top of page

Motul Malaysia Lancar Eco-Tech 5W30: Lindungi Enjin Turbo Anda dengan Perlindungan Canggih

  • Writer: Anna Chong
    Anna Chong
  • 13 Okt
  • 2 min membaca

Motul Malaysia

Motul, peneraju global dalam pelincir automotif berprestasi tinggi, memperkenalkan Motul Eco-Tech 5W30, minyak enjin 100 peratus sintetik  yang direka khas untuk memenuhi keperluan enjin Suntikan Terus Petrol Turbo (Turbocharged Gasoline Direct Injection, TGDI). Dihasilkan untuk melindungi daripada haba turbo yang melampau, Motul Eco-Tech 5W30 merupakan tawaran yang seimbang daripada segi nilai bagi pemandu di Malaysia yang menginginkan perlindungan tahan lama dan prestasi unggul untuk kenderaan turbo mereka.   


Landskap automotif Malaysia kini pesat dengan kenderaan berteknologi turbo, dengan model seperti Proton X50, Proton X70, Chery Omoda 5, Chery Tiggo 7 Pro, Chery Tiggo 8 Pro, Jaecoo J7, Haval H6, dan GAC GS3 yang mendorong pertumbuhan kukuh dalam pasaran kereta penumpang negara. Walaupun sebahagian besar model ini baru sahaja dilancarkan, beberapa model terdahulu kini mula mencapai penghujung tempoh jaminan kilang. Perkara ini mendorong pemilik untuk mencari penyelesaian pasaran selepas jualan yang menawarkan prestasi, kebolehpercayaan, dan nilai. Motul Eco-Tech 5W30 direka untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat ini dengan perlindungan yang disesuaikan bagi enjin turbo moden.


Motul Malaysia

Ravi Shankar, Pengurus Besar Motul Malaysia, berkata: “Dengan pelancaran Motul Eco-Tech 5W30, kami membawakan perlindungan canggih yang benar-benar diperlukan oleh enjin turbo masa kini. Seiring peningkatan populariti kenderaan TGDI di seluruh Malaysia, pemandu memerlukan minyak enjin yang bukan sahaja melindungi daripada pencucuhan awal pada kelajuan rendah (Low-Speed Pre-Ignition, LSPI) dan haba turbo yang melampau, tetapi juga memberikan kebolehpercayaan dan kecekapan bahan api yang konsisten. Motul Eco-Tech 5W30 menzahirkan janji kami terhadap kejuruteraan yang lebih pintar, menjadikan inovasi premium lebih mudah diakses oleh pemandu harian, sambil memastikan kenderaan mereka berprestasi optimum untuk tahun-tahun akan datang.”

 

Dengan LSPI dikenal pasti sebagai isu kritikal bagi enjin TGDI, terutamanya ketika pemanduan bandar dengan fungsi mula-henti, Motul Eco-Tech 5W30 menawarkan penyelesaian yang disesuaikan yang menggabungkan ketahanan, kecekapan, dan pematuhan terhadap standard global terkini. Minyak enjin berprestasi tinggi ini memberikan perlindungan menyeluruh, menjadikannya pilihan ideal untuk pemandu moden yang menginginkan prestasi yang boleh dipercayai dan penjagaan enjin tahan lama dalam pelbagai keadaan pemanduan.


Motul Malaysia

 Manfaat Utama Motul Eco-Tech 5W30 termasuk:

  • Perlindungan Enjin Turbo: Perlindungan menyeluruh untuk enjin TGDI, dari ruang pembakaran hingga ke sistem turbo, direka untuk menahan haba melampau dan tekanan tinggi.

  • Terlindung daripada LSPI: Melindungi daripada pencucuhan awal pada kelajuan rendah (LSPI) iaitu kejadian pembakaran awal yang boleh merosakkan enjin, lazimnya berlaku pada pemanduan dengan fungsi mula-henti enjin TGDI moden.

  • Kestabilan Terma & Kawalan Pengoksidaan Tinggi: Mengekalkan integriti minyak di bawah haba turbo yang melampau dan selang penukaran minyak yang panjang.

  • Penjimatan Sumber & Mesra Alam: Meningkatkan kecekapan bahan api dan mengurangkan emisi karbon dioksida, mematuhi piawaian ILSAC GF-6A sepenuhnya.

  • Pematuhan Standard Global: Memenuhi keperluan API SP dan GF-6A, menyokong pematuhan emisi serta memastikan kecekapan untuk enjin kenderaan moden.


Motul Eco-Tech 5W30 baharu kini boleh didapati di semua pengedar, bengkel, dan platform dalam talian Motul yang sah di seluruh Malaysia. Dihadirkan dalam botol 5 liter penuh — kuantiti yang tepat untuk enjin turbo tanpa perlu mencampur, membazir, atau menanggung kos tambahan — Motul Eco-Tech 5W30 memberikan isian ideal untuk kenderaan TGDI moden. Bagi meraikan pelancarannya, Motul Malaysia menawarkan promosi eksklusif untuk tempoh terhad. Kunjungi pengedar sah Motul yang terdekat untuk merasai sendiri kelebihan Eco-Tech 5W30.

 


Komen


KERETA TERKINI

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Pandu Pandu Icon
PanduBabes Logo
Pandu Pandu ialah platform automotif & gaya hidup yang lebih daripada sekadar info kereta. Bersama PanduBabes, kami membawa cerita, inspirasi dan acara untuk komuniti peminat automotif Malaysia.
  • Facebook
  • Instagram
  • TikTok
  • Youtube

Maklumat di laman ini disediakan untuk tujuan maklumat dan umum sahaja. Pandu Pandu tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul daripada penggunaan kandungan ini. Lihat Penafian Penuh untuk maklumat lanjut.

© 2025 Pandu Pandu, Spacerae Sdn. Bhd. 202001029234 (1385554-M). All rights reserved.

bottom of page