insurans & cukai jalan)
MODENAS menjemput semua peminat motosikal, pengedar, dan orang ramai untuk mengunjungi bilik pameran sah kami untuk merasai sendiri kehebatan model-model baharu ini.
Komen